Hutang Kad Kredit dan Harta Si Mati

Bagi kita yang masih hidup, adakah kita pernah terfikir siapa yang akan membayar hutang kad kredit semasa peninggalan kita nanti? Bagi mereka yang mengambil credit shield, sudah tentu bank tak perlu risau tentang hutang-hutang tersebut. Tetapi bagi yang tiada insurance credit shield, apa yang perlu bank lakukan untuk menuntut hutang daripada pengguna kad kredit?

Di bawah ini saya ajukan persoalan daripada seorang kawan saya, Saudari Sofea Rawter di dalam Unisantara  Yahoo Groups dan Puan Rasyihah Ghazali memberikan jawapan yang amat berguna.

Soalan:

Seorang pemegang card kredit yg dah meninggal tapi still ader hutang ngan bank..so skang bank nak masukkan kaveat and nak buat carian waris…how to go about to lodge the caveat and aper prosedur2 yg terlibat…

Jawapan:

Untuk jaga interest of the bank, apa yang perlu bank lakukan adalah dengan failkan caveat dengan failkan borang 173  untuk mengahalang waris-waris simati daripada mentadbir harta pusaka simati dan seterusnya melupuskan harta simati. ini kerana apabila simati meninggal dunia, harta simati tidak dapat dilupuskan sehingga waris simati dilantik sebagai pentadbir harta pusaka simati. caveat ini difailkan di bahagian registry Mahkamah Tinggi. dengan adanya caveat, waris simati tidak dapat mentadbir harta pusaka simati sehingga hutang bank simati dibayar oleh waris atau pun hutang tersebut dimasukkan sebagai liabiliti di dalam aset simati. itupun atas persetujuan bank dululah.

1 Comment

  1. Arwah bapa baru meninggal,byk meninggalkan hutang card credit melebihi had.
    Tujuan utama nak selamatkan rumah dari di rampas oleh pihak2 bank.
    Rumah still xtuka nama, hutang rumah tinggal lg belasan ribu.
    cmne nk wat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *