Perginya Ayah Tak Kembali Lagi

Terjaga aku dari mimpiku
Tersentak aku dari kesibukan duniaku
Terhenti aku dalam lamunanku
Tersedar aku betapa waktu telah berlalu

Kudapati ayahanda tercinta
Kini telah tiada lagi
Telah meninggalkan kami semua
Perginya Ayah Tidak akan kembali lagi
Terkenang dalam ingatan
Terbayang dalam kenangan
Kasih sayang tulus tak pernah henti
Bagai mentari menyinari bumi

Ayahnda tercinta
Begitu besar cinta dan kasihmu
Selalu kau panjatkan doa padaNya
Dalam siangmu dan bahkan dalam lelap malamku

Kau bimbing aku
Kau besarkan aku
Tanpa lelah…….
Dan tanpa keluh kesah

Menitis air mata ini
Mengalir perlahan membasahi pipi
Kala mengingat sebuah ketulusan
Saat masa kecil dalam penjagaan

Ayah…
Tiada cukup kata untuk diuraikan
Kisah kasih dan sayangmu
Namun terasa begitu sebak
Dalam dada anakmu ini

Ayah…
Pemergian mu begitu cepat sekali
Tidak sempat ku tatap wajah terakhirmu
Tidak sempat ku kucup dahimu
Melihat ketenangan kau bertemu Ilahi

Ayah
Setiap detik ku bagaikan tidak percaya
Engkau telah dijemput Ilahi untuk selamanya
Hanya doa dapat ku panjatkan
Semoga ayah berada di taman-taman syurga
Tempat idaman semua mukmin

Ayah
Betapa rapi persediaan telah dilakukan
Menghadapi saat ajal menjelma
Menunggu masa dijemput Allah
Yang pastinya aku juga akan pergi jua ke sana

Ayah
Setiap pagi ku panjatkan doa
Berikanlah kami taufiq dan hidayah
Kuatkanlah iman dan takwa anak-anak mu
Semoga kita berjumpa di syurga nanti..
Amin ya Rabbal Alamin

Nukilan
Humaizi
16 Ogos 2009 2245

3 Comments

  • g,

    sayu betul abg pu baca nukilan g ni…mengalir air mata abg pu masa menulis ni..tak dapat digambarkan betapa besarnya pengorbanan ayah dalam membesarkan kita… tak pernah abg pu mendengar keluhan ayah…walau sesusah mana pun dalam membesarkan dan mendidik kita. hanya iringan doa dapat kita kirimkan kpd ayah. semoga ayah sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin…Ya Allah Ya Tuhanku, sayangilah ayah kami sebagaimana beliau menyayangi kami, kasihani lah ayah kami sebagaimana beliau mengasihani kami…Ya Allah..ayah sekiranya ayah boleh mendengar dikala ini, pu ingin memohon jutaan maaf dari ayah kerana tidak banyak masa kita habiskan bersama, namun ayah sentiasa dalam ingatan pu..maafkan pu, halalkan segala makan minum pu..Pu amat terkilan kerana tak dapat menunaikan hajat ayah yang terakhir untuk mengerjakan haji..namun Tuhan lebih menyayang ayah.

  • Salam…
    Ta’ziah. kli pun sedih baca tulisan dari hati yang tulus… kli ingin mengaminkan doa g dn pu. BaarakalLaahu fiikum.

  • terima kasih kak li kerana mengaminkan doa kami semua. rasa sedih kehilangan adalah satu lumrah bagi seorang anak kepada ayah yang tercinta, walaupun seolah-olah tidak percaya kehilangannya, namun kami tetap meredhainya, kerana yakin Ayah telah buat persiapan yang rapi untuk menuju ke alam barzakh.

    Semoga kita juga dijemput oleh Allah tatkala persediaan yang dibuat telah cukup untuk bekalan ke hari akhirat. InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *