Tidak Kaya Dengan Jadi Perunding Takaful

Alhamdulillah, tahun 2019 ini memasuki Tahun ke tiga sebagai Group Manager di Great Eastern Takaful Bhd (GETB). Saya menyertai GETB tahun 2012 full time selepas nekad resign dari jawatan Senior Manager.

Industri Takaful adalah bidang yang tidak glemer dan dikatakan penuh dengan rejection yang membuatkan ramai yang give up dan selepas beberapa bulan gagal dapat client terus nazak dan koma.

Bila kita join industri ini, kalau niat nak kaya dengan pantas, nak terus beli kereta mewah, ini bukanlah tempatnya. Komisyen takaful nampak macam besar dalam bentuk % namun berapa sangat saja contribution peserta individu setiap bulan. Bukan senang terus nak collect 10k, 20k, 30k setiap bulan dari pelanggan. Kalau ada newbiew yang boleh buat memang power.

Iktibarnya di sini, sertai industri ini untuk mendidik masyarakat tentang perancangan risiko kewangan, menyebarkan kepentingan aspek perkongsian risiko melalui instrumen takaful.

Bila niat kita betul, cara penyampaian yang tidak mengugut dan memaksa pelanggan, insyaAllah ada rezeki yang Allah datangkan kepada kita untuk teruskan kehidupan untuk kekal berjuang dalam industri ini.

Agensi Takaful Ahmad Humaizi Consultancy

InsyaAllah tahun ini saya ingin tingkatkan masa saya untuk coach lebih ramai kawan kawan yang ingin menceburi bidang takaful. Saya tidak ingin janjikan bulan bintang, InsyaAllah dengan fasiliti ofis yang agensi saya sediakan, InsyaAllah lebih senang untuk kita duduk bersama sama rancang, belajar dan membuat tindakan kerja bersama sama.

Ahmad Humaizi
0193726080