Peringatan Kurup Khas Untuk Bloggers

Amat menarik peringatan dari Tan Sri Joseph Kurup. Membacanya dari bernama.com membuatkan aku tersenyum sendirian…alangkah ‘bertuahnya’ kita di bumi Malaysia..segala-gala kemudahan disediakan oleh kerajaan (seolah-olah percuma) dan kita diminta untuk menghargainya.

KENINGAU: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, membidas penulis blog yang masih menggunakan blog mereka sebagai medan untuk menanam bibit kebencian terhadap kerajaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah berkata, apa yang menyedihkan ialah ada di kalangan penulis dan pengendali blog yang berpelajaran dan pernah menikmati bantuan kerajaan termasuk biasiswa.

“Misalnya, terdapat blog di pedalaman yang menuduh kerajaan tidak memberi pembangunan kepada rakyat, tetapi pada masa yang sama bloger tersebut menggunakan kemudahan serta infrastuktur yang disediakan oleh kerajaan. ( Ingat tu…bloggers menggunakan kemudahan kerajaan…tapi..free ke semua kemudahan tersebut, like Streamyx..RM99 per month..line telephone..RM25 per month..Bil Elektrik yang mahal..and so¬† on)

“Malahan ada kalangan mereka yang berkhidmat dengan kerajaan. Golongan ini adalah golongan yang tidak tahu mengenang budi. Niat mereka hanyalah menanam sifat permusuhan dan kebencian terhadap kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Kurup berkata, blog seharusnya digunakan untuk melahirkan bangsa yang lebih berkualiti melalui penulisan yang membina.

“Penulis blog perlu bertanggungjawab dalam penulisan mereka dan bukan sekadar menghentam kerajaan yang berjasa kepada mereka atau bertindak berat sebelah.

“Sebenarnya kerajaan negeri dan persekutuan telah banyak membawa pembangunan di kawasan pedalaman termasuk di Keningau. Kenapa pula penulis blog tidak boleh menonjolkan berita yang positif kepada pembaca,” katanya.

Sehubungan itu, Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan meminta penulis blog supaya menggunakan kemahiran mereka untuk tujuan yang baik termasuk menganjak paradigma di kalangan pembaca mereka.

Beliau berharap rakyat di kawasan luar bandar tidak mudah terpedaya dengan penulisan dan kenyataan di dalam blog yang sering memutarbelitkan hakikat. –

Sumber: Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *