Ramai yang mempunyai kesedaran untuk menyertai plan takaful dengan Medical Card. Pelbagai kisah masyarakat tentang penyakit yang tiba-tiba menyerang memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sertai plan Takaful Medical Card.
Apabila anda memilih plan Medical Card, pastikan anda sertakan sekali rider atau manfaat tambahan ‘waiver of contribution’ bagi orang yang dilindungi atau person covered. Dengan adanya waiver ini, sekiranya anda disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal, anda dikecualikan daripada membayar sumbangan tahunan sehingga tamatnya term medical card pada usia 80 tahun.
Saya berpandangan manfaat waiver of contribution ini adalah TERPENTING kerana anda memang mampu membayar sumbangan medical card selagi mana anda masih bekerja, bagaimana sekiranya tetiba anda disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal? Pasti anda merasa sangat bertuah kerana telah mengambil manfaat waiver of contribution ini kerana anda tidak lagi perlu mengeluarkan wang sendiri untuk menggunakan manfaat medical card sehingga tamat tempoh pada usia 80 tahun. Bukan sahaja manfaat medical card, sekiranya anda mengambil manfaat tambahan elaun hospital, anda juga tetap layak untuk mendapat manfaat elaun harian sekiranya dimasukkan ke hospital.
Manfaat waiver of contribution ini juga boleh diambil oleh pembayar, samada seorang ayah, ibu untuk anak-anak, atau suami untuk isteri. Dengan adanya manfaat waiver untuk payor, sekiranya seorang ayah pembayar takaful mengalami sakit kritikal, hilang upaya kekal atau meninggal, anak akan menikmati kemudahan takaful dan medical card secara percuma sehingga anak berumur 25 tahun! Medical Card pun ada, yang paling best, cash value dalam simpanan takaful tetap bertambah walaupun si ayah telah tiada! Dengan cash value ini boleh digunakan oleh si anak untuk membiayai sebahagian dari perbelanjaan semasa memasuki universiti pada usia 18 tahun.
Delam entri blog kali ini saya ingin berkongsi cerita client saya sendiri yang telah disahkan mengalami sakit kritikal. Disamping mendapat pampasan sakit kritikal, caruman takaful beliau juga ‘waived’. Beliau tidak lagi perlu membayar caruman takaful, namun masih lagi menikmati manfaat seperti biasa!
Saya yakin anda yang membaca entri blog ini telah mempunyai kesedaran akan kepentingan takaful dengan Medical Card, dan mungkin anda juga telah sertai plan Takaful Medical Card. Kini masanya untuk anda balik semak kembali sijil Takaful anda, apa perlindungan yang terdapat dalam plan Medical Card anda?
Saya dan team members sedia bantu anda untuk membuat polisi review, atau permohonan Medical Card terbaik, boleh hubungi saya di talian 019-3726080 atau terus whatsapp team kami ==>> https://KadPerubatanGETB.wasap.my untuk berkomunikasi dengan saya mengenai Medical Card.
Assalam tuan Humaizi, saya ingin bertanyakan mengenai manfaat waiver diatas.
Sekiranya berlaku perkara termaktub dalam plan waiver, secara umumnya saya tidak perlu meneruskan pembayaran dan saya boleh menikmati kad perubatan secara percuma?
Apa saya difahamkan oleh ejen, walaupun saya boleh meneruskan secara percuma ia bergantung juga kepada baki tabungan (tabarru fund). Bermaksud sekiranya baki tidak mengcukupi untuk meneruskan polisi secara percuma, kad perubatan tidak akan berakhir pada umur 80tahun. Malah lebih awal..
Seolah manfaat ini tiada fungsi jika insufficient fund. Saya tidak rasa pihak takaful akan memberikan kad perubatan tanggungan percuma.
Betul atau salah penerangan ejen saya ini?