Salam,
Di dalam kesibukan saya menghadapi persediaan untuk final exam MHRM subjek HR Management hari Sabtu nanti, saya terpanggil untuk memperkatakan sesuatu tentang keputusan pilihanraya di Permatang Pasir semalam.
Saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik, tetapi saya amat simpati dengan Timbalan Perdana Menteri kita yang mengetuai pilihanraya bagi BN, pelbagai cara digunakan untuk mengumpan pengundi, tetapi masih belum berjaya untuk memperolehi majoriti undi di Permatang Pasir.
Apa sebab, apa salah BN, kenapa BN masih tidak mendapat tempat di hati pengundi? Adakah kerana corak kempen BN keterlaluan yang membuatkan pengundi atas pagar tidak mahu mengundi BN?
Saya amat tertarik dengan komen TPM kita hari ini di dalam Mstar, 26 Ogos 2009, Pengundi Permatang Pasir Tidak Mahukan Perubahan. Adakah ini satu komen yang tepat untuk penduduk Permatang Pasir? Bagi saya, untuk ‘long term strategy’ memikat hati pengundi, pandangan emotional begini patut dielakkan, dan sepatutnya TPM menyatakan, kami mengormati pilihan pengundi, namun kami tetap akan membangunkan Permatang Pasir walaupun mereka tidak memilih kami, sebab kami ikhlas dalam membangunkan semua rakyat Malaysia. Pernah tak terkeluar dari mulut pemimpin BN perkataan sebegini sebaik sahaja keputusan pilihanraya tidak memihak kepada mereka?
Sekiranya anda semua ada pandangan bernas untuk diberikan kepada pucuk pimpinan BN, sila sertakan di dalam komen di bawah ini.