Saya Hampir Putus Asa Tahun 2014

Pada tahun 2014, selepas dua tahun saya berada di Great Eastern Takaful , saya hampir ‘give up’. Namun pada masa yang sama, saya sudah tak sanggup untuk kembali ke alam pekerjaan.

Sebagai seorang leader yang perlu rekrut, pada tahun 2014, saya menghadapi kesukaran untuk merekrut dan aktifkan lebih banyak agen, yang menyebabkan saya berasa tertekan.

Namun, saya sentiasa teringat untuk ‘Dream Big’. Inilah sebabnya saya meletakkan pekerjaan tetap saya pada tahun 2012 – saya mempunyai impian yang besar, tidak hanya untuk diri saya sendiri, tetapi juga untuk orang-orang di sekeliling saya. Dan hanya kepada Allah saya meletakkan harapan untuk merealisasikan impian besar saya ini.

Alhamdulillah, kekecewaan dan ketidakstabilan yang saya alami pada tahun tersebut merupakan permulaan untuk saya bangkit lebih kuat.

Pada tahun 2014, saya memilih untuk terus berjuang, dan dengan kuasa Allah, kebangkitan saya pada masa itu memberikan impak yang besar dalam kerjaya saya sebagai seorang usahawan takaful.

Kini, setelah 10 tahun berlalu, saya diuji semula pada tahun 2024. Rekrutment dan activation team baru agak mencabar tahun ini.

Alhamdulillah, dengan adanya wisma kedua Al Hamra di Kota Bharu pada tahun 2024 selepas Kajang pada tahun 2022, semangat saya untuk merealisasikan Dream Big semakin berkobar kobar.

InsyaAllah, saya lebih yakin pada tahun ini bahawa Allah tidak akan mendatangkan ujian melainkan untuk memberi saya sesuatu yang lebih besar.

Saya menyeru semua rakan usahawan takaful di Great Eastern Takaful untuk terus kuat dan istiqamah, kerana bersama-sama kita dapat melahirkan lebih ramai jutawan usahawan takaful yang akan membawa impak besar kepada masyarakat kita.

Ahmad Humaizi

GM Al Hamra

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *