Apa Jadi Dengan UUM?

Salam,

Saja je buat gempak dengan topik kali ini. sebenarnya dah lama aku nak update blog ni, tapi tak berkesempatan, maklumlah, inilah hakikat orang yang ada banyak blog nak kena update. Ingat aku masa habis exam pada 10 Januari 2010 aku nak update pembaca tentang betapa gembiranya aku telah selesai 4 lagi subjek semester dua 2009/2010. Tinggal lagi dua subjek untuk diambil pada Semester tiga 2009/2010 yang akan memulakan tirai pada 6 Februari 2010.

Kenapa posting aku apa nak jadi dengan UUM sebabnya aku dah tak sabar nak tahu result exam semester lepas, 4 subjek yang aku ambil adalah Legal and Ethical in HR, Managing Change and Communication, HR Development dan Research and Methodology. Mulanya UUM publish dalam website result akan keluar pada 28 Jan 2010, then postpone pada 5 February 2010, dan kali ini postpone pada 7 Feb lak..tapi yang pastinya, esok akan aku jumpa Hamidah di ofis untuk tahu result semester lepas. Berdebar gak ni.

Aku dan Woon Di Friesland Campina Ban Doung, Ho Chin Minh City
Aku dan Woon Di Friesland Campina Ban Doung, Ho Chin Minh City

Berbalik kepada apa aktiviti aku selepas habis exam, minggu pertama habis exam, aku kunjungi Ho Chin Minh City, vietnam, bukan untuk makan angin, tapi untuk hadiri kursus Train The Trainer untuk program World Class Operations Management (WCOM), title course TTT Change Accelerated Program.  Walaupun lima hari berada di vietnam, aku tak berkesempatan untuk melawat tempat2 menarik kat sana, maklumlah training sampai ke lewat petang.

Hanya pada hari terakhir aku sempat berkunjung ke Ban Than Market, tempat yang famous bagi pelancong-pelancong untuk membeli barang-barang seperti tekstil serta pelbagai jenis makanan buatan vietnam.

Aku beli Cempedak Kering kiriman Maria, serta kain baju untuk Siti dan juga Seluar Dockers. Rule of thumb untuk shopping di Ho Chin Minh City adalah kena negotiate harga sehingga 70%. Bayangkanlah, seluar dockers yang aku beli, harga dia letak, 500k Dong (dalam RM90), tapi aku mintak kurang dan dapat hanya dengan harga 200k Dong. boleh katakan murah gak la. Then aku beli t-shirt vietnam dengan harga USD5 sahaja. Paling menariknya, peniaga kat market ini menerima Malaysia Currency semasa jual beli!!!

Banyaknya Motosikal di Vietnam
Banyaknya Motosikal di Vietnam

Semasa di Vietnam, aku menetap di Caravelle Hotel, dan kalau tak kerana Company bayar, aku tak akan menetap kat situ. Bayangkanlah, sepanjang 5 hari 4 malam menginap, kos hotel USD750!!! Mahal giler tu….Ye lah.bukannya aku guna pun facility kat hotel tu pun, sebab kelas sampai ke lewat petang. Yang aku guna selain bilik untuk tidur adalah internet. Nak kata internet laju, tak lah jugak, streamyx di KL lagi laju la. tapi aku boleh la ber’skype’ dengan family di rumah.

Satu benda yang ‘asing’ bagi aku di vietnam adalah motosikal yang membanjiri di jalan raya!! tengoklah gambar di sebelah ini, ribuan motosikal, dan kereta hanya berpuluh biji sahaja. Aku tak akan boleh drive di vietnam, kerana pemandu kereta serta motosikal kat sana semuanya brutal!!!. Hon berbunyi sepanjang masa. Baru aku sedar rupanya pemandu kenderaan di KL ni kiranya jauh berdisiplin dengan pemandu di Ho Chin Minh City. Aku difahamkan sekiranay sesiapa yang ada kereta di vietnam, orang tu memang kaya giler, sebabnya mereka tak buat loan untuk beli kereta, coz cost financing yang amat tinggi. Bayangkanlah, setiap tahun interest adalah 13-14% utk beli kereta. Jadi sesiapa yang beli kereta tu memang akan beli secara tunai saja ataupun Company provides car. Menurut kata Mr Tri (Project Manager Frisland Campina, HCM city) harga Toyota Innova basic adalah USD30k!!!

Gitulah kisah negara orang, kekadang tu rasa bersyukur gak aku ni dilahirkan di Malaysia. Apa yang aku boleh katakan, vietnam pun not bad (except susah nak dapat makanan halal kat sana), dan pembangunan di vietnam sebenarnya lebih pesat dari Malaysia, dan tak mustahil, dalam masa 10 tahun lagi, Vietnam akan lebih maju daripada Malaysia!!!

Oleh itu, bangunlah dari tidur sahabat-sahabatku semua, Teruskan Perjuangan!!! (apa kena lak aku ni???) heheh…

ok lah, aku berundur dulu, nak bersiap untuk solat maghrib lak. wassalam.

3 Comments

  • Salam taaruf. Terjumpa web anta. Hebat anta looni. Tahniah diucapkan di atas kejayaan anta. Rasanya masih ingat lagi kot member serumah masa form 3 di Maahad.

    Asmadi
    CITU, UiTM.

  • asmadi, sure ingat lagi.tak ada la hebat mana pun.
    sekarang ni jadi lecturer di UiTm mana?
    mana lagi kawan-kawan serumah kita dahulu?

  • @humaizi

    lama tak buka web anta. Loo ni kat UiTM Shah Alam. di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU). Baru habih PhD 2 tahun lepas. Member2 dulu tak tahulah kat mana. Tapi ramai yang ‘jadi. Ingat tak Jehe, dia pun sambung kat al-Azhar dan tamat beberapa tahun lepas.

    Nak tanya anta, DLMI ada tak dana untuk research? Kot2 ada bolehlah ana mohon. Sebab sekarang ni Universiti galakkan staf buat penyelidikan dan kalau ada dana daripada luar lagi baik.

    Email ana : asmadiy@gmail.com
    asmadi716@salam.uitm.edu.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *