Terlalu Ramai Pesaing Dalam Perniagaan?

Salam,

 

Inilah kebiasaanya yang menjadi alasan bagi orang-orang yang cepat putus asa buat business, bila susah nak berjaya, antara alasan yang diberikan adalah, terlalu ramai orang menjual atau menyediakan perkhidmatan, jadi bagaimana saya boleh berjaya?

 

Ada ketika saya juga terfikir sebegitu, terutamanya dalam industri Unit Trust dan Takaful. Tengoklah berapa ramai yang menjadi agent unit trust dan takaful kan?

 

Begitu juga sekiranya anda seorang penjual produk fizikal seperti produk kuruskan badan yang hangat masa kini, Alpha Lipid SD2, berapa ramai dan lebatnya promosi produk tersebut dalam facebook sekarang ni.

 

Jadi, bagi mereka yang masih ‘baru’ dalam perniagaan, saya sertakan di sini artikel pendek yang saya baru terima dari Irfan Khairi mengenai pesaing dan anda kita perlu berkawan dengan mereka, bukannya BERMUSUH!

 

Berkawan dengan pesaing – Rezeki ada di mana sahaja!

 

Bila bersaing dalam perniagaan pun, biarlah tetap berkawan Rezeki ada untuk semua. Tak akan ke mana kalau rezeki itu rezeki kita kan… tak perlu bermusuh2

Gambar di atas mungkin agak kelakar, namun, pastinya anda juga perasan, di mana ada KFC di situ ada McDonalds. Di situ juga ada PizzaHut. Mungkin ketiga-tiga ini di kawasan berhampiran.

 

Kebaikan mempunyai pesaing:

 

Bila mempunyai pesaing, ia akan memotivasikan lagi kita untuk lebih berjaya dan mencari teknik dan strategi perniagaan yang baru dan kreatif. Mewujudkan pesaingan yang sihat.

 

Bila mempunyai pesaing, sesuatu industri tersebut akan lebih dikenali di kawasan tersebut. Pesaingan mempopularkan industri. Apabila industri itu popular, ia akan meningkatkan jualan keseluruhan!

 

Bila mempunyai pesaing, pelanggan mempunyai pelbagai pilihan. Mewujudkan keadaan WIN-WIN-WIN. Anda menang (1), pesaing menang (2) dan pelanggan pun menang! Rezeki ada di mana-mana, untuk anda, pesaing dan juga pelanggan.

Selamat berniaga dan bersaing- pandang pesaingan secara positif dan wujudkan pesaingan sihat!

 

 

1 Comment

  1. Bersaing mesti ada caranya… Tengok orang cina.. Relex ja depa bersaing.. ^_^ Melayu..? Pakai bomoh sana sini.. Huhuhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *