Tips Untuk Perunding Takaful Newbie

Al Hamra Group bersama Management Team Great Eastern Takaful

Semakin ramai yang berminat nak ceburi bidang perundingan takaful. Masyarakat umumnya panggil kami sebagai agent takaful. Kami mewakili takaful operator untuk memberi khidmat perundingan takaful kepada masyarakat.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips buat newbie dalam industri ini:

  • Betulkan niat apabila sertai industri takaful, walaupun anda punyai matlamat nak tambah income, namun itu adalah secondary. Niat utama adalah untuk bantu diri sendiri dan orang disekeliling kita tentang kesedaran takaful, dan bantu mereka untuk memilih plan takaful yang sesuai dengan keperluan mereka, bukan ikut kehendak kita sebagai agent.
  • Newbie (applicable juga kepada agent senior) perlu sentiasa hadir kelas yang diadakan oleh leader, walaupun sudah terror, ada ketika kelas ini tetap ada ilmu baru yang bakal kita peroleh dari kawan-kawan lain yang hadir. Bila kita rasakan kita cukup terror dan banyak ilmu, maka di saat itu sebenarnya kitalah yang paling tidak cerdik di dunia ini lagi.
  • Anggap leader ini sebagai seorang guru, kita tak perlu segan bertanya. Seorang leader yang normal akan rasa happy bila perunding di bawah seliannya sentiasa ada soalan tentang takaful. Kalau tidak bertanya, jarang yang okay, biasanya KO terus.
  • Tak perlu tunggu ilmu penuh di dada baru nak start promosikan takaful. Definisi penuh di dada tu memang sampai ke liang lahad pun tak akan penuh. Agent yang punyai pegangan nak tunggu ilmu penuh di dada baru nak beraktiviti kebiasaannya akan memasuki alam barzakh takaful lebih awal sebelum dapat pelanggan.
  • Buat aktiviti terus hanya dengan satu idea. Contoh, anda dapat idea hari ini, takaful boleh bina legasi untuk keluarga, kalau nak beli rumah harga RM500,000, perlukan komitmen bulanan RM2500-RM3000, namun dengan takaful, legasi terus terbina serta merta dengan hanya serendah RM150 sebulan (lelaki-usia 31, tidak merokok).
  • Diawal penglibatan dalam takaful, jumpa seramai mungkin kawan-kawan, berterus terang dengan dia orang, “aku jumpa kau ni nak berlatih buat presentation, aku tahu dalam industri takaful ni jarang kawan-kawan nak support kawan sendiri. Kau dengar aku present, nanti kau komen apa yang aku patut buat penambahbaikan” . Bila cakap macam ni, kawan kita dari jadi seorang mental block pasal takaful, akan open untuk dengar, sebab dia tahu kita bukan nak closed dengan dia pun kan. Tapi mana tahu ada rezeki, bagi dia orang dengar, nak pulak dia sertai takaful dengan anda kan!
  • Aktiviti memainkan peranan penting bukan setakat nak dapatkan sales, namun nak dapatkan ilmu. Biarlah jumpa 10 orang tak closed semua, yang pentingnya dapat pengajaran kenapa 10 orang tak nak ambil. Dari pengalaman tu, boleh duduk bersama leader bincang- what’s next strategy!

Industri Takaful ini tidaklah susah mana, yang susahnya bila agent baru yang sertai bidang ni masuk-masuk je terus bodoh sombong, tak nak belajar, jumpa prospek terus nak close kes. Kita perlu jadi timba, cari perigi untuk dapatkan air, jadi korang kena cari leader untuk berguru.

Dia naik jadi leader, pasti dia telah lalui jalan-jalan yang berliku, apa kata korang belajar cara yang betul agar tidak jatuh ke dalam lubang yang sama yang telah leader korang lalui?

Setakat ini dulu perkongsian, mudah-mudahan dapat something dari penulisan ini, doakan saya sentiasa rajin untuk tulis dan update blog ini.

Nak Jadi Agent Takaful? Roger saya, 019-3726080

Ahmad Humaizi, Group Manager, GETB

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *