Cerita Tentang Aku di Konvokesyen UUM 2010

Salam,

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan lancar. Pada tahun 2009, aku meletakkan sasaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam Pengurusan Sumber Manusia bagi melengkapkan lagi ‘sijil’ yang aku perolehi demi mencapai cita-cita dalam bidang sumber manusia. Dengan hanya mempunyai degree in laws dari UIA tahun 2001, aku rasa perlunya ada additional qualification in HR Management, that’s why pada bulan Jun 2009, aku memulakan kelas di UUM KL.

Sasaran kedua untuk selesaikan pengajian Sarjana dalam masa setahun juga terlaksana. Mulanya rasa macam tak percaya, bagaimana aku boleh habiskan 10 subjek serta thesis dalam masa setahun! Namun, aku selalu ingat lagu ini; “Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh lakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu…engkaulah apa yang kau fikirkan..terkandung dalam pemikiran”. Dengan semangat itu, aku berjaya mendapat CGPA 3.93 walaupun terpaksa berhempas pulas dengan study dan kerja dalam kehidupan seharian!!! Aduh..bila fikirkan masa tersebut..amat memenatkan..dan rasanya tak sanggup lagi untuk hadapi saat-saat tersebut.

Ok, berbalik kepada cerita konvokesyen, rezeki kami dari College of Business (COB) kerana dapat konvo pada sessi pertama utk terima scroll dengan Sultan Kedah. Aku memulakan perjalanan ke Sintok dari KL pada hari Sabtu, 30 Okt, dan inilah first time aku menjejakkan kaki ke Sintok. In fact, inilah first time aku melepasi Sungai Petani ke atas…sbb tak pernah lagi aku ke Alor Setar and so on..heheheh…aku ni sebenarnya bukan kaki jalan…sbb tu tak banyak travel. Ku rasakan perjalanan agak panjang, macam nak balik kelantan..dah la kena bayar tol mahal..sehingga Juru RM43.30..then bayar lagi RM13.00 then..bayar lagi RM1.60..so altogether is RM57.90..pergi balik RM115.80!!! wow…harga tol lebih kurang harga petrol…fuel consumption Sylphy pergi balik lebih kurang RM120. Nasib baik la pergi kelantan tak ada tol macam ni..hehehh..

Tiba di UUM Sintok lebih kurang jam 4.00pm, aku terus ambil Jubah untuk konvo..hujan renyai-renyai, tapi sempat gak la selepas tu singgah di Pesta Konvo. Nampaknya macam tak ramai orang, mungkin sebab bukan hari konvo. Malam tu aku menginap di Homestay belakang Stesen Shell Changlun. Agak selesa dan aku memang recommend sesiapa nak ke UUM untuk konvo, instead of menginap di hotel, better stay di homestay, sebab lebih selesa, especially kalau bawak family.

Malam ahad…malam sebelum konvo..merupakan perlawanan antara Kelantan dan Negeri Sembilan untuk Piala Malaysia..namun aku tak menonton sepenuhnya, sebab nak kena bangun awal untuk bersiap untuk rehearsal seawal jam 7 pagi. Namun as usual, sampai di awal subuh, kami hanya memasuk Dewan Muadzam Shah jam 8.30 pagi. aduss..dok dalam dewan lebih kurang 45 minit..baru mula konvo…acara yang yang sunggu mengantuk bila time ucapan-ucapan yang tak membina…dah lama aku tak dengan Opening ¬†Ucapan aluan kedatangan dif2 kehormat dalam 5 minit utk habiskan semua nama!!! Bayangkan, kalau setiap orang yang berucap kena sebut nama2 tu semua…alangkah keboringannya aku dalam dewan!!

Sempat Bergambar Walaupun Dilarang...heheh
Sempat Bergambar Walaupun Dilarang...heheh

Sebaik selesai konvo…semua terkejut kerana hujan yang lebat di luar dewan!! crowded giler di kaki lima dewan. Nak jalan keluar pun susah. Terus aku ingat agaknya bagaimanalah keadaan di padang mahsyar nanti…di dunia pun dah rasa susah..itu baru beberapa meter jaraknya.kalau di padang mahsyar nanti..ribuan kilometer gamaknya…takutnya nak menghadapi saat2 sebegitu.

Jadi sekarang ni impian aku (rasanya semua orang kot), nak ambil gambar di sekitar UUM musnah!! ye lah..hujan lebat giler…jadi aku berposing sekitar depan dewan je la..ok la..dari tak ada gambar langsung kan?

Hujan Sepanjang Hari...tak banyak shoot yang boleh diambil
Hujan Sepanjang Hari...tak banyak shoot yang boleh diambil

Kami bertolak pulang dari Sintok lebih kurang jam 2.30 petang. Singgah lunch di Changlun, dan lepas makan, solat di Masjid Changlun, agak2 dalam pukul 4pm, baru memulakan perjalanan ke KL. Sepanjang perjalanan yang basah, hujan lebat sekali, membuatkan aku takut untuk drive melebihi 60km/hour. Ada dua kereta yang terbabas sepanjang perjalanan, mengingatkan kejadian kemalangan yang telah aku tempuhi tahun lepas. ¬†Sehinggalah sampai di Ipoh, cuaca kembali normal..tapi aku lak tak normal…ngantuk giler!!! agaknya kepenatan, sebab malam sblm tu tak tidur lena.

Alhamdulillah, selamat jua sampai di lakefields, sg besi, jam 11.30 malam…begitu jauh perjalananan. Namun aku amat bersyukur kepada Allah kerana kami selamat tiba. Aku juga bersyukur kerana impian ku untuk menggenggam segulung ijazah sarjana dalam Pengurusan Sumber Manusia berjaya seperti yang dirancangkan. Untuk sambung ke peringkat PhD…aku rasa belum tentu lagi, sebab kerjaya yang menjadi idamanku adalah bukan seorang Lecturer, tetapi menjadi seorang Director (or Head) of Human Resource di dalam satu organisasi suatu hari nanti. Masih banyak yang perlu belajar untuk mencapai impian tersebut!

ok, lah, setakat ini dulu catatan ‘diari’ ku untuk kali ini.

One Comment

  • salam..saya liyana pelajar tahun akhir bachelor in HRM kat uum..best baca kisah abg yang telah berjaya menjadi HR Manager. Ada tips tak mcm mana saya boleh berjaya seperti abg?saya pun berhasrat untuk sambung master dalam HRM. Adakah saya perlu kerja dahulu untuk menimba pengalaman atau terus sambung master??boleh abg berikan pandangan??

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *