Pemasaran Takaful Melalui Online

Sejak sertai Dunia Takaful pada tahun 2012, saya tidak melalui proses marketing sepertimana agent takaful lain. Time tu saya selalu dipandang sinis oleh orang lain, boleh pergi jauh ke guna online marketing? Takaful ini bukan seperti jual barang. Malah ada leaders yang siap sound saya dalam training, katanya tak ada lagi (time tu la) yang berjaya dalam takaful kecuali dengan cold calling atau face to face.

Dunia semakin berubah, zaman sekarang ini semakin banyak info di hujung jari. Bagi anda yang tidak mahir menggunakan social media, amat rugi sangat. Kalau ikutkan, banyak sangat platform social media ini, termasuk Facebook, Instagram, tiktok, youtube. Boleh saja nak guna mana-mana, asalkan konsisten guna setiap hari.

Seperti saya ini, memang konsisten sangat guna facebook, sehinggakan saya ni bertangguh nak buat posting ke blog ini. Walhal posting ke blog pun penting jugak.

Jadi sebenarnya apa yang kita kena buat untuk pemasaran takaful online ni? Perkara asas adalah Personal Branding. Kita kena brand diri kita sebagai seorang agent takaful. Jadi bila orang ingat takaful, orang ingat kita sebagai agent takaful yang dipercayai. Bila ada orang nak jadi agent takaful, orang ingat kita sebagai leader untuk agent takaful yang boleh bantu mereka untuk berjaya.

Tak susah kan? yang susah adalah bila kita tak konsisten dalam bina contents untuk bina branding. Kalau anda nak tahu, saya siap ada tiga facebook, dan 1 instagram account yang aktif untuk tujuan pemasaran takaful.

Ini adalah akaun facebook saya.

Nasihat saya buat anda, jangan jadi seperti saya sampai ada tiga facebook, tak ralat nak update tahu! Saya ini sudah terlanjur, nak tutup akaun fb ni sayang la pulak. Jadi saya maintain saja.

Buat anda yang nak tahu apa saya post ke FB ni, boleh saja stalk FB saya:

  1. https://www.facebook.com/humaizi
  2. https://www.facebook.com/fbhumaizi/
  3. https://www.facebook.com/humaizi88

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *