Tak sabar nak menunggu 6 Jun 09. Pada hari tersebut, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang student MHRM UUM Kampus KL. Add drop session pada hari Sabtu ini, dan kelas bermula pada hari itu juga!!! Wow..begitu pantas sekali.
Aku difahamkan kelas bermula awal kerana kami hanya mempunyai masa selama 3 bulan untuk selesaikan satu semester. Mengikut jadual yang diberikan final exam akan diadakan pada bulan puasa. ok lah, at least masa raya tu boleh la celebrate tanpa risau tentang exam.
Semester ini aku akan register 4 subject (12 credit hours), iaitu Human Resource Management, Strategic Human Resource Management, IT for managers dan Industrial Relations. Maknanya sepanjang semester ini, semua weekend aku fully occupied dengan classes. Sabtu class begins from 3.00pm until 9.00pm, whereas on Sunday from 9.00am until 3.00pm. Semoga aku berjaya mengharungi pelbagai cabaran demi mencapai cita-cita yang menggunung tinggi! InsyaAllah.