Takaful Terbaik

Assalamualaikum

Sehingga entri ini ditulis, Ramai yang bertanya saya, Takaful Operator manakah yang terbaik di Malaysia?

Agak sukar untuk memberikan jawapan, kerana bukan senang nak tubuhkan sebuah Takaful Operator. Yang pentingnya, ia adalah sebuah Syarikat TAKAFUL dan bukannya Insurans Konvensional. Sebagai seorang perancang kewangan Islam, bagi kami yang pentingnya orang ramai di luar sana ada perlindungan Takaful dan bukannya dari Insurans Konvensional. Musuh kami adalah sistem Riba yang diamalkan oleh Syarikat Insurans Konvensional, dan memang ianya telah sah HARAM di sisi Islam. Semoga lebih ramai orang-orang Islam di luar sana sedar akan hakikat ini.

Penyertaan takaful adalah untuk long term, jadi yang terbaik adalah apabila anda sendiri memahami apa plan perlindungan yang disertai. Pemilihan perunding takaful yang boleh dipercayai juga amat penting, kerana kadar ‘turnover’ agent atau perunding takaful amat tinggi, dan anda perlu pastikan mereka amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai perunding takaful.

Sekiranya anda tanya saya, syarikat manakah yang terbaik? Jawapannya adalah SEMUA.. yang pentingnya sekarang ini adalah, siapakah yang bakal membantu anda tatkala anda memerlukan bantuan dari perlindungan takaful, itu yang patut menjadi keutaaman. Wallahu’alam.

Ahmad Humaizi
Group Manager, Great Eastern Takaful Berhad.
019-3726080