Simpan RM100 jadi RM100,000?

Simpanan Wang

Salam,

Dalam entri kali ini, saya ingin kongsi dengan anda tentang sikap kita sebagai orang Malaysia dan simpanan wang. Agak-agak kalau kita simpan RM100 setiap bulan, bilakah wang kita akan menjadi RM100,000?

Sebelum saya meneruskan ayat-ayat cinta (ewah..ewah..mcm filem la pulak), saya nak share tentang fakta golongan menyimpan. Secara umumnya, terdapat dua golongan, iaitu yang pertama akan menyimpan 10% daripada pendapatan mereka dan membelanjakan bakinya. Manakala golongan kedua pula akan membelanjakan 90% dan cuba untuk menyimpan 10% jika boleh.

Simpanan Wang di Kalangan Rakyat Malaysia

Mungkin anda ingin tergolong dalam golongan pertama, cara ini adalah yang terbaik untuk menyimpan jika:

  1. Anda menyimpan secara berterusan
  2. Anda tidak mengeluarkan simpanan anda
  3. Anda mempunyai umur yang panjang
  4. Jika simpanan anda terpaksa dihentikan keluarga anda akan hanya mendapat jumlah yang anda simpan serta faedah.

Ok, berbalik kepada tajuk posting saya, bila RM100 nak jadi RM100,000? Dengan membuat simpanan secara tetap setiap bulan ke dalam mana-mana dana unit amanah yang purata dividend sebanyak 12% setahun, simpanan anda akan berjumlah sebanyak RM99,915 selepas 20 tahun..Dah dekat RM100k gak la kan? Itulah namanya compound dividend. Kalau anda bijak memilih fund yang baik, ada fund yang cemerlang boleh bagi purata sebanyak 15% setahun menjadikan simpanan anda sebanyak RM151,595 setelah 20 tahun dengan hanya RM100 sebulan…menarik kan?

Simpanan Wang dan Takaful

simpanan wang
Kesedaran Kepentingan Menyimpan Wang Masih Kurang di kalangan keluarga Malaysia

Ok, bagaimana nak jadikan RM100 terus menjadi RM100,000 even sehari selepas anda mula mencarum? Lain tak lain, ianya adalah melalui kaedah perlindungan takaful. Kepentingan takaful dan insuran kebiasaannya dilihat oleh individu yang belum ditimpa musibah sebagai membebankan dan tidak penting. Sebaliknya apabila ditimpa musibah barulah kepentingan takaful mula dilihat sebagai sesuatu yang penting.

Mengikut kaedah perlindungan, jumlah yang anda ingin cadangkan untuk menyimpan akan terbentuk dengan serta merta sebaik sahaja anda membayar premium pertama.

Dengan itu, jika anda mengeluarkan wang dari akaun simpanan anda, faedah yang akan diberikan hanyalah berdasarkan pada baki terakhir, tetapi jika anda mengeluarkan wang daripada akaun takaful anda, bonus anda masih lagi dibayar penuh, hanya faedah yang kecil sahaja akan dikenakan ke atas jumlah yang dikeluarkan.

Jika sekiranya anda meninggal dunia dan tidak dapat meneruskan program ini, Syarikat pengendali takaful akan tetapi membayar jumlah yang anda hasratkan malah ditambahkan dengan bonus pula. Apa pendapat anda? Jadi, yang mana satu pilihan anda?   Takaful atau menyimpan dalam Unit Amanah?

Apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah, kedua-duanya adalah penting, kerana kita tidak dapat jangka berapa panjang hayat kita. Kalau hayat kita pendek, kita telah ‘melegakan’ bukan saja isteri serta anak-anak, tetapi juga seluruh kaum keluarga kerana mendapati kita meninggalkan wang takaful bagi tanggungan kita meneruskan kehidupan dengan senang.

Begitu juga dengan simpanan wang, sekiranya umur kita panjang, kita tidak akan meyusahkan sanak saudara serta anak-anak di usia emas nanti untuk meneruskan kehidupan kita. InsyaAllah.

One Comment

  • memohon pandangan tuan berkenaan perkara di atas? sy kurang jelas . mohon jasa baik tuan utk terangkan perkara di atas, sy berminat tp kurang jelas n kurang faham

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *