Saujana Impian, Semi D Sapphire

Pada bulan Mei 2009, aku dan Siti telah membuat satu keputusan yang amat besar dalam hidup kami, iaitu untuk membeli sebuah Semi-D di Saujana Impian, Kajang. Semasa kami membayar booking rumah tersebut, ekonomi negara sedang merudum, dan kadar faedah Asas, atau BLR juga amat rendah, iaitu hanya 5.55% per  annum. Ramai berpendapat jangan beli rumah lagi sewaktu tersebut, kerana risau keadaaan ekonomi tidak menentu.

Papan Tanda Pembinaan Projek Semi D 46  Unit
Papan Tanda Pembinaan Projek Semi D 46 Unit

Namun begitu, aku berpandangan sebaliknya. Hasil pembacaan aku melalui pelaburan hartanah serta buku Personal Money, pengarang berpendapat adalah satu keputusan yang bijak untuk membeli rumah semasa BLR rendah, kerana, pembeli akan mendapat pakej yang menarik serta bank berebut untuk mendapatkan pelanggan di era ekonomi sedang merudum. Jadi, amat beruntung bagi sesiapa yang boleh buat loan. True enough, kami berjaya mendapat pembiayaan daripada CIMB Islamic dengan kadar yang amat kompetitif, iaitu BFR-2.15. Aku cuba negotiate dengan CIMB Islamic untuk mendapatkan kadar BFR-2.25 kerana aku mendapat pakej tersebut daripada Public Islamic Bank, namun tidak berjaya, kerana CIMB Islamic menawarkan full flexi financing, sedangkan Public Islamic menawarkan Semi-Flexi loan.

Oleh kerana CIMB Islamic menawarkan Full Flexi Loan, aku mengambil keputusan untuk mengambil pakej tersebut, kerana dengan pakej full Flexi oleh CIMB Islamic, aku boleh berjimat dari segi jangka masa panjang, serta fleksibiliti untuk menambah bayaran bulanan dan mengeluarkan balik dana tersebut pada bila-bila masa. Memandangkan pembiayaan yang diambil agak besar, iaitu 90% daripada harga rumah termasuk MRTA, RM590k, aku membuat ‘joint loan’ dengan Siti.

Tapak Pembinaan Projek Sapphire
Tapak Pembinaan Projek Sapphire Jun 2009

Gambar di atas adalah di rakam semasa bulan Jun 2009. Nampaknya tiada pembinaan lagi di jalankan, dan aku yakin, tak ada lagi yang sign S&P. Aku pun sama, even dah dapat kelulusan daripada pihak Bank, S&P hanya ditandatangani pada bulan Julai 2009.

Semi D Sapphire Semasa Januari 2010
Semi D Sapphire Semasa Januari 2010

Dek kerana kesibukan masa aku kerana aku menghadiri kelas setiap weekend, masa agak terbatas untuk aku kunjungi tapak pembinaan. Kalau sebelum Disember 2009, aku boleh kunjungi tapak pembinaan sewaktu lunch hour, kerana jarak Saujana Impian dan Office RHB Head Office di Bangi tak jauh, tapi selepas bertukar kerja di Dutch Lady, PJ, aku hanya mempunyai masa di waktu hujung minggu untuk melawat projek pembinaan.

Projek Sapphire Julai 2010, Sudah 50% Pembinaan
Projek Sapphire Julai 2010, Sudah 50% Pembinaan

Gambar ini dirakam pada bulan Julai 2010, setelah setahun kami menandatangani S&P, nampaknya projek telah pun mencecah 50% pembinaan. Aku agak dalam masa setahun lagi kami akan mendapat kunci rumah ini.

Inilah Bakal Rumah Kami di Saujana Impian, Kajang
Inilah Bakal Rumah Kami di Saujana Impian, Kajang

Gambar ini dirakam dari hadapan rumah kami, tak sabar rasanya  untuk menatap rumah ini setelah siap pembinaan nanti. Semasa kami melawat pada 24 Julai 2010, projek Semi-D baru di Saujana Impian, iaitu Topaz di buka untuk pendaftaran. Harga rumah jenis Topaz paling murah adalah RM75ok, dan harga rumah kami, RM643k. boleh katakan RM100k perbezaan juga. Keluasan tanah adalah sama, iaitu 40X75, cuma built up rumah Sapphire 2800 sf, manakala Topaz 3000sf. Menurut kata salesman, Semi D Topaz untuk harga Rm750k telah habis ditempah, dan yang masih available sekarang ini rumah berharga RM850k!!!! wow…menurut kata beliau, tak mustahil apabila rumah kami siap pada tahun depan, kami boleh jual dengan harga RM850K!!! Wow!!! kalau betul, senang-senang saja kami boleh buat untung RM200K!!!. Tapi rasanya kami tak akan jual, kerana agak susah untuk dapat Semi-D dengan harga RM643k dalam masa sekarang, tambahan lagi kami memang memerlukan sebuah rumah yang besar bagi menampung ahli keluarga yang makin bertambah.

Ok, lah, ini dulu coretan dari aku buat kali ini.

13 Comments

  1. siti hajar

    wah..rumah sangat cantik…jangan lupe ajak saya pegi housewarming party nanti ek.. 🙂

  2. hajar,rasanya kalau buat housewarming,nak buat besar-besaran kot..dah laman tak buat makan2..hopefully by that time, the fourth baby pun dah setahun lebih tu dan dah boleh jalan sendiri.

  3. shahrizal

    terima kasih atas maklumat yang tuan kongsikan. saya baru saja booking untuk topaz. kalau tak keberatan, apa potensi hartanah di saujana impian?

    –shah

  4. hasbi

    cerita yg menarik…saya pun tak sangka harga rumah di Saujana Impian boleh meningkat begitu mendadak..The final phase utk semi-d will be more than RM 1 million (kata jurujual kat site)..

  5. hasbi, saya agak kerana permintaan untuk rumah semi-D agak meningkat sekarang ini, dan design semi-D oleh bandar subang agar terkini dan menarik.

  6. syyma

    salam en huzaimi

    saya skrg dlm proses mencari rumah idaman..terjumpa blog saudara.. 🙂

    bole saya tahu ada lg ke pemaju buat projek perumahan ini utk rumah semi-D… ( mcm dah lmbt je )

    jika ada, bole saya tahu lokasi area mana? brp hrga satu unit?

  7. Hamdan Ejen Hartanah Anda

    harge semi-D masa depan mungkin mencecah more 1 million

  8. syyma,
    kalau awak berminat nak dapatkan semi D baru launch kat saujana impian, sila sms number telefon awak pada saya (0193726080), saya akan sms awak no telefon agen jualan. harga jualan semi D RM800k and above. rasanya awak tak perlu bayar downpayment 10% sebab sekarang ni mereka ada buat promotion.

  9. abe

    @syyma

    sy ada sebuah semi d baru siap utk di jual di tmn jelok impian.dari saujana impian terus lg kearah prima saujana dlm 2km letaknya taman ini.betul2 tepi jalan opposite kajang perdana..harga jualan rm650k.luas 40×80,status freehold,gated n guarded…bole call sy direct owner..013-2104678..tqvm

  10. mustapha

    salam en.abe, hmm saya pernah lalu kawasan perumahan jelok tu nampak macam sudah siap dan kawasannya juga menarik….kalau hendak dibandingkan dgn kawasan baru@topaz dlm 750k agak mahal dan perlu menunggu sehingga 2 tahun sebelum siap…..semi-d en harganya macam satu tawaran yang menarik dan dalam lingkungan bajet saya….terima kasih atas info yg diberikan,….tq

  11. zulk

    jangan jadi mcm kes projek RUBY sudah….tapak kuil..so sebelum beli semak betul2 dahulu

  12. Hamdan Ejen Hartanah

    Saya ada 1 unit Semi- D d Saujana Villa Prima Saujana 3stry Fully furnish harga asking rm1.3mil boleh nego dan baru semi D Sapphire Saujana Impian asking price rm850k. Hubungi 0173008021 Real Estate Negotiator.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *