Salam,
Adalah menjadi lumrah pekerja-pekerja mengambil cuti sakit walhal mereka sebenarnya adalah ‘fit’ untuk bekerja. Ada di antara mereka yang mengambil cuti sakit berpura-pura sakit semata-mata untuk mendapat cuti percuma berbayar dari majikan. Apabila telah mendapat ‘lesen cuti’ dari doktor, ada diantara mereka mengunjungi kompleks membeli belah atau tempat-tempat lain yang tak sepatutnya bagi seorang yang ‘sakit’ untuk dikunjungi. Paling kantoi, kalau mereka ini terserempak dengan majikan, adakah mereka ini boleh dikenakan tindakan disiplin?
Di Malaysia, beberapa kes di Mahkamah Perusahaan telah memihak kepada Majikan di dalam pembuangan kes yang melibatkan ‘malingering’ atau terma ‘dapat mc tapi sebenarnya tak sakit’ . Contohnya dalam kes Ambank Berhad v Rasidah Othman (Award 2104/2007) serta Dan Kaffee Sdn Bhd v Azman Mohammad (Award 103/2002)
Saya tertarik dengan cerita yang berlaku di Zurich, di mana seorang pekerja telah dipecat kerana melayari ‘facebook’ secara aktif. Ikuti kisahnya di bawah ini.
(Sumber, Mingguan Malaysia, 26 April 09)
Seorang pekerja syarikat insurans di Switzerland dipecat selepas didapati melayari laman rangkaian sosial popular, Facebook ketika dia mengambil cuti sakit.
Wanita itu mendakwa dia tidak boleh bekerja menggunakan komputer kerana dia perlu berbaring di dalam gelap.
Bagaimana pun, semasa bercuti sakit, dia didapati melayari Facebook secara aktif, kata majikannya syarikat insurans national suisse dalam kenyataan, semalam.
Menurut National Suisse, tindakannya itu menghakis kepercayaan syarikat terhadap pekerja tersebut dan bukan semata-mata tindakannya melayari Facebook yang menjadi isu.
yup. sangat betul. ada orang yng mc but FB soo… active update gambar2 terkini.