Medical Card Takaful

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya telah menyiapkan satu mini web untuk Medical Card Takaful. Harap dengan adanya web ini lebih ramai Muslim akan sedar kepentingan untuk menyertai Plan Takafulyang mempunyai rider Medical Card.

Majoriti pelanggan saya adalah dari kalangan pekerja samada kerajaan atau Swasta yang telah disediakan manfaat oleh Majikan masing-masing. Namun atas kesedaran untuk memiliki Personal Medical Card adalah penting, kerana bagi pekerja swasta, sudah tentu mereka tidak akan bekerja selamanya di syarikat tersebut, jadi boleh katakan mereka ini Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Kita telah mendengar berapa ramai pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan atas sebab ‘Medical Board Out’ dan ini adalah salah satu alasan yang ‘just and cause’ untuk majikan tamatkan perkhidmatan seseorang pekerja. Kebiasaaanya majikan akan membayar pampasan dalam bentuk lump sum kepada pekerja terbabit, namun mampukah wang pampasan tersebut digunakan untuk menampung kos sehingga akhir hayat? Ini adalah salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh anda sebagai seorang pekerja swasta.

Bagi pekerja kerajaan, umum mengetahui kemudahan rawatan hanya available di Hospital Kerajaan sahaja. Agak-agak berapa lama tempoh menunggu  untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan? Sebulan, Dua bulan atau tiga bulan? Lama kan? Namun sekiranya anda mempunyai Medical Card, InsyaAllah boleh terus ke mana-mana Hospital Swasta dan kos rawatan akan dibayar oleh Pengendali Takaful.

Dengan itu, merancang kewangan bukan saja untuk jadi kaya… Kita perlu rancang setiap risiko yang mungkin akan berlaku terhadap diri kita suatu hari nanti. Gaya hidup masyarakat moden, yang tidak merancang kesihatan diri, menjadikan kita lebih terdedah kepada risiko penyakit kritikal. Semoga kita semua lebih bijak dalam perancangan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga.

Inilah dia minisite yang telah saya siapkan dari hasil tangan saya sendiri.. dan anda boleh layarinya di ==>> www.kadperubatantakaful.com

Medical Card Takaful
Medical Card Takaful

 

InsyaAllah, saya dan team akan sedia membantu anda untuk mendapatkan Medical Card Takaful terbaik untuk diri sendiri dan keluarga! Boleh contact saya untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Humaizi, 019-3726080

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *