Selamat Tinggal 2009!!! Selamat Tahun Baru 2010.
Itulah ucapan yang aku terima daripada rakan-rakan samada di alam cyber atau di ofis hari ini. Dalam kesibukan aku menghadapi Final Exam pada hari sabtu ini, subjek Legal and Ethical in HR serta Research Proposal yang kena hantar this Sunday, aku rasakan perlu untuk menulis sesuatu sempena hari terakhir di tahun 2009.
- Sehari Selepas Aku Menjalani Pembedahan Apendiks
Sejak di dalam kereta sekembali dari pejabat tadi, aku menyorot kembali kenangan 2009. Bukan kerana azam utama aku tidak tercapai pada tahun ini, tetapi untuk menyorot kembali kenangan 2009. Tahun ini bemula dengan sesuatu yang tidak indah, di mana pada 17 Januari 2009 aku menjalani pembedahan Apendiks. Kiranya rekod perkhidmatan aku kerana mendapat dua minggu cuti hospitalisasi. Sakit perut yang dialami disangka sekadar kembung biasa rupanya meleset,apabila doktor mengesahkan aku perlu menjalani pembedahan buang apendiks.
Bulan Febuari 2009, semua adik beradik dari kelantan (kecuali Kak Za) serta Ayah dan Mi datang ke Kuala lumpur untuk hantar Abe Pu yang akan migrate ke Jeddah.Boleh katakan satu gerombolan la dari Kelantan datang untuk menghantar abe pu yang akan bekerja di Islamic Development Bank, Jeddah. Meriah rumah aku dikunjungi oleh satu keluarga dari Kelantan.
- Bergambar Dengan Abe Pu Sebelum Berangkat ke Jeddah
Pada 11 Mei 2009, aku dan Siti telah membuat satu keputusan yang agak penting dalam pengurusan kewangan kami, kerana kami telah memilih untuk memiliki kediaman yang lebih selesa di Saujana Impian, Kajang. Sehingga kini aku masih lagi berkira-kira, adakah aku dan Siti telah membuat keputusan bijak dengan membeli sebuah rumah yang bernilai RM643k? Adakah kami akan mampu menguruskan kewangan dengan baik setelah rumah kami siap nanti pada penghujung tahun 2010?
- Bakal Rumah Kami
Pada bulan Jun 2009, sekali lagi Jauzil masuk hospital. Kalau tahun 2008, jauzil menjalani pembedahan jantung di IJN, kali ini, Jauzil ‘admitted’ kerana pnumenia. Alhamdulillah, setelah 5 hari dalam wad, Jauzil dibenarkan keluar.
Sepanjang 6 bulan pertama pada tahun 2009, aku sentiasa demam, pelik dan ajaib, kerana sebelum ini aku sentiasa ok, mc pun tak banyak. Agak-agak kenapa? Setelah buat post mortem, baru aku perasan, aku mula kerap demam sejak Ogos 2008, setelah sebulan amalkan produk USANA. Pada pengamatan aku, tak semuai orang sesuai dengan vitamin yang dikatakan Terbaik Di Dunia ini. Apa yang membuatkan aku yakin produk USANA membuatkan aku sentiasa mengalami demam panas dan selesema?
Pada 30 Mei 2009, aku mendaftarkan diri untuk sambung belajar di UUM, KL. Semangat berkobar-kobar untuk belajar dan sebolehnya aku ingin habiskan pengajian dalam tiga semester sahaja bagi mengejar cita-cita aku yang menggunung tinggi! Bagi mendapatkan otak yang cergas serta mudah ‘pick-up’ masa belajar, aku amalkan minum Jus Kurma E-Genius (bukan promosi yaa), setiap pagi bangun dari tidur, aku terus minum dua sudu selepas minum secawan air tapisan rx-water. Since June 2009, aku tidak demam dan juga hadapi selesema lagi!!!! Alhamdulillah..aku yakin, Jus Kurma E-Genius, yang mengandungi bukan saja extrak kurma, malah Habbatus Sauda dan herba-herba lain, telah meningkatkan antibodi badan aku. SAY NO to US Product!!! Produk US (Usana) menyebabkan kesihatan aku makin menurun, bukannya makin sihat.
- Akram Jauni
Hari-hari berlalu, kami tidak sabar lagi menunggu kelahiran Permata ke 3 menghiasa kebahagiaan rumah tangga kami. Bulan Julai 2009, detik 11.58 am tanggal 13hb, lahirlah anak ke tiga kami, yang dinamakan Akram Jauni. Kelahiran Jauni adalah selepas 18 bulan kelahiran anak kedua kami, Jauzil Falah. Meskipun mendapat tiga anak lelaki, aku dan Siti tetap menerima kelahiran ketiga ini dengan penuh ‘excited’ membayangkan bagaimana rupa paras anak ketiga kami, adakah akan sama dengan abang-abangnya?
Setelah dua minggu kelahiran Jauni, pada 27 Julai (bersamaan 15 Syaaban 1430) seluruh keluarga ku amat bersedih atas kehilangan ayah tercinta. Pemergian ayah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda, malah arwah ayah menghembuskan nafas terakhir beliau setelah kembali dari kebun getah, sambil bersandar di kerusi simen rumah sepupu kami.
- Kereta Mazda3 Aku Remuk
Setelah mendengar berita yang amat sedih dalam sejarah hidup aku, fikiran bercelaru bagaimana harus aku pulang ke kampung? Akhirnya keputusan dibuat untuk pulang dengan kereta, kerana jam baru menunjukkan 2.30 pm. Kami bertolak lebih kurang jam 3.00pm, dan lebih kurang pukul 6.30pm, kereta yang aku pandu, Mazda3 , hilang kawalan, menyebabkan kereta yang kami naiki terbalik sebanyak 2 kali dan remuk teruk. Alhamdulillah, kami tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kereta yang bernombor WQA 7667 disahkan total loss dan tidak boleh dibaiki lagi.
- Kenangan Arwah Tok Ayah Dengan Cucu
Raya tahun ini adalah raya pertama tanpa ayah tercinta, suasananya rasa hambar sekali. Walaupun kami adik beradik sudah berkeluarga, namun kehilangan ayah amat dirasai. Tambahan lagi, raya tahun 2008, arwah ayah dengan ‘sporting’ sekali mengambil gambar kami adik beradik. Begitu juga dengan cucu-cucu, banyak sekali gambar yang aku rakam gambar arwah ayah dengan cucu-cucu. Sungguh tidak sangka itu adalah raya terakhir ayah bersama kami.
Raya tahun ini aku dan Siti mengambil keputusan untuk balik ke Kelantan dengan Air Asia memandangkan Bibik kami, Ida Rohada pulang ke Medan. Kami kembali ke KL pada hari Khamis dan bibik dijangka pada hari sabtu. Namun, kekalutan melanda kami, anak bibik sms bagitahu passport Mama dia hilang!!! Aku yakin ini adalah satu helah untuk bibik tidak datang lagi ke Malaysia!!!! Sampai hati bibik buat sebegini kepada kami anak beranak. Kami melayan bibik yang sudah tua ini seperti ahli keluarga, dan walaupun dia adalah seorang pemalas, kami tidak kisah asalkan dia menjaga Jauzil dengan baik. Kini baru kami sedar, rupanya bibik telah bagi hint untuk tidak datang lagi selepas raya kerana tidak sanggup untuk menjaga Jauni dan Jauzil lagi.
Aduh….pening kepala memikirkan pasal pengasuh anak2 kami. Semua serba tak kena, nak cari pengasuh di rumah, tak ada yang sanggup, nak tinggalkan di nursery, amat sedih aku tengok keadaan nusery yang terdekat dengan rumah kami ini! Akhirnya siti mengambil keputusan untuk ambil Cuti Tanpa Gaji. Aku rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk anak-anak kami.
- Bibik Dengan Haziq dan Jauzil
Mendengar cerita Siti akan mengambil Cuti tanpa gaji, bantuan dari Cikgu-cikgu di SK taman desa datang bertalu-talu…ada yang mencarikan nursery, dan ada yang mencari maid, dan akhirnya ustaz zakir mencadangkan kami menemui seorang yang bernama Tini, di Gombak yang sanggup menjadi pembantu rumah kami. Alhamdulillah, kami dipertemukan dengan seorang yang lebih baik dari Ibu Ida. Mungkin inilah hikmahnya Bibi Ida tak datang ke Malaysia selepas raya, kerana Allah ingin menggantikan yang lebih baik kepada kami.
Dalam kekalutan ketiadaan pembantu rumah, keputusan peperiksaan Trimester Pertama Keluar. Berdebar-debar aku ingin mengetahui keputusan Subjek (1) HR Management (2) Starategic HRM (3) Industrial Relations dan (4) IT For Managers. Bagaikan tidak percaya bila melihat keputusan peperiksaan, alhamdulillah, aku boleh score Straight A utk semua subjects!!! Dapatlah merasa 4 Flet dalam sejarah pembelajaran aku di Universiti.
Walaupun penuh dengan episod2, tahun 2009 menyaksikan badan aku makin gempal dan gebu. Pada 15 Oktober 2009, 3 hari sebelum ulang tahun kelahiran aku yang ke 32, aku telah membuat keputusan untuk mengambil Jus Mate 5, dan aku nekad untuk tidak makan nasi lagi. Sehingga hari ini, aku telah berjaya dengan diet karbo, tak makan nasi, dan berjaya turunkan berat dari 78kg kepada 73kg dalam masa 2 bulan tanpa senaman.
Satu sejarah lagi menempa dalam hidup aku. Pada 1 November 2009, aku membuat keputusan untuk meninggalkan RHB Bank Berhad untuk menyahut cabaran yang hebat dan lebat daripada Dutch Lady Milk Industries Berhad. Daripada seorang Senior Manager specialize in IR sahaja di RHB, aku menerima jawatan HR Manager, a generalist HR di DLMI demi mencapai Visi Utama dalam hidup aku!!! Tak perlu ku nyatakan di sini, namun ianya terpampang di dada ku serta setiap hari ku bicarakan visi ini dengan Siti.
Ternyata keputusan aku untuk meninggalkan RHB sebelum mendapat bonus yang dijangka akan diumumkan pada akhir Januari 2010 adalah amat tepat!! Aku rasa amat bertuah untuk masuk di satu organisasi yang memberikan satu ‘job’ yang membuatkan aku menjadi lebih ‘engage’ dalam pekerjaan. Bukan sahaja ’empowerment’ yang setaraf dengan jawatan, malah yang pentingya, mendapat seorang boss yang boleh menjadi seorang ‘leader’ yang boleh memberi inspirasi kepada aku!
Hari ini cukup lah sebulan aku berada di DLMI, namun keakraban dan kemesraan kawan-kawan di DLMI membuatkan aku rasa telah lama mengenali mereka semua. Terima kasih aku ucapkan pada boss, Mazri serta rakan-rakan di DLMI, Mariah (teman Jus Mate 5 ku, tapi rasanya dia telah give up), Azlan, Rosli, Nina, Rajes, Rozi, Maiza serta Rajen yang amat mesra dan menyenangkan membuatkan aku rasa tidak jemu untuk ke ofis!!! Aku cadangkan kepada teman2 agar menjadikan moto ‘everyday is a public holiday’ menjadikan kami lebih ceria berada di ofis,even dalam kekangan kerja yang mungkin agak banyak.
ok, ini sajalah coretan buat kali ini, aku perlu sambung siapkan research proposal malam ini juga.
Selamat Tahun Baru 2010, Semoga Aku Boleh Mencapai Cita-Cita yang Tidak Tercapai di Tahun 2009. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Salam;
TAHUN BARU DGN SEMANGAT BARU, semoga makbul apa yg dicita2kan!
salam..semoga anda sekeluarga sihat selalu.jauzil dah sihat?
Mizah, jauzil makin kuat antibodi sekarang ni, kami bagi dia makan Minyak Kelapa, dah habis sebotol dia minum minyak kelapa. Produk agel dia tak suka, mungkin tak berapa serasi dengan dia, tapi dengan minyak kelapa dia ok.
mcm2 yer budak2 ni..xpe asal die serasi dan semakin sihat..ble thn yer die minum minyak tu.saya sendiri lalu.oh nanti nk usha program yg saudara buat tu
Pingback: AhmadHumaizi.Com » Pantasnya Masa Berlalu; Catatan 2010