Kuil Kontroversi di Saujana Impian

Salam,

November menghampiri ke penghujung…bila dah masuk Disember..masa akan berlalu dengan cepat..sebabnya.ada beberapa Public Holiday semasa bulan Disember tahun ini..maka berakhirlah tahun 2010. Begitulah setiap tahun, kita akan mengeluh..cepat betul tahun ini berlalu.

Kuil Hindu Di Tapak Pembinaan Rumah Teres Ruby Saujana Impian
Kuil Hindu Di Tapak Pembinaan Rumah Teres Ruby Saujana Impian

Ok, coretan kali ini bukan pasal tahun yang berlalu dengan pantas, tapi pasal dua buah kuil yang terdapat di Saujana Impian, Kajang. Kisah pasal kuil menjadi concern aku kerana semasa aku nak beli Semi D Sapphire oleh Developer Bandar Subang Sdn Bhd, jurujual rumah memaklumkan aku, kedua-dua kuil itu akan dipindahkan ke satu lokasi lain yang Bandar Subang telah sediakan.

Lokasi dua buah kuil ni adalah di sepanjang jalan menuju ke tapak pembinaan Semi D Sapphire. Kiranya, tak adalah berhampiran sangat dengan rumah baru aku. Tapi, dari dapur, memang boleh nampak kuil yang ada di gambar sebelah ini.

Kalau anda semua perasan, di belakang kuil ni ada pembinaan rumah teres Ruby. Aku dikhabarkan oleh pembeli rumah Ruby, kuil ini tidak dapat dipindahkan, dan pembeli rumah yang telah mendapat kelulusan pinjaman daripada bank terpaksa terminate perjanjian pembelian rumah dengan developer Bandar Subang Sdn Bhd.

Kalau anda ingin membaca ratusan luahan hati pembeli Ruby berkenaan dengan kuil ini, anda boleh layari posting blog saya di link http://www.ahmadhumaizi.com/kisah-daku/pencarian-rumah-idaman-berakhir/. Kebanyakan daripada pembeli tidak berpuashati dengan cara developer Bandar Subang Sdn Bhd mengendalikan kes ini. Susah nak komen, sebab aku tak pernah call Bandar Subang Sdn Bhd berkenaan dengan kuil ini, tetapi pada pandangan aku, untuk menjadi developer yang mempunyai reputasi tinggi, mereka perlu menangani isu ini dengan bijak. In the first place, Bandar Subang, iaitu anak syarikat Farlim sepatutnya menjelaskan awal-awal kepada pembeli lokasi dua buah kuil berhampiran dengan tapak pembinaan projek rumah teres Ruby di Saujana Impian.

Bukan Satu, Tapi Dua Kuil di Tapak Pembinaan Rumah Teres Ruby
Bukan Satu, Tapi Dua Kuil di Tapak Pembinaan Rumah Teres Ruby

Cuba anda bayangkan, bagaimana sedihnya pembeli rumah yang mendapati dapur rumah mereka, atau rumah mereka berhadapan dengan kuil tersebut? Gambar sebelah kanan ni menunjukkan satu  lagi kuil berhampiran. Aku tak tahulah kenapa perlunya wujud dua buah kuil di satu kawasan yang tak sampai 200 meter pun..Adakah satu kuil kepunyaan parti Barisan Nasional, satu lagi kuil oleh Pakatan Rakyat? hehehe..who knows?

Kalau setakat satu kuil, walaupun tak ok…kira lagi ok la dari dua bijik kuil..aku rasa perlunya Bandar Subang Sdn Bhd berbincang dengan Majlis Perbandaran Kajang berkenaan dengan isu kuil ini. Unless kalau Bandar Subang memang tak kisah tentang reputasi mereka sebagai Developer yang tersohor..mereka pasti tak kisah akan isu ini.

Aku masih tak mengerti, kalau untuk membina satu-satu bangunan, bukankah kita perlu ada tanah sendiri? Bukankah kalau kita bina di bukan tanah sendiri, itu dikira menceroboh?

Satu lagi, boleh ke  sesuka hati buka rumah ibadat di tanah orang lain? Kalau tanah sendiri pun aku rasa perlu dapat kebenaran dari Majlis Perbandaran juga.

Pelik bin Ajaib? Apa peranan Majlis Perbandaran Kajang dalam isu sebegini? Adakah dinamakan perkauman kalau MPK mengambil tindakan terhadap isu sebegini? Sebagai seorang rakyat yang membayar Cukai Tahunan kepada Kerajaan Malaysia, aku rasa, setiap antara kita patut ikut undang-undang, samada Negara atau Tempatan. Walau apa pun alasan diberikan untuk membina kuil ini, aku berpandangan elok kalau mereka mendapat kebenaran sewajarnya. Begitu juga dengan membina masjid. Nampaknya, selepas ini kita boleh bina masjid atau surau sesuka hati gak la..nanti aku jumpa satu tanah kosong..peduli apa aku dengan siapa tuan tanah tu…sebab dah ada landmark case…Kuil boleh dibina tanpa kelulusan Majlis Perbandaran..why not Masjid atau Surau juga? Fikir-fikirkan lah sendiri.

Bukan tujuan aku untuk api-apikan isu ini, tetapi sebagai sebuah negara yang rakyatnya adalah dari pelbagai kaum dan agama, setiap agama perlu respek kepada Undang-Undang. Itu sahaja luahan hati ku…Harap sangat Majlis Perbandaran Kajang serta Pemaju Bandar Subang Sdn Bhd membuat tindakan sewajarnya berkenaan dengan isu kuil ini.

12 Comments

  • a’salam.
    bro aku adalah antara orang yg tertipu dgn syarikat bandar subang nie. br mgu lepas lawyer call ckp my unit has been revoked. anyone else senasib with me can contact me. i’m planning to go to civil court for this…
    tribunal tuntutan pembeli rumah tak dpt wat apa2 sbb bidang kuasa tak ckup BESAR.

  • Rumah kami betul2 ke atas kuil tu…tak jadi lagi lega sebab tak sanggup untuk tinggal atas tanah bekas kuil.

  • Ada sesiapa yang buat aduan rakyat di TV3?

  • Aku dah beli rumah Ruby, selain daripada kuil yang pemaju janji akan dipindahkan aku juga tidak puas hati dengan pagar zink yang digunakan untuk menutup projek rumah yang terbengkalai tu sebab ia mencemar pemandangan dan tempat itu aku pasti akan mengundang perkara-perkara jenayah kelak. Ada idea macamana nak selesai masalah ni?

  • Ireza, tiada cara lain, kita perlu gunakan saluran TV3 utk perjuangkan isu ini. Apabila penduduk dah pindah nanti, kita boleh panggil TV3 utk buat liputan. mungkin sebelum itu patut bagitahu developer utk settle problem ni, bagi deadline, otherwise akan report kepada TV.

  • pelik betul dengan kerajaan kita…kalau bab2 roboh kuil ni..lembab saja..walhal dah sah kuil tu semua memang dibina atas tanah haram.

  • Untuk maklumat, saya telah menghantar surat aduan tentang projek yang terbengkalai itu kepada Bandar Subang, YDP MPKj dan Lawyer melalui AR Register. Saya harap mendapat perhatian mereka, sekiranya tidak surat ini akan jadi bukti sekiranya berlaku perkara yang berbangkit

  • Ireza, saya akan berpindah ke Saujana Impian bulan disember nanti…InsyaAllah.kita perlu bersatu untuk menangani masalah ini. harapan besar kita semua agar isu kuil ni boleh settle..

  • Insyallah. Saya boleh dihubungi di snandro82@gmail.com

  • Ingin tahu adakah saudara minat dalam bidang photography?

  • Ireza..kenapa ya? saya minat..tapi skrg ni tak ada masa nak spend masa utk photography…InsyaAllah..bulan November nanti saya akan buat full time bisness..akan ceburi bidang fotography..

  • Saya baru berjinak dalam photography tetapi lebih kepada mengambil gambar-gambar macro spt serangga, bunga dsbnya. More to hobby rather than business. Insyallah mungkin satu hari kita boleh berkongsi pengetahuan tentang hobby ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *