Al Hamra Group Agensi Ofis

Rezeki pada tahun 2021, sewaktu berada dalam Pandemik disebabkan covid, saya mendapat satu deal menarik untuk pembelian shop lot dua tingkat di TTDI Grove Kajang. Memang sudah jadi satu impian saya sejak tahun 2019 lagi untuk punyai bangunan ofis sendiri berbanding sewa kerana saya percaya industri takaful ini bukan satu bisness yang biasa-biasa untuk tidak dijadikan satu benda yang serius.

Ada satu lagi ruangan yang kami sangat enjoy bila berada di agensi ofis ini, iaitu Advance Pantry. Boleh la jugak kalau anda nak panggil dapur, tapi sesuai ke dapur berada dalam pejabat? hahah. Ruangan ini sebenarnya amat bagus untuk engagement bersama team Al Hamra. Bila ada acara masak memasak, makan bersama, ini yang menjadikan hubungan kami bukan sekadar biasa, jadi satu Keluarga Besar Al Hamra!

Seronok bersama keluarga Al Hamra sejak kami pindah ofis pada bulan Oktober 2022! Kami bukan sekadar mempromosikan takaful, kami ingin bersama keluarga baru kami ini untuk sama-sama berjaya dalam Industri Takaful tanpa mengenepikan hubungan persaudaran yang terjalin dari Industri ini.

Ahmad Humaizi, Group Manager,

019-3726080

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *