Salam,
Hari ini kandungan Siti sudah menjangkau 37 minggu. Dah dekat sangat baby ke tiga kami, yang dinamakan Akram Jauni ingin melihat dunia yang serba indah ini. Berdebar rasanya untuk menghadapi saat-saat kelahiran Jauni. Bagaimana agaknya proses kelahiran Siti kali ini, tapi yang pastinya proses akan berbeza dengan Haziq dan Jauzil.
Kalau masa Haziq Siti kena induce, sebab terlebih hari, Jauzil pulak lahir masa usia kandungan 37 minggu, tetapi kelahirannya terpaksa guna vacum sebab siti tak cukup tenaga untuk lahirkan jauzil dek kerana kurang makan. Untuk yang ketiga, bagaimana lah agaknya, itulah yang menjadikan aku dan siti amat berdebar. Harapan kami agar semuanya ok dan Allah mempermudahkan segala urusan.
Kalau kedua-dua kelahiran sebelum ini kami memilih HUKM Specialist Sdn Bhd, kali ini kami membuat keputusan untuk Siti melahirkan Jauni di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi. Semasa awal pregnant, aku hampir give-up dengan ‘waiting time’ semasa ante-natal di An-Nur, kali ini tidak lagi. Apa taknya, seawal 7.30am aku dah terpacak menunggu di depan pintu An-Nur untuk pastikan mendapat no. 1 giliran jumpa Dr Khamsiah.
Penantian..penuh dengan debaran, apa yang aku dan siti boleh buat hanya berserah kepada Allah SWT agar proses kelahiran Jauni dipermudahkan dan segala-galanya selamat. AMIN.