Posting Agent Takaful ke Fesbuk Tiada Sambutan?

Semalam ada beberapa orang yang tanya saya bagaimana nak dapatkan friends fesbuk pm kita untuk tanya tentang takaful. Katanya mereka dah buat posting, tapi krik krik. Realitinya, posting takaful saya pun krik krik. Yang tukang like post takaful saya adalah dari kalangan agent GETB sendiri yang sentiasa support posting.

Ini sebenarnya bagus, sebab dengan support engagament dari kalangan agent, menaikkan ranking posting takaful saya tadi, maka ia akan melalui wall non agent friends. Walapun mereka ‘malu’ untuk komen, mereka aware tentang kewujudan saya sebagai perunding takaful. Jadi bila mereka ingat takaful, mereka kan ingat siapa yang selalu wall mereka.

Jadi tugas kita sebagai perunding takaful, kena memenangi hati mereka. Bukan senang, tapi tak susah mana pun. Bila kita nak memenangi hati orang lain, ibaratnya kita dalam proses nak memikat seseorang supaya jatuh cinta dengan kita. Kita elakkan buat benda yang orang tak suka, buatkan dia benci dengan kita.

Saya bukan seorang pakar romantik, tapi selogiknya, kalau agent takaful asyik post perli orang tak nak ambil takaful dengan dia, saya sendiri sebagai agent baca pun naik meluat. Cukup cukup la perli orang, move on.

Awak tu yang kurang buat aktiviti, dok fokus pada prospek yang sama, sebab tu dok pusing pusing push orang sama dan akhirnya memang tiada sales pun.

Nak bina branding dan kepercayaan orang di sekeliling kita ni perlu kan pembinaan jiwa dari dalam. Kita sendiri kena positif yang kita boleh buat teknik pemasaran cara ini. Positif saja tak cukup kalau kita pemalas. Kita kena jadi seorang yang sentiasa fikirkan apa posting yang menarik untuk dijadikan manfaat pada orang lain.

Kita rajinkan diri cipta posting dengan ayat sendiri, baru terasa aura lain bila orang baca. Seorang agent takaful boleh berjaya dengan copy paste ayat dan iklan orang lain, namun untuk berjaya luar dari kebiasaan orang lain, dia perlu buat sesuatu yang unik dari orang yang lain. Kita semua ada masa yang sama, 24 jam sehari, orang yang ingin berjaya, dia akan fokus pada kelebihan yang ada pada diri dia, jadikan benchamark success story orang lain untuk dipatenkan cara dia sendiri.

Orang yang faham mesej saya ini, mereka akan bertindak. Percayalah, suatu hari nanti, tak lama lagi, anda akan berjaya luar dari kebiasaan. Yang hanya sekadar baca, tak sampai pun point terakhir ni, anda adalah orang biasa yang memang biasa-biasa saja. Impian anda akan jadi satu kenangan yang hanyalah mimpi indah tapi realitinya pahit.

Ahmad Humaizi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *