Assalamualaikum
Hari ini, 18 Oktober 2011 usiaku genap 34 tahun. Syukur kerana Allah masih bagi aku peluang untuk hidup di dunia ini untuk menjadi seorang hamba kepada Nya. Aku dilahirkan pada tahun 1977, pada jam 6.30am, anak ke 7 kepada pasangan Mat Noor bin Haji Taib dan Khadijah bt Che Hassan. Bila mendengar kisah kelahiranku daripada ibu tercinta, yang kami sekeluarga panggil Mi, amat terharu dan sedih. Begitu berat pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya ini.

Sebaik selepas melahirkan aku ke dunia, Mi di bawa ke hospital kerana ‘lekat sok’ atau pun lebih dikenali sebagai Uri lambat keluar. Mi di masukkan ke hospital Kota Bharu, dan kebetulan pada masa itu Kelantan diisytiharkan darurat, jadi Mi tak boleh pulang walaupun telah discaj. Selama 2 minggu aku dijaga oleh Mak Sedara dan kakak-kakak di rumah di Kg Pasir Senor.
Itulah kisah awal kelahiranku…kini 34 tahun telah berlalu, aku telah mencapai apa yang diinginkan. First, aku ingin belajar dalam bidang Undang-Undang UIA,seterusnya memperolehi Ijazah Lanjutan, kemudian, ingin menjadi Manager di usia 30 tahun, seterusnya, Senior Manager sebelum usia 35 tahun.

Namun begitu, anugerah Allah yang tidak terhingga adalah aku dikurniakan seorang Isteri, Siti Haslina bt Abdullah yang amat bernilai, ibu kepada 4 orang anak lelaki kami. Tiada kata dapat ku ungkapkan, hanya kesyukuran dapat ku panjatkan betapa pengorbanan dan ‘understanding’ dalam apa jua perkara yang ku lakukan seterusnya mendapat support 100% daripada isteri ku. Kami bukanlah pasangan yang romantic, tapi itu bukanlah kunci kepada kebahagiaan dalam rumahtangga. Bagi aku, memahami kehendak pasangan, menyokong sepenuhnya, dan member moral support adalah tiga perkara penting untuk mengelakkan pertikaman lidah antara kami berdua sepanjang 8 tahun tinggal di bawah satu bumbung.

Berbalik kepada karier impian, aku telah capai apa yang aku impikan…pada awalnya, target aku untuk menjadi seorang HR Director di usia 40. Namun begitu,setelah memasuki bidang korporat, bermula dengan Utusan, RHB, Dutch Lady dan Scope International, aku mula terfikir, adakah aku ingin meneruskan karier yang sibuk dan stress sepanjang usia sebelum pencen? Alhamdulillah, Allah telah menggerakkan aku untuk belajar tentang bisness pada tahun 2007. Kegagalan bisnes MLM menjadikan aku lebih gigih untuk belajar Internet Marketing.
Here I am today..aku telah bagi surat resignation pada 4 Oktober 2011, dan telah tekad untuk menjadi usahawan dan membina perniagaan sendiri secara sepenuh masa selepas Hari Raya Aidil Adha 2011, iaitu pada 7 November 2011. Aku akan menggiatkan lagi usaha untuk menjenamakan diri dalam www.ahmadhumaizi.com sebagai seorang Islamic Unit Trust and Takaful Consultant. InsyaAllah, melalui internet marketing, peluang untuk menjadikannya lebih viral sekaligus boleh meramaikan lagi bakal prospek yang aku temui.
Panjang berjela la pulak posting aku hari ini…ok..my birthday wish yang ke 34 ni…semoga Allah memberikan kerahmatan dan keberkatan dalam hidup aku dan keluarga…dan yang pentingnya, aku sentiasa berdoa agar Allah memberikan aku Taufik dan Hidayah sekaligus menjadikan aku pemimpin yang diredhainya untuk keluarga kami. Besarlah harapan aku agar suatu hari nanti, aku boleh berbakti kepada umat Islam yang lain especially yang memerlukan semangat, motivasi, kesedaran serta bantuan kewangan. InsyaAllah. Itulah matlamat aku yang seterusnya..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku…Amin Ya Rabbal Alamin..
Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa maju jaya dalam segala bidang yang diceburi!!!
tahniah di atas satu keputusan yang berani. kawan2 sentiasa menyokong. pelaburan kwsp adalah sesuatu yang saya belum pernah buat.