Dalam posting kali ini, saya ingin menerangkan tentang beberapa pertanyaan yang diajukan di dalam fanpage saya berkenaan dengan pinjaman pelaburan ke Unit Amanah ASB. Saya ingin nyatakan di sini, penerangan ini tidak tiada kaitan dengan hukum halal atau sebaliknya melabur di ASB, kerana ianya telah dinyatakan oleh Majlis Fatwa Selangor yang terkini. Namun, ada juga yang mengunakan fatwa Kebangsaan untuk terus melabur dalam ASB.
Di sini saya nyatakan contoh pelaburan sebenar yang telah diambil oleh seorang pelabur sebanyak RM100,000. Dalam pemasaran loan ASB, rata-rata Marketing Executive mencanangkan agar membuat pembayaran bulanan hanya untuk setahun saja, dan tahun seterusnya sehingga tamat tempoh pinjaman, hanya gunakan Dividend dari ASB untuk bayar ansuran bulanan. Dengan itu, apa yang saya berikan contoh di bawah ini adalah bagi sesiapa yang membuat loan dan membayar ansuran SETAHUN saja, seterusnya menggunakan dividend untuk membuat bayaran bulanan.
Dalam contoh kes yang saya berikan, pinjaman ASB dengan loan sebanyak RM100,000 bayaran bulanan sebanyak RM572 selama 25 tahun. Bayaran bulanan akan berubah sekiranya Kadar Asas Pinjaman (BLR) meningkat atau menurun.
Jika hanya menilai ‘pujukan’ seperti ini: Bayar setahun cuma RM6,864. Selepas itu tidak perlu bayar apa-apa, cuma tunggu sehingga 25 tahun. Anda akan dapat RM100,000! Banyak sungguh! Kita mungkin gelap mata dan bersetuju mengambil tawaran itu. Cuba lihat pula dari sudut yang berbeza:
- Anda berhutang selama tempoh 25 tahun. Satu jangka masa yang panjang.
- Kepastian ASB memberi pulangan secara konsisten dan selalu mengatasi BLR tidak dapat dijamin sama sekali.
- Dividen tahunan yang diguna oleh pihak bank untuk membayar ansuran bulanan tahun kedua sehingga akhir tempoh pembiayaan adalah sebanyak RM164,736! Inilah jumlah wang yang anda sudah setuju untuk pihak bank ambil setiap bulan, kerana anda tidak mahu risau tentang komitmen untuk membayar ansuran bulanan dalam tahun kedua dan seterusnya.
- Jika jumlah ini dicampurkan dengan ansuran tahun pertama, bayaran anda kepada pihak bank sudah mencecah RM171,600 pada akhir tempoh 25 tahun. Anda hanya menerima RM100,000, siapa agaknya yang lebih untung?
- Sekiranya anda hanya melabur dengan wang sendiri setiap bulan. Saya hanya ambil separuh daripada ansuran bulanan dalam contoh ini, katakan RM250 sebulan, dengan kadar pulangan 10% setahun, anda melabur hanya 15 tahun sudah mengumpul sebanyak RM104,481. Dapat dalam tempoh 10 tahun lebih cepat!
- Jika wang ini terus dilabur selama 25 tahun dengan pulangan 10% setahun dan anda tidak membuat sebarang pengeluaran, pada akhir tempoh, tabungan anda akan mencecah RM334,472. Barulah dikatakan lumayan, bukan?
- Sekiranya terjadi keadaan di mana status kewangan anda tidak begitu stabil, wang yang dilabur ini boleh dikeluarkan atau ‘ansuran atau tabungan bulanan’ ini diberhentikan. Pelaburan yang terkumpul pada ketika itu masih hak milik anda. Ini berbeza dengan keadaan pembiayaan ASB, sebab pelaburan tersebut bukan milik anda selagi tidak habis bayar ansuran.
Saya harap anda semua jelas dengan penerangan serba ringkas mengenai pinjaman pelaburan ASB yang dipromosikan hanya bayar installment untuk setahun saja, dan selebihnya menggunakan bayaran dividend untuk bayaran tahunan. Pengiraan di atas adalah berlainan sekiranya anda menggunakan wang sendiri setiap bulan untuk bayar ansuran bulanan, namun saya yakin, sekiranya anda mampu membayar bayaran bulanan dari wang poket sendiri setiap bulan, anda bukan dari kategori yang akan membuat pinjaman ASB. Sekiranya anda membayar ansuran setiap bulan dari wang poket sendiri, dan pada setiap awal tahun anda mengeluarkan dividend ASB, tindakan itu lebih merugikan! Apatah lagi sekiranya wang dividend yang dikeluarkan untuk berbelanja pada barang-barang kehendak yang tidak memberi pulangan untuk masa hadapan!
Semoga kita semua lebih bijak dalam mengendalikan kewangan dan urusan membuat pinjama untuk kebaikan pada masa hadapan.
Terima kasih.
alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian yang ringkas dan padat..amat bersetuju dengan pendapat yang di utarakan..senang cerita,apa je produk dari bank,pusing pi mai pu mai,dorang jugak yang akan untung..haha
Kita byar sthun je… yg lain tu bukan lg duit kita… duit dividen… duit poket dah tak keluar sesen pun lg… tup2 ckup masa ada 100k… sapa nak bagi… itu kalau kita usik dividen tu.. tp kalau kita biarkan dividen tu… tp kita bayar bulanan tu guna duit poket sendiri.. (jika kita ada rezeki lebih la..) mmmm bole cecah stgh juta beb… ni bukan ckap sbrgan…. atas pgalaman senior2 dlm hal ni…
Pinjaman asb, dalam 25 tahun ratio setiap rm yg dilaburkan dapat 14x ganda untung berbanding labur sendiri walaupun nampak banyak tapi setiap rm yg dilaburkan hanya dapat 4x ganda keuntungan sahaja. Jadi mana lagi untung?
Salam. en. humaizi, berkenaan dengan kpa… 1.67 setahun dan 6.05 % itu saya tak berapa faham tentang pengiraannya… bolehkan tolong tunjukkan kepada saya cara pengiraannya.
Lasb 100k,,bln2 rm 604,,ikat 25 thn,,modal kuar setahun,,ckup 25 thn dpt 100k,,untg le tu,,sbb modal kuar thn pertama shj,thn ke 2 d byr oleh div,,rm 7248 bekerja untk 100 k,,
Betul.. n setuju ckp amin. Sebenarnye duit kite just keluar setahun je.. Yg lain2 kuar duit div je byr blik ans bulanan.. Ibarat mcm tahun pertama kuar rm572x12bln=rm6,854. Pastu tup2 25thn dpt rm100k.. untung ma.. Nak harap sendiri byr bulan2 rm100x12blnx25tahun=rm30k ++ jer..
ada pro and kontra…cuba kita kira sebaliknya pulak kalau kita mampu simpan seperti cadangan diatas tanpa menegluar kan duit dividen dan bonus utk tujuan pembayaran balik kita akan untung berganda.
Cuma perlu diingat x perlu memulakan pinjaman loan asb secara banyak jika kita x mampu bayar secara konsisten. Mulakan dengan pinjaman asas 30 k utk 10 tahun dan bayaran bulanan rm 320 dan dividenn tahunan x perlu keluarkan dan selepas 10 tahun simpanan kita bertambah menjadi lhampir 58k..pengalaman saya bermula dgn 5k selama 6 tahun dari tahun 1991 dan kini telah mencapai maksimum…apa apa pun dalam perkara ini ..bank pasti untuk mengambil untung dan kita juga beruntung …situasi menang menang.
Risiko yang tuan-tuan bakal alami adalah
“Kepastian ASB memberi pulangan secara konsisten dan selalu mengatasi BLR tidak dapat dijamin sama sekali”
sekarang ni secara kasarnya tuan puan mungkin nampak untung sbb bayar setahun saja, bagaimana sekiranya dalam keadaan BLR naik dan seperti dalam surat tawaran di atas, faedah ‘cap’ sehingga 10%, namun adakah dividend ASB boleh memberikan return sehingga 10% setahun?
Penulis kata rugi kenapa buat?klu dh buat lepas kaji jual lah balik…
Penerangan yang baik..bagus utk rujukan sebelum buat loan ASB..
tapi boleh tuan terangkan kalau seseorang itu surrender loan lepas habis ‘locking period’.. mungkin atas sebab2 kewangan @ masalah lain.. untuk rujukan sesiapa yang sudah ambil loan dan berkira2 utk surrender.
Dan bagaimana prinsip pembiyaan loan ASB ni? Adakah sama seperti pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi @ seperti pinjaman perumahan..
Terima kasih..
Itu adalah kemungkinan risiko dan bukannya BAKAL risiko.
RM7,248 bekerja untuk 100K bagi jangkamasa 25 tahun. Berbaloi …..
Dan jika selepas 2 tahun pinjaman, kadar dividen lebih rendah dari BLR+. Anda boleh menutup akaun sebelum terlambat. Walaubagaimanapun, jika anda meneruskan (walaupun anda mengambil dividen tahunan), anda tetap menerima 100K dan anda bukannya membayar 100K untuk mendapatkan 100K.
Anggaplah ianya sebagai simpanan dihari tua.
cuma bayar tahun pertama sahaja,,, pada yg tak bleh bayar penuh rm572,, di akhir pinjaman anda akan dpt rm100k,,, dikira mmg untung,, tapi kalau bleh bayar setahun mampu knape tidak bayar setiap bulan hingga seterusnye,,, dan dividen tu simpan,,, wow brapa byk duit selepas 25tahun,,, dan ada xtra lagi kita beli satu dinar setiap tahun mmg best,,, duit rm100k selepas 25tahun heheheh,,,, tak tau la brapa nilainye lagi,,,,
betol tuan admin…tp adakah tuan Admin melihat dr sejarah asb itu sendiri..membuat analisis ttg pelaburan yg ade dimalaysia? membuat analisis or kertas kerja ttg pelaburan asb? dr dulu hingga sekarang? dr ape yg tuan admin tulis..sy pasti tidak…kurang membaca dan pemahaman disitu..pemahaman tuan adalah salah sekali…tuan hanya nampak kerugian atas bukan duit kita sendiri ttp adalah dividen kita terima..i..dividen dibayar atas keuntungan….katakan blr naik dan katakan kene bayar bunga 10% pada tahun tersebut….masih untung jika kita membuat p[elaburan jangka poanjang..sbb kalo naik pon blr tidak setiap tahun naik 10 percent..sejarah membuktikan..keuntungan dr dividen tahun2 sebelum atau selepas masih boleh cover lagi…bercakap pasal pelaburan..pelaburan ini lah yg paling agak minima risikonya..plus satu2nyer peluang utk org melayu utk eventually ade duit poket atau simpanan di masa hadapan atau waktu kecemasan..kalo katepon blr naik mendadak selepas ni..x turun2,..setiap tahun asyik naik…..kita boleh membatalkan pinjaman asb kita di bank pada bila2 masa dengan denda sy rase cukup minimum..dan saya percaya masih ade keuntunggan kita akan ttp dapat nanti…akhir kata sy..siapakah yg akan bagi kite rm100k pada 25 vtahun akan dtg nanti..walaupun nilainyer munkin rm100k dulu x sama mcm sekarang but still u have rm100k in the bank…still if u x amik dividen dan still bayar bulan2..sampai 25 years..cube bayangkan wang anda ketika itu..so tepok dada tanya selera..usah dipening2 pasal bayaran kita pada bank..sbb mereka nak buat duit..dan utk kita ade duit utk buat pelaburan jangka panjang dgn ekonomi skunk..lebih baik cepat melabur..mase x kan menunggu kita…akhir kata sy..pelaburan asb mmg x konsisten ttp adalah yg paling agak konsisten pada mase kini..iatu pelaburan utk org pemalas tetapi plg menguntungkan dan rendah risiko..nak tanya pada Tuan admin..tuan admin ade ke pelaburan yg jamin dpt rm100k pada 20 ke 25 tahun akan datang? kalo ade tlg kongsikan..dan banyakkan membaca dan belajar dan menunutut admin pasal ekonomi dan kewangan..jgn panjang 1 ke 5 tahun..tp pandang ke 20 tahun keatas..sy nak cerita bab ni mmg panjang..bel;um lagi sy sentuh bab dividen dan risk cycle dsb..pendek kata sy tanya pada yg lebih tahu,,..askum
Jika BLR naik melebihi div. ASB, terminate saja loan tersebut..
Pelaburan haram. Apa yg untungnya? Nampak mcm ringan. Tapi cuba tuan2 lepas ni makan ayam sembelihan ah chong.
saya setuju dgn en amin…tak rugi pon buat loan ni…dpt duit free beb…:) memang dlm beberapa tahun jika tak keluarkan dividen yg diperolehi dan akan compound dividen…memang boleh cecah jutaan ringgit…kena pandai laa manupulate apa yg ada:)
Kalau dah tak menguntungkan, boleh buat jualan semua 100,000 unit saham ASB yang kita beli tu kan? ke camne? dan kita dapat semula duit Principle yang kita telah bayar bulan2.. lbh kurang 1/4 drpd yg kita telah bayar.. ke saya salah?
Oh, ada pro kontra. Namun .. jika blr naik kita boleh terminate bila2 masa ( kebanyakan bank yg tawar loan asb ni tidak ikat kontrak( kecuali RHB Easy), berbeza dgn pinjaman peribadi conventional). So risiko agak kurang situ plus dapat duit tambahan utk insurans.. Mostly yg buat loan asb ni nak boostkan income dgn cepat berbanding biasa, di samping ‘paksa diri’ menyimpan. Apapun simpan sendirri masih yg terbaik, kiranya disiplin diri tinggi.asb loan ini alternatif utk jana income lebih cepat sekiranya pandai diurus.
Sy amalkan kedua2 . Simpan dan loan sekadar kemampuan.
xkesah la nk kata apa pn.. yg pnting tiap2 tahun leh dpt byr duet dr dividen ASB ni tok byr rotex krete n bli brg keperluan yg lain…
as slm en,
tls email@pm berkaitan pelaburan rm250 sebulan div 10% setahun dlm tempoh 15thn dpt rm104,481.
tima kasih
Tapi pinjaman seperti ini ada insurance…sekiranya terjadi apa2 kepada peminjam, waris akan mendapat jumlah penuh yang dipinjam..walaupun baru bayar 2-3 bulan..Lagi satu, sejauh mana anda boleh pastikan dapat simpan RM250 sebulan? Kalau orang yang betul2 berdisplin rasanya tiada masalah..bagi yang gelap nampak duit ni, alamatnya tak menyimpanla..
Setuju. Membuat pelaburan dengan menggunakan kaedah pinjaman hanya merugikan diri sendiri sahaja.
Cuba tengok sejarah dividen ASB, adakah ianya semakin naik atau turun? Tidak ada jaminan dividen akan selalu melebihi 10% setiap tahun.
Masih ada banyak cara lagi untuk gandakan wang dengan selamat dan risiko rendah contohnya pelaburan dalam unit amanah (menggunakan KWSP) ataupun pelaburan dalam insurans.
Halal dan Haram bukan terhad pada pelaburan sahaja. Jangan sempitkan konsep Haram hanya pada pelaburan. Bermain facebook atau blogwalking dalam masa anda masih dalam tempoh bekerja juga akan menyebabkan portion gaji akan menjadi Haram.
Tak setuju dengan artikel ini, kalau simpan 500 setiap bulan dari bulan 1 hingga bulan 12, cuma simpanan bulan 1 sahaja akan dapat dividen penuh.selainnya akan terima dividen mengikut tempoh ianya berada dalam akaun.
Kalau namanya pelaburan ..celah mana yang tiada risiko? semua pun sikit atau banyak tetap ada tapi ASB mempunyai risiko paling minimum setakat ini.
Kalau kita buat loan 50k, bayar ansuran selama at least 10 tahun atau kurang, kita dah boleh langsaikan pinjaman asas beserta interest serta masih mendapat baki dividen yang dikumpul selama tempoh 10 tahun tersebut.Syaratnya..ansuran terus bayar dan dividen tidak diusik.
Yang penting, kalau nak buat loan ASB atau apa sahaja..anda mampu membuat ansurannya juga.
betul..insuran itu sangat membantu waris peminjam
xkisah la blr naik ke turun ke..yg ptg tiap tahun dapat dividen asb dan dapat tambah stok barang kemas 916..sapa nak bagi tiap tahun rm1000 lebih..klu bulan2 simpan pun alih2 ada masalah sikit dah kuarkan semua..sy dah cuba buat simpanan dalam asb tiap bulan kononnya xnak usik..last2 skrg tgl rm40 je kah3..dgn loan asb ni la akhirnya boleh buat simpanan sikit..alhamdulillah
terima kasih atas pandangan anda semua.. saya amat menghargai atas keprihatinan anda semua untuk komen dalam posting blog ini… saya tidak berniat utk reply satu persatu komen yang diberikan di atas kerana pada pandangan saya apa jua pendapat anda adalah benar belaka. InsyaAllah, bila diizinkan masa, saya akan tulis satu posting lagi sekiranya berlaku penamatan awal loan ASB dan senarionya.
setiap tahun simpanan, kita kena keluar zakat sebanyak 2.5%….ini yang ramai orang tak ambil kira dalam perkiraan ASB….cuba tengok…lepas tolak zakat, berapa % dividen sebenarnya yang kita dapat setahun? Tabung haji is the way to go…..
Pinjaman ASB merupakan pengumpulan asset. Walaupun berhutang ASB hutang yg sihat Dan berfaedah untuk mrrancang kewangan Dan dapat pulangan mengatasi inflasi. Faedah bank until jangka panjang dpt dikurangkan dgn tips INI. Setiap Kali dividen keluar bayar awal tahun terus keakaun loan ASB bukannya akaun simpanan d bank. Anda boleh menjimatkan faedah at as pinjaman Dan seterusnya memendekkan tempoh pinjaman lebih kurang 5 tahun / 60 bulan dgn cara INI. Maka keuntungan akan lebih berpihak kepada peminjam yg bijak DLM men gurus pinjaman ASB.
Ok..pasal zakat..mushkil jugak ne..duit loan benar2 ke kita punya sbb kita masih berhutang..???
Setiap pelaburan pasti ada risiko.. ASB mmg rendah risikonya.
Tetapi bila melibatkan kadar pinjaman asas dalam pelaburan,
akan menyebabkan terdapat perbezaan antata pelaburan sendiri
dan pelaburan secara pinjaman. Kebaikannya mungkin pelabur
tidak perlu mengeluarkan modal yg besar untuk mendapatkan
keuntungan yg besar. Bayar setahun dan dpt jumlah yg kita
pinjam. Tetapi kita tidak pernah mengambil kira tentang inflasi
yg semakin meningkat. Jadi nilai wang kita akan berkurangan
mengikut tahun. Masalah kewangan memang akan berbangkit
sekiranya kita mengambil kira setiap faktor yg terlibat..
Sy pun buat..sy buat 50k je…hari tu ada pegawai bank tu yg ckp…kalau kita byr guna duit sendiri n xkacau dividen selama 7 tahun…dividen dah boleh bayar utk keseluruhan loan…jadinya tahun ke 8 dah xpyh bayar apa2 n dah dividen pun dah boleh guna sesuka hati…tp sy tak pernah kira jugak..tp bunyinya mcm possible…
Modal rm7k utk tahun pertama, lepas 25 tahun dapat rm100k mana lagi lumayan?
Siapa pernah rasa conversation asn ke asb. Rm 1 dapat Rm. Masa tu lagi tinggi simpanan dlm asn secara loan atau simpanan sendiri dapat pulangan yg terbaik. Fikir fikirkan kalau ianya terjadi sekali lagi.
Salam.
Terima kasih sebab berkongsi , walau bagaimanapun jgn prejudis bila memberi penerangan.
nak banding , biar banding tembika dgn tembikai bukan tembikai dgn tembikai susu dan sebagainya.
1. Tak dinafikan bila membuat pembiayaan ada keuntungan kpd bank , sama juga mcm agen insuran ke agen ut ke atau apa saja tentu ada komisyen @ keuntungan . Ini kan bisnes. Perlu bayar gaji kepada pekerja juga.
2. Bila bercakap tentang kebarangkalian BLR , jangan lupa juga inflation serta harga pasaran. Jd tidak ada 1 pun dlm dunia ni yng pasti. Walau bagaimanapun sekurang kurangnya kita punya kebarangkalian tuk mendapat pulangan dr cuma melihat.
3.Jika bercakap tentang pulangan yg tidak tetap , ut serta simpanan sendiri juga tidak akan mendapat pulangan yg tetap.
4.Walaubagaimanapun , jika bercakap tentang nilai , jaminan pokok. Nilai sijil pembiayaan ASB adalah dijamin berbanding UT . Bahkan , simpanan sendiri pun kalau tak reti nak displin 1 hari je lah nampak lepas tu kirim salam.
5. JIka nak bercakap tentang nilai, adakah nilai RM10 sekarang sama dgn 10thn lepas? Jika kita asyik dok bercakap dan tak ambil peluang di mana kita akan berada? Kereta juga punya kadar keuntungan bank , bahkan kiraannya adalah future interest , tapi kita masih beli kerana keperluan. Begitu juga rumah. Lantas mengapa simpanan ASB yg berbentuk pinjaman ini dipertikaikan?
6.Dipendekkan cerita. Saya buat sedikit perbandingan, umur di bawah 40thn
Jika anda menyimpan sendiri ke buku ASB
A. RM600/bulan. = 1 tahun RM7200
Div kita anggarkan 7.5% (tak termasuk bonus) = RM540 / thn
*Patutnya kalau masuk bulan, pulangan akan jd lebih rendah dr RM540.
Berbanding dengan Pembiayaan ASB – RM100K
RM600 / bulan = 1 tahun RM7200
Div kita anggarkan 7.5% (tak termasuk bonus ) = RM7,500
Yg mana satu pulangan tinggi?
B.Perlindungan
Maaf cakap kalau kita meninggal dunia @ kalau cacat kekal yg tak boleh bekerja lagi.
SImpan Sendiri
family hanya dapat RM540 dan RM7200 = RM7,740 (itu pun kalau tak digunakan) . Kalau dah guna , yg tinggal cuma RM10.
Pebiayaan RM100K
waris @ pemegang sijil mendapat RM100K , walau pun dividen dah digunakan @ baru nak start bayaran. Ini adalah kes benar.
C.Mengapa bila buat pinjaman kereta @ rumah kita ambil jangka panjang? Sebab nak kurangkan komitmen. BEgitu juga dgn pembiayaan ASB.
Simpanan Sendiri – RM600 x 12 bulan= RM7200 (dengan andaian selepas tu mmg tak nak simpan dan biarkan je RM7200 dlm ASB)
Anda boleh kira sendiri , dgn andaian pulangan setahun 7.5% setahun dan tiada pengeluaran dividen.
Total Dividen untuk 25tahun = RM36,708.05
+ simpanan = RM7,200
Total terkumpul 25tahun = RM43,908.05
Total terkumpul kalau 10thn = RM14,839.43
Pembiayaan ASB RM100k
RM600 x 12 bulan = RM7200 (andaian bayaran dr poket sendiri 1 thn je , kemudiannya menggunakan dividen).
Andaian pulangan 7.5% setahun (tidak termasuk bonus) = RM7,500.00/thn
Gunakan dividen tuk bayaran thn berikutnya dan begitulah seterusnya.
Andaian lebihan juga digunakan.
25tahun wang terkumpul = RM100,000.00
Kalau 10tahun berhenti =RM 24,000.00
25tahun tak bermakna kena berhenti pd tahun ke 25 .. cuma ada kelebihan kepada peminjam.
D. Kena caranya , ASB ni boleh bantu kita tuk menyediakan kedudukan kewngan yang lebih sihat. Dan melaluinya Alhamdulillah ramai yg dapat melaksanakan ibadah umrah dan haji. Kalau simpan sendiri boleh juga , tapi kalau dgn sijil jika kita meningal , kita tak pergi tanap melaksanakan tanggunjawab.
Tuk ketahui lebih lanjut , saya alu-alukan anda ke mana2 agen ASB , @ saya sendiri sarah adam , dr RHB Bank Berhad 1 LAgenda , melaka. 0196242067.
ASB adalah alternatif antara yg terbaik. Jgn kondem hanya kerana kita ada produk lain. Dan jgn main kira ikut dan je.
Tabung Haji juga 1 cara dan ikut syariah . Tp ASB kita boleh bayar zakat sendiri , ikut amaun dividen bukan sijil sebab belum jd milik kita.
Perbezaannya ialah base . Kalau kita simpan .. plangan ikut simpanan tp kalau kita ada sijil pembiayaan ianya akan ikut nilai sijil.
Kalau dulu .. org yg ada cash RM100k akan dpt RM7500 , dan saya tgk je .. tp kini .. saya takde cash RM100k tp sy juga boleh dapat pulangan yg sama. Dan saya boleh plan persaraan saya. Bg kakitangan kerajaan ini adalah 2nd pencen anda.
Ini bukan insuran, yg mn ada insran bagus.. nilai sijil ini pula boleh jadi tambah nilai kpd apa yg kita ada.
Harap anda bersifat terbuka. Nak terang semuanya banyak sgt ..lenguh. So lebih baik datang jumpa saya.
Tq.
salam tuan/puan sume. loan asb saya sokong. tapi kena hati2 jgn ambil terlalu byk. nak ambik byk lps bab hartanah dah x nak fikir lagi. yg belum ada rumah, yg nak beli rumah kedua kena igt loan asb dikira sbg komitmen anda. kan tak pasai2 masa nak beli rumah loan x lps gara2 loan asb nih. alih2 beli jelah umah flat tgt 4…. utk info je. thanks
Saya dah buat asb loan 200k dan dah terminate.sebabnya:
1.komitmen tinggi.dah tak boleh beli rumah.yakin ke anda takkan beli rumah lagi even 5 taun ke hadapan?
2.loan 200k ditambah mrta 6ribu.macam kita saja2 bagi 6 ribu tu kat bank.
3.kalau kita stop lepas let say 5 taun.kita takkan dapat apa2 sebab kita baru bayar bunganya saja.contoh saya bayar 1200 sebulan.bunga je saja 1000.pokok 200.
4.kalo simpan asb,waktu kecemasan boleh keluar.kalo loan asb kene tunggu hujung taun dpt dividen baru boleh keluar.boleh ke kita tangguh apa2 kes kecemasan tu sampai ujung taun?
5.syarat2 asas sebelum melabur besar2-beli rumah.potong kredit kad dan lain2 hutang selain kereta.ada simpanan kecemasan sekurang2nya 6 bulan gaji.barulah melabur.
Anggaran kasar;
Simpan sendiri;
RM300/bulan
Selepas 15tahun jika dividen di andaikan 7.5% setiap tahun, jumlah total adalah RM97,258.26
ASB Loan;
RM300/bulan
Selepas 15 tahun jika dividen di andaikan 7.5% setiap tahun, jumlah total adalah RM97,944.00 + RM22,516 = RM120,460
Simpan sendiri = RM97,258.26
ASB Loan = RM120,460.00
Beza; RM23,201.74
Soalan:
Yg mana lebih menguntungkan?
Mesti la simpan sendiri, sebab dapat RM97k+, kalau buat asb loan baru dpt RM120k+ Je..
Guys, let me just bagitau macam mana pengiraan dividend asb. Mungkin semua yg ada kat sini kira dividend asb ni mcm (a):
(a) jumlah simpanan x dividend seunit (% untung)
E.g : 100,000 x 8% = rm8000 setahun.
Pengiraan itu silap. Asb punya dividend dikira seperti di bwah:
Jumlah disimpan × berapa bulan duit tu disimpan × dividend announced that year ÷ 12.
E.g: (selepas 3 tahun menyimpan)
100,000 × 36 × 0.08 ÷ 12 = 24,000.
Sebab tu compounding asb ni lain sikit dari yang lain.. investment ni mmg untung but melabur la atas kemampuan diri sendiri.. start small.. bila dah senang sikit tambah je la sendiri sikit2 setiap bulan.. sekian..
Saya amat setuju dengan Nuzkarnain. Inilah masalah utama bagi sesiapa yang mengambil loan ASB. On paper mmg nampak cantik, dan realitinya ramai yang withdraw dividend di awal tahun, dan terminate in between, jadi bayaran bulanan sebelum matang hanya menguntungkan bank saja. Namun sekiranya peminjam BERDISIPLIN dan TIDAK SENTUH langsung dividend dan tunggu sehingga tempoh loan tamat, mungkin senarionya akan berbeza.
Lagi satu.masa kes saya.dia start kira loan dari 2 hb setiap bulan tapi proses dia masuk duit ke asb sampai sebulan.jadi saya dah rugi sebulan dividen which is rm1200.
2.then masa saya terminate.dia akan stop loan lepas 2 hb which mean i kene bayar installment rm 1200 utk bulan tu but withdraw from asb in the middle of month means i xdpt dividen utk bln tu.cuba u kira berapa kita rugi jika stop in the middle?kurang2 2 bulan dividen@rm2400.plus all energy,time consume to void the agreement,emotion wasted.
saya memang xkan involve dlm benda2 mcm ni lagi.bank just nak untung.sales just nak achieve target utk dpt bonus.kita yang rugi.
Please dont commit if u dont even settle 3 thing 1.buy ur house 2.settle all loan except car 3.savings 6 months salary.
maaf cik nk tnya..sy sy dgr duit asb xleh buat g haji umrah..sbb dia punya hukum harus. btl ke?
stuju sgt dgn ahmad nuzkarnain…. peace yoo
Ape la yg nk d gaduhkan… Eloklah ditinggalkan sbb dah d beritahu asb ni haram… Byk lagi tempat lain kalau nk melabur…
sori brader2 yg ader kat sini.. saye nak menumpang sikit la kan.. sye mmg buat loan ni 100 k sayr x asa rugi dan x rasa nyesal… bg saye la.. bnda ni bgus pasal insuran ada cover.. kite x tahu bila kita nak mati.. at least kita ada tinggalkan sesuatu untuk fmly… bkn hutang je kite tinggal … lpas tu x salah rasanya klu sambil kiter wat loan asb ni kita wat skim potongan gaji dari payment kita…. kita bole dapat kedua2 jenis keuntungan kan… at least kita x berharap dari keuntungan loan sahaja.. ada gak saving sendiri… mmg x nafi macam mane pun bank ttp nak untung …. tp kita kna la pk jauh sikit dari biasa saye x yakin saye bole hidup sampai esok … sekian …
i klik like pada statment anda…..
cuba tengok video ustaz azhar idrus ttg ASB
you buat loan ASB di bank mana??? saya pernah buat kiraan…. kita byr mmg lebih dari RM100k… tp anggap jer duit bulan2 kita byr tulah yg akan kita dapat lepas 25 tahuun…… kira jugak berapa byk dividen kita dapat??? 7k X 25 = 175k utk 25 tahun… campur la RM100k ada Rm200++ kan??? kurang2 adalah jugak simpanan byk tu lepas 25 tshun…. dr langsung tak buat apa…..asal msk kuar masuk kuar… baik wat ASB loan…….
Buat loan asb untungnya bila kita buat loan dlm jumlah yang banyak tapi hanya bayar untuk bln pertama..cuma kita hanya rugi masa cth kalau kita buat loan 200k selama 30 thn..katalah umur kita semasa buat loan asb 30 thn..nak tunggu habis bayar dan dpt rm200k umur kita dah 60 thn…dpt duit masa umur 60 thn dah tua..haha,tapi ank kita yg dpt faedahnya..haha, nak untung lagi selama 30thn dpt dviden jgn keluar..
bende simple je..ulamak dah ckp ASB ni haram..so kalo dapat 120k tu pun duit haram..mmg kalo mati waris/anak2 dpt duit HARAM yg korng tngglkn tu..nak ke bg WARIS/ANAK korang makan DUIT HARAM?kalo korang lg tinggi ilmu dr ulamak ckp ulamak tu salah maksudnye berentila jd org islam..jangan nak ckp kalo haram kenapa asb masih dibenarkan kt malaysia??yg benarkan pemerintah bkn ulamak..baik korang tanye kalo arak n judi tu haram kenapa masih dibenarkn kt Malaysia??tp kalo korang xkesah nak simpan duit haram bg makan anak,bini,cucu,cicit, maka silakanla melabur kt ASB ni..xkirela pakai loan ke duit sendiri ke tetap haram sbb duit yg korang laburkn tu akan digunakan utk melabur kt tempat2 haram supaya ade untung then bayar dividen kt korang..so korngpn dapatlah saham NERAKA skali..tp biasela org malaysia ni,name kt IC je islam..duit halal haram bkn dieorg pedulipn..die cite mase dpn yg lg 25thn..mase dpn dieorg kt akhirat nanti xde plak nak pk..
walaupun byk sanggahan kepada penulis, saya secara peribadi tetap merasa membuat pinjaman dan melabur adalah sangat2 MERUGIKAN di dunia dan lebih2 lagi di akhirat kelak..kerana hukum ASB sendiri lebih cenderung kepada shubahat malahan telah difatwakan HARAM oleh beberapa badan berwajib. Untuk kepastian, boleh rujuk video ini :
http://www.youtube.com/watch?v=5rdg8shve9M
Melabur dalam ASB yang difatwakan HARAM pun tak rasa rugi ke? Bagi anak bini makan duit HARAM jadi darah daging pun umat Islam tak rasa rugi? akhir zaman….semua nampak $$$$ saje…
saya setuju dgn famera. lagi pun tiada pinjaman Islam yg menawarkan pinjaman ASB..
komitmen pinjaman asb itu hanya akan menyebabkan pinjaman yang lain terganggu terutamanya pinjaman perumahan..
salam sejahtera
macam mana pula kalau sudah lebih setahun bayar…
orang cakap kalau dah setahun bayar boleh stop bayar kan.
sebab saya automatik tolak dari akaun
harap dapat in jelas
Assalamualaikum…? Yg penting tepuk dada tanya selera…berbalah dan bercanggah pndapat xkemana juga akhirnya…asb ada yg kata haram dan harus…rujuk pd berilmu dunia dan akhirat…jgn komen atas dasar dengki dan iri hati tp komenlah atas dasar kemanusian dan kasih sayang sesama ummat muhammad..menuding jari serta mendabik dada siapa lebih pandai dan berilmu tidak diajar dlm islam sebaliknya berkongsi benda yg baik dan menasihati mndorong ke jln yg benar adalah lebih baik..ingatan utk saya dan semua..Allahualam..melayu islam usaha tangga kejayaan…
Ini pandangan adil untuk penelitian pembaca blog ini.Memetik fatwa negeri Selangor silakan.Fatwa Kebangsaan silakan juga.Melabur dengan meminjam duit bank ada risikonya,guna duit sendiri pun risikonya ada .Dalam kes di atas peminjam telah membuat keputusan tersebut;bayar satu tahun berjumlah RM6864 dengan duit sendiri kemudian membayar ansuran 24 tahun akan datang daripada dividen.Pelabur peminjam bank ini berpuashati bahawa setelah matang dia dapat RM100000.Jika dia mati atau mengalami ilat kekal bila-bila masa sebelumnya maka RM100000 menjadi warisan atau kegunaan khasnya akibat ilat.Berbaloikah itu?sebenarnya berbaloi.Kemampuan orang bagi mencapai matlamat kewangannya tidak sama.maka cara ini satu pilihan.Rekod sejarah silam pengagihan pendapatan ASB semenjak 1990 sehingga 2013 yang dicelah-celahi kemelesetan ekonomi 1998,2008 dan 2011 tidak menghampakan Bumiputera/orang Melayu jika hendak dibandingkan dengan tabung-tabung unit amanah selainnya ketika pasaran saham jatuh pada masa itu.Pelaburan selain ASB yang boleh memberi pulangan 10% setahun sepanjang 15 tahun atau 25 tahun secara konsisten untuk dijadikan alternatif dan bandingan dengan ASB adalah contoh hebat namun sepadan dengan risikonya yang rendah,sebenarnya pulangan tahunan bagi ASB adalah amat berpatutan.Silakan masuk menyertai mana-mana pelaburan tetapi jangan lupa menjadikan ASB satu daripada pempelbagaian portfolio pelaburan anda.Kalau hendak jadi pelabur pelajarilah ilmu pelaburan.Anda boleh membaca atau mendengar pendapat saya,tetapi ingat anda harus kritis dan bijak menyaring pendapat orang.
Itu namanya tiada disiplin dalam menyimpan..anggaplah anda mungkin akan meninggal dunia esok hari,adakah loan asb tu keluarga anda akan dapat hasilnya??tidak…klu simpan sendiri pula,keluarga anda akan dapat kembali apa yg disimpan oleh anda sepanjang anda masih hidup..klu membuat simpanan di insurans takaful pula??keluarga anda akan dapat jumlah pampasan yg dijanjikan didalam polisi takaful anda…buat la pilihan yg bijak dan menguntungkan keluarga kita bukan sekadar sewaktu kita masih bernyawa,tetapi sewaktu kita sudah meninggal dunia pon masih kita membantu keluarga kita..renung2kan..jgn fikir utk diri sendiri shj..
aku pun ada buat loan asb n asb2….rm 400,000 selama 25 tahun. aku sensara setahun jah. lepas tu ok balik… sekarang ni tegah nk melabur dalam tabung haji, public mutual dan ahb pulak…
nasihat aku pada orang2 yg nk mula melabur. hati kena keras. sbb ni duit ko. ko la yg rancang kat mana ko nk labur dan dengan cara mana ko nk labur ,loan atau simpan.
ingat ni je.. bila ko susah x de sapa nk tolong ko. nk bagi duit kat ko…
# bilakosusahakutaktolong
Assalamualaikum
waalaikumussalam azwan
mana lagi untung..buat personal loan (goverment loan) 100K. labur dlm asb 100K.
kindly advice
Detail pasal ASB Loan ni ada di google play.
Baca buku “Kontroversi Pinjaman ASB” di sana.
Also ada sekali calculator excel percuma di website penulis.