Pelaburan KWSP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cerita tentang pelaburan KWSP ni memang hangat. Semalam saya ada tunjukkan print screen yang diambil melalui laman web KWSP, ke mana pelaburan dana KWSP.
Dalam posting ini, saya nak dedahkan surat daripada KWSP sendiri berkenaan dengan pelaburan KWSP.
Hakikat Pelaburan KWSP
Dengan surat ini, terjawablah segala persoalan tentang isu halal atau haram pelaburan KWSP yang diuruskan oleh KWSP sendiri.

Pelaburan KWSP Haram?
Menurut Ustaz Zaharudin melalui laman blog beliau KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB. Justeru, pencarum tidak berdosa atas apa jua pelaburan yang dibuat oleh KWSP kerana ia bukanlah pilihan mereka, mereka juga meletakkan wang di KWSP juga bukan atas pilihan tetapi kewajiban yang ditentukan kerajaan.
Pendedahan yang amat mengejutkan…
Merujuk kepada surat KWSP tersebut. Pertama surat rujukan tidak lengkap dan kedua tarikh sebenar pun tiada. Tapi ini bukanlah perkara yang saya nak tekankan disini.
Dalam hal seperti ini kita perlu rasional. Negara kita merupakan sebuah negara yg sedang mengadakan transformasi kepada sebuah negara Islam sebenarnya meliputi semua lapangan termasuklah sektor kewangan. Saya percaya KWSP dan Kerajaan secara perlahan2 akan mengubah sistem ini tetapi ia tidak boleh dilakukan sekelip mata. Ia seperti cadangan untuk mengadakan Hukum Hudud di Malaysia.
KWSP ini sejarahnya lama sejak Malaysia Merdeka lagi. Jadi bagaimana hukumnya dengan duit2 atuk dan nenek kita dahulu. Secara teorinya sekiranya pelaburan KWSP adalah haram dan kita pindahkan kepada instrument yang islamik, saya merasakan masih lagi haram kerana yang accumulate itu masih berasaskan wang haram.
Apa yang penting sebagai umat Islam kini dan Kerajaan ialah kita berazam untuk mengislamisasikan sistem muamalat kita di Malaysia dan jangan lupa bayar zakat kerana zakat dapat mengurangkan/ menjernihkan sumber harta kita yang syak.
Allah mengetahui niat dan tindakan yang kita lakukan.