Mengapa Allah Rahsiakan Kematian?

Kematian itu sesuatu yang sentiasa dekat dengan kita. Masih terkejut dengan kehilangan seorang sahabat rakan semasa di Dutch Lady Milk Industries Berhad, Arwah Aziz Mahadi yang meninggal pagi semalam, 7 Sept 2014. Kematian secara tiba-tiba semasa bersenam dan arwah dikatakan selalu joging serta main badminton.

kematian aziz

Sedih seorang sahabat, sedih lagi keluarga terdekat. Namun, apa yang pastinya, setiap antara kita akan meninggalkan alam ini. Tiada yang terkecuali. Bila, di mana dan bagaimana? Itu adalah rahsia dari Allah.

Mengapa Allah s.w.t. merahsiakan kematian kita? Sebenarnya, ada banyak sebab Allah s.w.t. merahsiakannya. Antaranya supaya kita sentiasa mengingati kematian dan tidak leka dengan keseronokan dunia. Ia dirahsiakan agar kita tidak menunda amal ibadah, malah seronok melakukan maksiat. Hal ini kerana ramai antara kita yang suka menunda solat dan amal ibadah yang lain. Apabila kita tidak melaksanakan perintah Allah, kita akan mudah melakukan maksiat.

Justeru mari kita renungkan sejenak amalan kita setakat ini, adakah ia mencukupi untuk kita menghadapi kematian? Manusia terlalu memikirkan jodoh bagi menyempurnakan ruang kehidupan hingga terlupa merenung saat kematian. Kita mahukan jodoh yang baik supaya kita bahagia sehingga ke syurga, tetapi kita lupa bekalan untuk menghadapi kematian. Ajal dan jodoh adalah rahsia Allah s.w.t. Oleh sebab itu, kita perlu menyeimbangkan setiap urusan dunia agar kita termasuk dalam kalangan hamba Allah yang soleh.

Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah ampunkan dosa sanak saudara, sahabat-sahabat kita serta muslimin dan muslimat yang telah meninggal dari dunia ini. Semoga kita dipanggil Allah dalam Iman dan Takwaa. Ameen.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *