Dalam keadaan ketidaktentuan pasaran saham Bursa Malaysia dan serantaui, ramai takut nak beli unit trust pada bulan ini. Perlu ke anda risau untuk beli unit trust bila pasaran Bursa Saham trend menurun? Bulan Oktober 2011 ni menyaksikan pasaran saham sekejap turun, kemudian naik. Ok, dalam posting ini saya nak share info tentang bilakah waktu yang terbaik untuk anda beli unit trust.

Hakikat sebenarnya, dalam unit amanah, tiada panduan yang tetap dan tepat mengenai waktu yang terbaik untuk membeli unit (samada membeli untuk tabung/fund baru atau membeli untuk menambah unit yang sedia ada). Ini kerana harga unit sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan perubahan dalam nilai unit tabung itu sendiri.
Membeli unit ketika harga unit tidak berubah (atau hanya perubahan kecil) memberikan pelabur rasa tenang dengan kestabilan harga unit. Namun begitu, untuk jangka masa pendek, pelabur hanya menikmati sedikit saja keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit-unit yang telah dibeli.
Membeli unit ketika pasaran sedang naik menjadi favourite ramai pelabur kerana mereka boleh mendapat pulangan tunai dengan cepat dari pelaburan mereka. Tetapi perlu di ingat, mereka akan kerugian dari segi bilangan unit jika lambat untuk membeli. Persoalannya, bilakah anda tahu harga pasaran naik atau menurun? Ikut trend? Susah nak cakap gak kan?
Membeli unit ketika pasaran sedang menurunĀ juga menjadi favourite ramai. Sebab dengan harga lebih rendah, semakin banyak unit yang kita perolehi. Dan dengan unit yang banyak ini, untuk jangka masa panjang, semakin banyaklah jumlah unit diperolehi bila ada dividen yang dilabur semula atau jika ada unit split.
Kesimpulannya, membeli ketika harga paling rendah dan menjual ketika harga paling tinggi adalah teori asas dalam pelaburan. Namun, tiada siapa dapat meramalnya. Pasaran saham mungkin jatuh lebih rendah daripada rekod yang pernah dicatat dan mungkin mencatat rekod tertinggi baru. Jadi, realitinya tiada waktu terbaik untuk membeli unit. Pelabur boleh membeli unit bila-bila masa. Namun begitu dalam pelaburan unit amanah, pelabur hendaklah tahu asas-asas strategi yang boleh diambil (samada untuk membeli atau untuk menjual unit) apabila harga unit tidak banyak bergerak, harga mula bergerak naik ataupun ketika harga mula menurun supaya dapat memaksimumkan keuntungan. Pelaburan tetap secara berkala juga sering dikatakan cara terbaik melabur dalam unit amanah kerana pelabur dapat membuat pemurataan kos (cost averaging).
Kredit tu Maliki http://www.my-unit-trust.com/ kerana idea yang diberikan melalui blog beliau untuk topik ini.