Survey Balik Kampung Raya 2010

Salam,

Selamat Hari Raya AidilFitri
Selamat Hari Raya AidilFitri

Terima kasih kerana anda sudi menjengok blog saya. Hari ini dah masuk hari yang ke 26 umat Islam berpuasa. Maknanya, dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilFitri, dan tahun ini dijangkan akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Seperti biasa, tradisi balik kampung memeriahkan lagi suasana di hari Raya, tambahan lagi inilah salah satu peluang untuk bertemu sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa.

Namun begitu, dalam perjalanan pulang ke kampung, kebiasaaanya kita akan menempuh jalan raya yang sesak. Perancangan hari dan waktu perjalanan boleh membantu untuk mengurangkan kita melalui jalan raya dan lebuh raya yang sesak. Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan satu kajian mengenai Balik Kampung Raya 2010. Kajian secara online ini dijalankan bermula pada 28 September 2010 pengambilan data ditutup pada 4 September 2010. Mulanya saya menggunakan perkhidmatan surveymonkey.com, tanpa saya ketahui perkhidmatan mereka hanya dihadkan untuk 100 repondents sahaja. Dengan itu, saya telah tukar perkhidmatan free survey dengan menggunakan web www.questionform.com, dimana perkhidmatan yang disediakan agak ok, saya boleh menerima unlimited respondents, tetapi dihadkan soalan setakat empat sahaja. Itu sudah cukup, sebab saya hanya menyediakan 4 soalan sahaja untuk kajian kali ini.

Ok, saya tak mahu bercerita lebih panjang, sure anda boring baca celoteh yang berjela kan? Straight to the points, saya menerima respondents survey sebanyak 156, dan bagi saya, jumlahnya tak ramai kerana saya tidak betul-betul mempromosikan online survey tersebut. Saya hanya memaklumkan kajian survey ini di tiga Yahoo Groups, iaitu, SahabatInteraktif, Melayu-Trade serta Unisantara2001. Selain daripada itu, saya juga ada maklumkan kepada kawan-kawan di facebook untuk sertai survey yang saya anjurkan.

Berikut adalah result Online Survey:

(1) Tarikh Perancangan Balik Kampung Raya 2010
4 Sept 2010 (Sabtu) = 8%
5 Sept 2010 (Ahad) = 3%
6 Sep. 2010 (Isnin) = 7%
7 Sep. 2010 (Selasa) = 13%
8 Sep 2010 (Rabu) = 35%
9 Sep 2010 (Khamis) = 34%

(2) Dari Manakah Destinasi Anda?
KL/Selangor = 72%
Utara = 10%
Selatan = 12%
Pantai Timur = 5%
Kelantan = 1%

(3) Ke manakah Destinasi Anda?
Utara = 31%
Selatan = 30%
Pantai Timur (Pahang/Terengganu) = 16%
Pantai Timur (Kelantan) = 23%

(4) Bilakah Anda Merancang Untuk Kembali Dari Kampung?
13-Sep = 27%
14-15 Sept = 26%
16-17 Sept = 19%
18-Sep = 14%
19-Sep = 14%

Saya yakin, dengan hasil kajian kecil-kecilan yang saya jalankan ini, anda boleh merancang perjalanan dengan lebih bijak. Sebolehnya, kita perlu ‘staggered’ perjalanan pulang ke kampung, dengan itu, jumlah kenderaan di jalan raya/lebuh raya juga tidak akan tertumpu pada satu hari tertentu sahaja.

Rancang Perjalanan Untuk Elak Kesesakan
Rancang Perjalanan Untuk Elak Kesesakan

Mengikut kajian yang dijalankan, majoriti akan pulang ke kampung pada hari Rabu dan Khamis, iaitu dua hari dan sehari sebelum Aidil Fitri, jadi bagi sesiapa yang merancang untuk balik kampung pada hari tersebut, anda perlu merancang waktu perjalanan yang lebih selesa dan anda perlu mentally prepared yang perjalanan pulang anda akan mengambil masa lebih panjang dari biasa, eg. kalau biasa pulang ke kelantan dari KL mengambil masa 7 jam, mungkin pada hari tersebut perjalanan anda memakan masa 12 jam!!! Kenapa anda perlu bersedia dari segi mental untuk menghadapi jalan raya yang sesak? Kerana dengan mentally prepared, anda tidak akan tergopoh gapah, dan anda tidak akan memandu dalam keadaaan yang membahayakan.

Ok, setakat ini dahulu coretan dari saya,  harapan dari saya agar anda berhati-hati semasa memandu dan semoga Aidil Fitri 1431H ini memberikan lebih makna dalam hidup anda. InsyaAllah.

2 Comments

  1. ajiicam

    salam, data yang bagus untuk merancang perjalanan, dari data tu saya rancang nak keluar awal walau tarikh yang sama agar sampai destinasi dengan lebih selamat…. tak kalut kalut dan rasa geram.
    Selamat menyambut hari raya ,

  2. Anuar Saad

    Salam syawal. Gd work nie bro. keep it up. rasa2 pun lebih kurang camtu jugak ler… cuma klu bleh add detail sikit estimate time pegi/balik tu lagi ler bagus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *