Apa Itu Unit Trust Investment?

Unit Trust

 

Untuk pengetahuan, Unit Trust (UT) atau Saham Amanah adalah satu bentuk pelaburan yang dikumpul, yang membenarkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam sesebuah portfolio securiti yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

 

Ini bermakna pemegang unit pelaburan unit trust tidak membeli saham terus kepada portfolio/ kaunter saham. Pemilikan saham akan dibahagikan kepada unit. Jika nilai saham naik atau turun, nilai setiap unit juga akan naik atau turun. Sebab tu dinamakan unit amanah. Amanah pula sebab pelaburan itu akan diamanahkan untuk di uruskan oleh mereka yang profesional.

 

unit trust

Setiap pelabur akan menerima sijil penamaan yang dikenali sebagai Sijil Unit Amanah. Bilangan unit yang dipegang bergantung kepada harga belian unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.

 

Kelebihan

  1. Pulangan antara 10-12% setahun (berdasarkan rekod 5-10 tahun yang lepas)
  2. Modal yang tidak hilang
  3.  Insuran takaful percuma
  4. Pelaburan yang berlandaskan islamik
  5.  Selamat – sebab ada pemegang amanah (Amanah Raya berhad)
  6. Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
  7. Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
  8.  Tak ada modal ? Boleh melabur serendah RM1000(permulaan ) , dan bulanan serendah RM100 (tak semestinya setiap bulan, ikut suka, boleh buat pengeluaran dari duit EPF tanpa menggunakan wang dari poket anda!
  9.  Nak beli rumah? tengah kumpul duit? Dana Persaraan? Simpanan untuk Tabung Pendidikan anak-anak? Lebih baik simpan duit yang ada di Unit Trust untuk medium to long term dari bank.(Fixed Deposit bg setiap tahun 3%)

Produk Pelaburan Islam Unit Trust!

Anda boleh memilih untuk melabur dalam dana yang berlandaskan Islam kerana ia juga disediakan oleh Syarikat Unit Trust. Anda boleh memilih mana-mana fund yg sesuai berdasarkan pulangan dan risiko yang anda mahu.

 

Ciri-ciri Dana Berlandaskan Islam

Wang pelabur dilaburkan dalam sekuriti saham dan instrumen pelaburan yang tidak bertentangan dengan syariah. Sebagai contoh, ia tidak dilaburkan dalam saham yang terlibat dengan arak, judi, perbankan konvensional serta insuran.

Penasihat Syariah Penasihat Syariah bagi dana dana islam yang diuruskan oleh public mutual ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM). Jangan risau pelaburan anda dijamin halal.

Untuk maklumat lanjut tentang pelaburan Unit Trust samada menggunakan cash atau simpanan akaun 1 EPF, sila hubungi saya, Humaizi 019-3726080

 

 

Terima kasih.

Unit Trust

1 Comment

  1. ahmad

    Salam ..emailkan sy detail..sy perlukan pncerahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *