2011 Yang Penuh Bermakna Dalam Hidupku

Great Eastern Takaful

Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak menulis entry personal dalam blog ini. Beginilah kehidupan Usahawan Alaf Moden, sejak meninggalkan kerja makan gaji, saya perlu tumpukan sepenuhnya kepada perkembangan perniagaan, bukan boleh main-main lagi, sebab inilah periuk nasi sekarang ini. Ok, saya akan menyorot kembali apa yang berlaku dalam hidup saya bersama isteri tercinta, Siti Haslina Abdullah, dan 4 orang anak kami, Ahmad Haziq, Ahmad Jauzil Falah, Akram Jauni dan Hafiy Hamzi sepanjang tahun 2011.

Di awal tahun, pada 3 Januari 2011, tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga dengan kelahiran anak ke empat kami, Hafiy Hamzi. alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan kelahiran putera ke 4 kami dengan bantuan Dr Khamsiah di Hospital An-Nur Bangi. Bagi kami, Hospital An-Nur adalah hospital Islamic terbaik yang memberikan layanan mesra dengan kos yang amat berpatutan.

Great Eastern Takaful
Kelahiran Hafiy Hamzi Pembukan Tirai 2011 Bagi Kami Sekeluarga

Pada bulan Mac 2011, aku telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Scope International Berhad setelah lebih kurang setahun dan lima bulan di Dutch Lady Milk Industries Berhad. Kalau di Dutch Lady aku memegang jawatan sebagai Generalist HR Manager-Manufacturing, di Scope aku memikul tanggungjawab sebagai Senior Manager-Industrial & Employee Relations. Nampaknya jodoh aku dan Scope tidak kekal lama, setelah sebulan aku memohon petunjuk dari Allah semasa bulan Ramadhan 1432H, aku rasakan sudah tiba masanya untuk aku terbang bebas menjadi seorang Usahawan yang aku gelarkan sebagai Usahawan Alaf Moden.

Dengan menggunakan medium internet marketing yang telah aku mula pelajari dan ceburi semenjak bulan Disember 2008, aku yakin peluang yang ada begitu besar dan luas. Sehubungan dengan itu, selepas Hari Raya AidilFitri 1432H, aku telah mengambil keputusan untuk resign dan secara rasminya aku menjadi usahawan sepenuh masa bermula 15 November 2011.

Apa yang aku jual di internet? Itulah persoalan yang sering diajukan oleh teman-teman dan sanak saudara yang ingin mengikuti jejak langkahku. Agak keberatan untuk nyatakan secara specifik apa produk yang dijual, sebab aku tak jual produk MLM yang perlu menaja orang lain.heheh…biasanya orang yang jual MLM saja suka war-warkan produk mereka. Agak kelakar apabila aku serve notis, Head HR Scope warn aku sebab katanya dia dengar aku promote produk MLM di ofis…aduss…itulah dunia pekerjaan..kita tak tahu siapa yang cucuk-cucuk di belakang kita  dengan complaint pada boss…Selamat tinggal alam pekerjaan yang penuh dengan gossip..heheh..maafkan aku  ya…

Selain daripada menjual produk fizikal, aku juga memasarkan produk Unit Trust Public Mutual secara online. Maksudnya di sini, aku tak perlu buat cold-callling untuk mendapatkan customer, tetapi melalui internet marketing, iaitu medium Blog, Facebook serta Emel Marketing. Alhamdulillah..satu perkara yang baru tetapi amat menggalakkan respond daripada rakan-rakan online. Kini aku juga mula mencuba peluang untuk memasarkan produk Great Eastern Takaful. alhamduillah, dengan bantuan Group Agency Manager Public Mutual dan Great Eastern takaful, aku terus mendapat title Unit Manager instead of Agent di Great Eastern Takaful. Jadi, target 2012 adalah untuk recruit dan bina agensi bersama-sama dengan Public Mutual dan Great Eastern Takaful.

Ok, berbalik kepada personal matter, pada 1 Muharaam 1433H, kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru kami di Saujana Impian, Kajang. Rumah yang kami beli pada tahun 2009 dan pada masa tersebut dengan harga RM642,910 kini telah mencecah hampir RM900k. Alhamdulillah..rezeki kami sekeluarga..kalau sekarang ini, pastinya kami tak mampu untuk beli rumah hampir RM1 Juta.

Rumah Kami di Saujana Impian, kajang

Betul la kata orang…untuk invest, jangan tunggu-tunggu..even nak buat apa-apa perkara sekalipun..makin lama menunggu..makin banyak potensi yang kita akan hilang..aku selalu berpegang kepada prinsip, Fast Action..Fast Result.  Begitu juga dengan pelaburan Unit Amanah, Pelaburan Emas dan sebagainya.

Pada tahun 2011, aku telah mencapai Azam…iaitu ingin bekerja sendiri…pada tahun 2012…azam/ matlamat yang ingin dicapai adalah dengan mengembangkan perniagaan Internet ke peringkat Antarabangsa, dengan memasarkan produk-produk yang mendapat sambutan di Malaysia ini ke pasaran antarabangsa. Thanks to information technology..dengan google trend..aku dapati market dan permintaan yang amat besar di pasaran antarabangsa juga.

Selain daripada itu, tahun 2012 aku ingin menjadi seorang coach untuk recruit serta melatih agen-agen Public Mutual dan Great Eastern Takaful dengan menggunakan medium Internet Marketing sebagai cara utama untuk mendapatkan prospek. Sesiapa yang bercita-cita ingin berdikari tanpa makan gaji, boleh mulakan secara part-time terlebih dahulu sebagai agent takaful dan agent unit trust dengan Public Mutual Berhad dan Great Eastern Takaful. Peluang yang amat besar dan hebat di bawah Caliph Agensi, dan di bawah bimbingan Group Agency Manager, Ariff Ismail.

Ok, lah setakat ini dulu perkongsian untuk hari ini…harapan dan doa aku semoga 2012 menjadikan kita semua kaya dan berjaya bukan saja di dunia, tetapi juga di akhirat. InsyaAllah.

Great Eastern Takaful

2 Comments

  1. sinar pagi

    ajarkansaya boleh.. saya mmg dah lama berminat nak ubah taraf hidup ni tapi blum jumpa jalanla. klu xkesah, en blh guide saya x?

  2. Humaizi

    Sinar pagi, sila hubungi saya 0193726080 .kita boleh bincang lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *