Ada satu pertanyaan, kalau hilang pekerjaan, insurans tak boleh cover ke? Soalannya macam nii:
“Yang hilang pendapatan disebabkan oleh Covid ni (maksudnya dari segi ekonomi, bukan yang positif Covid), boleh ke guna “income replacement protection” yang ada dalam polisi Takaful atau insurans konventional?”
Jawapan dari saya untuk tatapan ramai semoga memberi manfaat:
Insurans atau takaful tak melindungi semua RISIKO. Risiko Hilang pekerjaan, tapi badan masih kuat dan sihat, tidak termasuk dalam skop perlindungan yang ditawarkan oleh Insurans/ Takaful, kecuali ada klaus terbaru oleh SOCSO – Skim Kehilangan Pekerjaan akibat dari rentrenchment.
Secara umumnya risiko yg dilindungi adalah kematian, cacat kekal, sakit kritikal, juga sakit yang perlu admit wad, rawatan kemalangan – ini adalah standard asas pemahaman yg kita patut ada tentang risiko insurans/ takaful.
Kalau masih sihat segar bugar, nak duit pampasan sebab hilang pekerjaan, saya sendiri pun seronok sangat nak buat tuntutan, hilang pekerjaan dan hilang pendapatan, sebab saya malas dan nak tidur je kat rumah. Jadi tak logik la risiko sebegini nak dlindungi oleh syarikat insurans atau sesama peserta takaful.
Semoga jawapan in mendapat manfaat dan memberi pemahaman yang jelas tentang konsep perlidungan. Kita mungkin rasa rugi tak claim hari ni sebab kita sihat, tapi dalam takaful, setiap RM yang kita sumbang, kita sebenarnya membayar tuntutan takaful orang-orang yang memerlukan.
Secara kita tak sedari, hari-hari kita membantu orang yang dalam kesusahan, dan syukur Allah rezekikan kita badan sihat dan kuat untuk masih lagi bergerak aktif untuk menjana ekonomi buat keluarga.
Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat untuk kita semua dari segi pemahaman konsep penggantian pendapatan dalam takaful.