Pelaburan di Bursa Saham Menguntungkan?

Unit Amanah

Bursa Saham vs Unit Amanah

Assalamualaikum,

Saya pasti anda pernah dengar orang yang ‘main  saham’ di Bursa Saham kaya raya. Pada masa yang sama, anda juga pernah dengar orang melabur di bursa saham jadi papa kedana. Kenapa ianya tidak konsisten ya?  Hari ini saya nak share dengan anda semua tentang pelaburan di bursa Malaysia serta pelaburan dengan  unit amanah.

Bursa Saham Memberi Pulangan Yang Tinggi?

Pelaburan saham di Bursa Saham memang memberikan pulangan yang tinggi, namun pelaburan begini kurang sesuai bagi individu yang berpendapatan kecik dan sederahana kerana empat sebab berikut:

  1. Pelaburan sebegini lazimnya memerlukan modal yang besar dan risikonya yang tinggi dapat mengakibatkan pelabur menanggung kerugian daripada pelaburan mereka.
  2. Pelaburan di instrument sebegini memerlukan pengetahuan dan kepakaran maka ia lebih sesuai bagi pelabur institusi ataupun individu yang berpengalaman dana instrumen ini.
  3. Memerlukan pemantauan rapi kerana ini menjurus pada pembelian, pembelajaran dan penggunaan satu system berstruktur sama ada menggunakan computer ataupun manual.
  4. Ia lebih sesuai bagi pelabur korporat bukannya individu kerana memerlukan modal yang besar .

Bursa Saham, Anda Juga Boleh Turut Serta!!

Semua faktor di atas dapat dihapuskan menggunakan unit amanah. Seperti yang kita ketahui, unit amanah mempunyai risiko daripada rendah, sederhana dan tinggi. Jadi bergantung kpada profile pelabur, kita boleh memilih dana yang sesuai dengan perancangan kewangan yang kita inginkan.

Dengan melabur dalam Unit Amanah, secara tidak langsung, kita  juga melabur di bursa saham, kerana pengurus dana yang memang pakar dalam pelaburan bursa saham akan menggunakan pool of funds investor unit amanah untuk dilaburkan dalam Stok-stok pilihan di Bursa Saham, seperti syarikat-syarikat besar, yang mana kalau anda sebagai seorang individu, tak mungkin kita boleh membeli saham syarikat TNB, Axiata, Digi, Celcom and so on.

unit amanah
Pelaburan Bursa Saham Memerlukan Kepakaran dan Kemahiran Yang TInggi

Sebagai contoh, objektif perancangan kewangan jangka panjang bagi persaraan, kita perlu melabur dalam dana saham amanah yang memberi pulangan sederhana dan berisiko sederhaan seperti dana seimbang ataupun dana berkembang.

Apabila kita sanggup menerima risiko lebih tinggi bagi menerima pulangan, kita boleh melabur dalam dana indeks ataupun dana yang agresif, tetapi kita perlu menyediakan system pemantauan dan langkah pertahanan bagi menghadapi kemungkinan kejatuhan harga.

Sekiranya kita merancang untuk menggunakan simpanan sedia ada dalam jangka masa pendek, umpamanya dalam masa setahun atau kurang, unit amanah kurang sesuai kerana kadar kecairannya kurang berbanding akaun simpanan. Ini juga kerana pelaburan unit amanah bagi jangka pendek tidak menjamin pengekalan modal asal. Jika masih mahu menggunakan unit amanah, dana yang paling sesuai adalah jenis perlindungan modal.

Sehubungan dengan itu, dalam mana-mana pelaburan, kita perlu tentukan objektif pelaburan, samada untuk jangka masa panjang atau pendek. Sekiranya kita rasakan simpanan kita adalah untuk jangka masa panjang, melebihi  3-5 tahun atau lebih, melabur dalam Unit Amanah adalah pilihan terbaik kerana prestasi unit amanah adalah lebih baik daripada simpanan biasa dalam simpanan tetap, tabung haji atau ASB.

Unit Amanah

2 Comments

  1. alhamdulillah. saya dah start melabur di bursa malaysia 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *