Salam
Aduh…begitu sibuk sekali sejak seminggu dua ini..Hari ini, 6 September 2009 aku baru selesai menduduki final exam Industrial Relations, dan semalam Strategic HR Management. Alhamdulillah, 3 papers telah sit for final exam termasuk HR Management pada minggu lepas, tinggal lagi one more paper to go, IT For Manager, pada minggu hadapan 13 September 2009. Selepas tu, baru aku boleh fikir tentang hari raya. Hahaha…ibadat pun sama..kena concentrate betul-betul ni..malam ni dah masuk ke malam 17 Ramadhan.
Ok, sebenarnya sejak hari Khamis lepas aku ingin update blog tentang aktiviti aku pada hari tersebut. Pagi tu setengah hari aku dan siti berada di IJN bawa Jauzil untuk follow up dengan Doktor. Kiranya dah cukup setahun Jauzil menjalani pembedahan Jantung Berlubang di IJN. Doktor yang kami jumpa pada hari itu seorang Doktor bangsa Arab, nasib baik la aku ni tahu sedikit berbahasa Arab…eh…dok eh.. berbahasa Inggeris..so boleh la kami berkomunikasi dengan doktor tentang Jauzil.

Semasa Doktor Arab tu scan dada jauzil, dia begitu takjub dengan pembedahan yang dijalankan oleh Dato Doktor Azhari IJN. Katanya, MasyaAllah, “it’s like a normal and perfect heart”..agaknya dia baca sejarah sebelum pemedahan, mengikut kata Doktor Mazeni, pembedahan amat berisiko dan keadaan jantung Jauzil amat complicated, dan kemungkinan tak semua lubang akan berjaya ditutup. Tetapi, Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, jantung jauzil kembali tertutup sepenuhnya selepas pembedahan tersebut.
Memandangkan hari tersebut aku cuti satu hari, aku mengambil kesempatan untuk cukur kepala Jauni. Perancangan nak cukur dah lama, sejak dari umur tujuh hari selepas Ayah Siti cukur jambul, setiap hari aku ingat nak cukur semua rambut, tapi tak kesampaian, sehinggalah usia Jauni dah masuk 52 hari.
Memang mengikut sunnah mencukur kepala bayi ialah pada hari ketujuh kelahirannya, bersama-sama dengan aqiqah. Sebagaimana tersebut dalam hadis Samurah r.a.
Maksudnya: Setiap kanak-kanak tergadai dengan aqiqahnya, disembelih pada hari ketujuhnya, dicukur, dan diberikan nama.
Direkod oleh Abu Daud (no: 2840), Tirmizi (no: 1522), Nasai (no: 4220), Ibn Majah (no: 3165).
Tidak ada kaitan antara waktu mencukur dengan luruh pusat bayi. Cuma, kebiasaannya pusat bayi luruh selepas seminggu. Mencukur kepala sunat dilakukan pada hari ketujuh, tanpa melihat samada pusat telah luruh atau tidak.
Aku cuba cari dalam internet pasal cukur kepala bayi ni dan terjumpa bahan di dalam blog http://ayuwanita.blogspot.com (thanks to the writer). Menurut beliau,
- Bayi yang baru lahir perlu dicukur habis kepalanya..bukan hanya menggunting hujung rambut sikit2 sahaja
- Penerangan dari seorang ustazah dari Jabatan Agama pula, apabila seorang bayi baru lahir, dia diikut oleh seekor syaitan (penulis tidak ingat nama syaitan itu). Syaitan itu akan duduk di ubun-ubun (kepala) bayi dan setiap hari akan menghasut bayi itu agar tidak taat kepada ibu bapa dan Allah SWT dan pelbagai perkara yang tidak baik lagi (tujuan syaitan berada di muka bumi adalah untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga hari kiamat)
- Jadi, kita perlu mencukur habis rambut bayi kita supaya syaitan tersebut pergi. Semasa mencukur disertakan dengan membaca beberapa surah seperti : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Qadr dan Surah Al-Insyirah
- Bayi akan menangis dan cuba melarikan kepalanya dari dicukur. Ini juga dikatakan kerana si syaitan dikatakan tidak mahu berganjak dari kepala bayi. Oleh kerana itu disuruh membaca surah2 tersebut untuk membantu menenangkan bayi.
- Kebaikan mencukur keseluruhan rambut di kepala bayi-rambut baru yang akan tumbuh nanti akan lebih cantik dan kuat berbanding rambut yang telah ada semasa lahir.
ok, walau apa pun petua, aku yakin dengan botakkan kepala bayi boleh bersihkan kepala dari rambut yang tumbuh sejak dari perut, serta bersihkan saki baki lemak dari perut yang melekat di kepala baby. True enough, kepala Jauni penuh dengan kerak-kerak, dan dengan begitu ‘geram’ sekali aku bersihkan kerak-kerak tersebut dengan kapas yang dibasahkan dengan minyak baby johnson.
ok, setakat ini saja coretan kali ini, dah nak masuk buka puasa ni. Malam ni kena mula study IT untuk persediaan exam this coming sunday.
wassalam.