Hardsell Di Social Media Guna Messenger

Baru saja approve friend request, terus dapat inbox mesej, “Salam perkenalan Encik Humaizi, saya agent takaful, Encik dah ada Medical Card ke belum? Kalau belum saya sedia bantu encik,”.

Memang tak salah nak mesej sebegini, tapi berapa ramai nak kena mesej untuk dapat seorang yang akan jawab, ya saya berminat. Pastinya bukan 10 atau 20 sehari, tapi 100 orang. Number games, Baru menjadi. Tapi ada ke yang sanggup nak hadap nak mesej 100 orang sehari? Yang ada, memang agak ‘rare’.

Ada cara untuk anda tidak buat hardsell sebegini. Apa yang saya nak cerita ini adalah konsep asas untuk membina personal branding di media sosial.

Sebelum kita mula mempromosikan produk atau perkhidmatan kita, penting untuk kita terlebih dahulu membina ‘connection’ dan kepercayaan dengan audiens kita.

Kenapa? Sebab jika orang tak kenal kita langsung dan terus nak cerita pasal produk, peluang untuk kita kena tolak atau diabaikan memang sangat tinggi.

Tapi, jika mereka dah kenal siapa kita dan tahu apa yang kita boleh tawarkan, barulah peluang untuk kita nak approach dan convert mereka menjadi pelanggan akan menjadi lebih mudah.

Jadi, apa yang kita perlu buat? Pertama, kita kena aktif di media sosial dan tunjukkan kepada dunia siapa diri kita sebenarnya. Kongsikan cerita peribadi, passion, dan nilai-nilai yang kita pegang.

Bina ‘connection’ dengan orang ramai dengan cara yang genuine dan bukan sekadar nak cuba jual produk. Bina kredibiliti dan kepercayaan dengan cara yang organic.

Kedua, ciptakan kandungan yang berkualiti dan konsisten. Jangan buat hingar bingar sehari dan kemudian hilang pula sebulan. Orang akan lupa tentang kewujudan kita. Sebaliknya, keluarkan kandungan yang berkualiti dan konsisten supaya orang boleh kenal dan ingat tentang kita.

Ketiga, tunjukkan kepakaran dan nilai yang kita boleh tawarkan. Kongsikan tips, nasihat atau insight yang boleh membantu audiens kita. Bina imej sebagai authority dalam industri kita. Bila dah sampai tahap tu, barulah senang nak promote produk atau perkhidmatan kita.

So, jom kita sama-sama bina personal branding yang mantap di media sosial! Usah lihat ia sebagai platform untuk jual-jual produk semata-mata. Lihat ia sebagai ruang untuk kita tunjuk siapa kita sebenarnya dan bina kepercayaan dengan orang ramai.

InsyaAllah, jika kita buat dengan betul dan konsisten, peluang untuk kita nak dapat pelanggan yang setia memang amat cerah!

Ahmad Humaizi

GM Al Hamra

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *