Berakhir Trimester Pertama 2009/2010

InsyaAllah, esok akan berakhir Trimester Pertama UUM KL Campus untuk sessi 2009/2010. Esok aku akan menghadapi final Exam subjek IT For Manager. Hari ini aku banyak habiskan masa untuk siapkan Group Projek untuk compile semua assignment individual dan Term Paper dalam satu CD.

Untuk melihat hasil kerja kami, aku ada khaskan dalam satu laman web yang istimewa, iaitu www.stim5013.walafiat.com . Semoga dengan adanya CD yang menarik dan laman web ini, Prof berbaik hati untuk anugerahkan aku dan Group Members Gred A dalam subjek ini. Semoga cita-cita untuk dapat semua A dalam 4 subjek trimester ini tercapai, sekaligus memudahkan aku untuk memohon menjadi lecturer serta sambung PHD tahun depan. InsyaAllah.

Bekerja di samping belajar sebenarnya banyak cabaran dan dugaan. Hanya Allah yang mengetahuinya, tetapi aku amat bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang penyabar dan begitu memahami. Tidak lupa juga dengan bibik kami yang nampaknya makin concern untuk menjaga ketiga-tiga anak kami bersama-sama dengan isteri tercinta, Siti Haslina.

Kali ini aku bukan saja nak berkongsi link Group Assignment yang telah ada ‘tribute’ tersendiri di dalam laman web tertera di atas, tetapi juga gambar yang dirakam pada 31 Ogos 2009, semasa kami menghadiri kelas ganti untuk subjek IT For Manager. Rupanya pada hari tersebut UUM KL pun cuti sama, guard hanya datang dalam pukul 9.45am setelah CJ menghubungi Hamidah maklumkan kami ada kelas pada hari tersebut.

Sambil menunggu guard datang untuk buka pintu, kami ambil kesempatan untuk merakam foto. Dalam foto pertama ini gambar aku tak ada, sebab kalau aku ada..maknanya itu adalah hantu…hahah..sebab aku yang ambil gambar.

Students IT For Manager Trimester 1 09/10
Students IT For Manager Trimester 1 09/10

ok, kali ini CJ shoot photo kami untuk bagi aku chance masuk dalam foto. Tapi masa ni Prof dah tak ada dalam gambar. Kalau hari biasa agak susah nak ambil gambar beramai depan UUM, KL ini, maklumlah kawasan yang sibuk, sentiasa ada orang lalu-lalang. Kiranya rezeki kami la hari tu dapat posing dengan begitu menarik sekali di sini.

Macho Men Kontrol Hensem Depan UUM KL
Macho Guys and Gals Kontrol Hensem Depan UUM KL

Di kesempatan ini,aku ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Prof Azizi kerana memberikan ilmu yang amat berguna dalam subjek IT For Manager untuk aku serta rakan sekelas lain pada semester ini. Banyak ilmu IT yang sebelum ini aku hanya mengetahui ‘term’ sahaja, tetapi selepas kelas ini, gambaran lebih jelas mengenai IT yang dikhususkan untuk manager’s knowledge, bak kata Prof Azizi, ibarat kita menaiki helikopter, kita tak perlu tengok detail apa yang ada dalam rumah, tapi sudah cukup untuk melihat gambaran dari luar sahaja. So, itulah konsep yang aku sentiasa amatkan dalam pelajari subjek STIM 5013 pada semester ini.

Ok, setakat ini dulu coretan aku buat kali ini, nak sambung study untuk prepare for final examination IT For Manager esok. Semoga Allah memberikan aku ketenangan dan juga Idea yang Kreatif dalam menjawab soalan-soalan esok. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

2 Comments

  1. banyaknya idea ko..aku tak larat nak menulis lah

  2. Cars and houses are expensive and not everyone is able to buy it. However, business loans was created to help people in such kind of situations.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *