Penerima BR1M 3 akan menikmati perlindungan Takaful PERCUMA dari kerajaan. Terma Takaful ini disingkatkan kepada i-BR1M.
Apakah i-BR1M?
i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.
Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?
Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.
Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?
Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut.
Apakah manfaat-manfaat i-BR1M?
Manfaat adalah seperti berikut:
* Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan adalah berdasarkan keadaan yang bermaksud seperti berikut:
a. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata; atau
b. kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
c. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau bukulali.
Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?
Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
c. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah.
Senarai Pengendali-Pengendali Takaful
Hi,
My father just passed away on 12 Apr 14 due to cancer in Singapore. I will appreciate, if you can advice me how to sumbit the documents, is the death certificate issued by Singapore Goverment be accepted? Please advice me where to submit the documents
Your early reply is much appreciated.
Thank you.