Pembantu Rumah Perlu Diberi Cuti Sehari Seminggu

Salam,

Samada anda bersetuju atau tidak, Menteri Sumber Manusia baru kita ni, begitu memperjuangkan nasib pekerja. Sehinggakan pembantu rumah pun dia nak ambil kisah. Aku rasa lama kelamaan, tak mustahil MenteriĀ  S Subramaniam akan mewajibkan majikan untuk comply dengan semua provision dalam Employment Act 1955 untuk pembantu rumah.

Aku bukannya jeles dengan maid kat rumah yang boleh senang lenang tidur waktu aku pergi kerja, tapi kena lah rasional sikit. Menteri ni kena betul-betul faham sebab-sebab mengapa Parlimen memberikan Definisi Khusus untuk Domestik Servant dalam Employment Act 1955. Dengan menjadikan peraturan-peraturan yang pelik sebegini, aku rasa semua majikan yang ‘BAIK’ dan ‘berlembah lembut’ dengan maid (macam Aku dan Siti), akan mula garang dan bengis dengan maid selepas ini. Ok tak? Selepas berkuatkuasanya peraturan ini, Tiada lagi Istilah Humaizi masih lagi mengempel lantai di tingkat 2 dan 3 rumah kami, dan Humaizi tidak lagi perlu mencuci tandas2 di tingkat 3 serta tandas tetamu di tingkat bawah!!! Geram betul la aku dengan menteri Subra ni….

ok, di sini aku tempelkan laporan dari Bernama Untuk tatapan semua….

Majikan Diwajib beri cuti sehari kepada Pembantu Rumah

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju untuk mewajibkan majikan yang mempunyai pembantu rumah warga asing memberi cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, perkara itu akan termaktub di dalam kontrak pekerjaan yang akan ditandatangani di antara majikan, pekerja dan agensi yang membawa masuk pekerja asing itu.

“Kementerian akan mewajibkan semua pembantu rumah mempunyai kontrak pekerjaan (yang menyatakan) perkara berkenaan gaji, nama majikan, tempat mereka bekerja serta mewajibkan mereka diberi satu hari cuti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kesatuan pekerja dan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu pekerja asing di sini.

Subramaniam berkata, terpulang kepada majikan dan pembantu rumah untuk menentukan hari cuti dan jika majikan dan pekerja bersetuju untuk tidak memberi hari cuti, ia akan diganti dengan pembayaran gaji.

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan meminda Akta Pekerjaan untuk memasukkan perkara berkenaan bagi menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja asing di dalam sektor pembantu rumah.

“Sektor-sektor lain telah diliputi oleh Akta Pekerjaan ini kecuali pembantu rumah. Kini ia sedang dalam peringkat penggubalan peraturan, selepas itu kita akan dapatkan persetujuan daripada Pejabat Peguam Negara sebelum ia diluluskan dan dilaksanakan mungkin dalam tahun ini juga,” katanya.

Subramaniam berkata, majikan yang menggaji pekerja asing juga akan diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kerjasama Jabatan Imigresen.

Katanya, langkah dapat membantu mencegah kejadian membabitkan keselamatan dan kebajikan pembantu rumah warga asing seperti penderaan daripada berulang.

Katanya, jika majikan ingkar atau melanggar peraturan dalam kontrak pekerjaan itu, mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah seperti denda tidak melebihi RM10,000.

“Kita juga akan memberi satu buku garis panduan kepada pembantu rumah warga asing yang mempunyai nombor telefon agensi berkaitan dan kedutaan yang akan memudahkan mereka mendapatkan bantuan daripada kerajaan jika mengalami sebarang masalah,” katanya. – Bernama 16 Jun 2009

9 Comments

  • Saya tidak bersetuju dengan cadangan untuk memberi cuti kepada pembantu rumah kerana bukan sepenuhnya dia bekerja sepanjang hari, ketika majikan tiada dirumah setiap petang pembantu rumah mempunyai masa untuk menonton tv cerita indonesia kadangkala disiarkan di tv tidak berbayar dan berbayar dan juga masih ada masa untuk tidur diwaktu petang.Menteri S Subramaniam kena fikirkan majikan yang mengambil pembantu rumah disebabkan waktu kerja tidak menentu(shift) dan cuti hujung minggu tidak menentu.Saya mengambil pembantu rumah untuk menyenangkan saya untuk menguruskan rumah dan bukan untuk menyusahkan saya seperti cadangan Menteri S Subramaniam.

  • saya setuju dengan pendapat Dilla. konsep pembantu rumah ni bukan seperti pekerja pejabat atau kilang. mereka bebas untuk melalukan kerja mengikut style tersendiri. saya tak tahu apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh menteri sumber manusia ini.

  • sayapun tak sedap hati pasal ni. jom kita pakat beramai-ramai salurkan pandangan kita di website kem sumber manusia. saya tgk ada ruangan forum dan complaints di situ.

  • wow… tak kan nak jealous dgn pembantu rumah sendiri, madam. Konsep pembantu rumah itu sebenarnya yg bagaimana ya, menurut puan2 dan tuan2 ini?

    Sebab setahu saya, pembantu rumah maksudnya mengantikan tugas housewife kan? Housewife assistant. yg meliputi pekerjaan melakukan kerja rumah, menjaga anak dan masak, Betul tdk?

    Kalau semua sudah terselesaikan dengan baik, apa salahnya kalau rehat? atau menikmati waktunya seperti orang lain…they also human, u know. Nothing different with u.

    Ask urself, puan dan tuan. Puan2 yg biasa melakukan kerja rumah tangga pasti paham…betapa letihnya pekerjaan itu..apalagi kalau harus menjaga kids.

    Menurut saya, hubungan antara maid dan employer bersifat mutual. saling membutuhkan. Klu anda tak butuh tenaga mrk, tak kan anda asyik2 nak angkat Maid. Dah lah ada kemungkinan kabur lg….

  • saya tidak berapa setuju pembantu rumah diberi cuti tp selesa jika diganti dgn bonus. ini kerana pengalaman jiran saya yg memberi cuti kepada maidnya mengandung sedangkan dia masih punya suami di indonesia. saya rasa masalah sosial yg akan lebih meningkat melainkan mereka ini golongan yg berdisiplin. saya juga mempunyai pembantu rumah indonesia. saya mengeluarkan sejumlah wang yg besar untuk mengambil mereka bagaimana sekiranya mereka lari majikan juga yg menanggung rugi dan didenda lagi. saya seorang surirumah mmg tidak dinafikan penat megurus rmh tp saya memberi jadual kerja kpd pembantu saya dan pada hari sabtu dan ahad adalah hari yg paling minima saya beri kerja kerana hari sabtu ahad inilah hari selalu saya dan keluarga akan keluar utk shoping atau berjalan2. saya sentiasa bawa maid saya untuk beri kebebasan pada dia utk lihat dunia luar dan utk bershoping bersama dan saya beri kebebasan utk dia memilih makanan sendiri. dan mmg selalunya dia akan bershoping sakan mengalahkan saya utk beli baju dan mainan utk anaknya.

  • salam.. saya bersetuju dgn sesetengah pendapat kalian. Bagi saya cuti seminggu sekali adalah tidak patut sama sekali..memadai dengan sebulan sekali adalah lebih prikital.. cuba kita lihat dan renungkan pada isteri-isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa tidak pulak diberikan cuti memandangkan mereka juga bekerja siang hingga ke malam ini kerana ia tahu tanggungjawabnya terhadap keluarga. jadi tidak salahnya pembantu rumah juga harus melaksanakan tugasnya itu. Kerana ini adalah kerjaya pilihan dan kehendak mereka tanpa paksaan daripada sesiapa.

    Mengenai isu kenaikan Gaji pula. Bagi pendapat saya adalah tidak wajar sama sekali. Ini kerana, jika dibandingkan dengan negara luar contohnya Singapura, republic ini mengambil Pembantu Rumah dari golongan yang berpelajaran serta muda, tidak melebihi had umur 30thn. Tapi cuba anda sekalian lihat dinegara kita Malaysia masih mengambil Pembantu Rumah daripada golongan yang kurang pintar serta faktor umur yang tidak seharusnya.

    Saya masih boleh menerima jika cuti seminggu sekali dilaksanakan, jika itu yang dipersetujui. Cuma disini saya mencadangkan agar pihak berwajib patut memikirkan kepentingan majikan seperti meletakkan syarat-syarat serta perjanjian juga terhadap Pembantu Rumah yang bermasalah ataupun lari. Ini bagi memastikan Keseimbangan dan Keadilan dilaksanakan dengan Telus.. 1MALAYSIA

    Terima kasih.

  • Emma, sekarang ini saya bagi pembantu rumah saya cuti setiap dua minggu dia boleh keluar bermalam di luar satu malam. Ada pros and cons. So far tak ada masalah, dan saya pun nampak dia happy bekerja dengan saya, sebab ada kebebasan. Tapi yang tak bestnya, apabila dah keluar isu gaji minimum, dia seolah-olah demanding, sedangkan itu hanya setakat perbincangan sahaja. Namun memandangkan dia menjaga dua anak kecil saya umur 10 bulan dan dua tahun, serta abangnya umur 6 tahun, saya naikkan gaji beliau dari RM500 kepada RM550 baru-baru ini. walaupun dia baru bekerja 6 bulan di rumah kami.

  • orang gaji sy pulak menggunakan cuti seminggu sekali dia untuk bermalam dgn boyfren dia di hotel.. pada sy, mereka sgt berbahaya jika diberi keluar bercuti memandangkan mereka cenderung untuk berkawan dgn mane2 lelaki pun termasuk la mat rempit atau drug addict..silap2 haribulan dia bawak boyfren masuk umah mase kite keja..kesian la kat anak2 kecik yg tinggal mase tu..

  • Min, sekarang ni saya dah ada maid baru, lebih senang, dia tak mintak untuk cuti dan bermalam sekali setiap dua minggu. sebelum ni risau gak la..ada banyak buruk dari baik membenarkan maid bermalam di luar rumah kita. takut nanti termengandung..sapa nak tanggung? betul tak?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *