Jauzil Admitted to Hospital Pantai Cheras

Dah dua hari Jauzil demam, since hari Selasa 2 June 2009. Pelik juga sebab tak kebah lagi demam walaupun dah makan ubat demam. Mungkinkah Jauzil rindukan bibik yang balik bercuti di Medan selama dua minggu? Aku dan siti merasakan Jauzil mungkin rindu dengan bibik yang menjaga dia semenjak umur 43 hari sehingga sekarang Jauzil dah 16 bulan.

Kami membuat keputusan untuk membawa Jauzil ke Hospital Pantai Cheras. Setiba di sana dalam pukul 9.15 pm, aku pelik kenapa kaunter pendaftaran untuk pesakit luar serta ward admission hanya seorang saja yang jaga. Kalut betul staff tu, kesian jugak dengan dia kena handle orang yang nak berurusan malam tu.

Jauzil di Hospital Pantai Cheras

Kami dapat jumpa doktor dalam pukul 9.50pm, dan Doktor mengesahkan jauzil kena lung infection, atau pneumonia. Haziq masa umur 8 bulan pernah masuk wad kerana sakit yang sama.

Selesai urusan kemasukan, Jauzil di X Ray, kami ke aras 4. Mulanya nak stay di double bedded ward, tapi Siti rasa kurang selesa, then kami pindah ke single wad. Kebetulan ING cover kos RM300 per night stay.

Aku balik ke rumah untuk ambil barang-barang siti dan jauzil..kira lewat jugak la..siap kemas barang, dalam pukul 12.00 malam kembali semula ke hospital. Nasib baik hospital tak berapa jauh dari rumah otherwise tension gak dibuatnya.

Setiba kami di wad, Jauzil begitu ceria menyambut kedatangan Haziq, dan nampaknya demam dia dah surut, cuma kahak masih banyak lagi. Kalau boleh aku nak tidur saja kat hospital bersama sama Jauzil dan Siti, tapi kesiankan Haziq pula.

Aku berdoa agar Allah cepat sembuhkan Jauzil dan cepat-cepat keluar wad. Kesian dengan Siti kena berkampung dalam wad kerana sekarang ni dah masuk minggu ke 33 mengandungkan baby ke tiga kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *