Sejak saya jadi agent takaful dari tahun 2012, saya dapati ramai yang keliru tentang HIBAH Takaful. Dalam posting ini saya nak ceritakan tentang Hibah Takaful saja, tidak membandingkan antara Hibah Hartanah dan juga Hibah Amanah yang terdapat dalam instrumen pewarisan ASB dan Tabung Haji. Nak cerita panjang bimbang korang confuse lak kan.

Okay, apa itu Hibah Takaful?

✔ Hibah Takaful bukan produk takaful.
✔ Hibah Takaful bukan Medical Card.
✔ Hibah Takaful tak bagi pampasan kalau sakit kritikal atau masuk wad.

Apa itu Hibah? Hibah adalah Hadiah. Kita suka terima hadiah, siapa yang tak suka barang free kan?

Manfaat Hibah Takaful hanya akan terjadi apabila berlakunya kematian peserta takaful. Manfaat ini tidak tertakluk kepada pembahagiaan mengikut Faraid.
Jadi suami boleh memberikan Hibah Takaful ini 100% atas nama Isteri

Hibah takaful adalah manfaat takaful, apabila berlakunya kematian PERSON COVERED atau orang yang menyertai takaful.

Hibah Takaful adalah Hibah Bersyarat, syaratnya perlu ada Kematian Peserta Takaful, baru Hibah (Hadiah) takaful itu berlaku.

Kepada siapa kita boleh berikan hibah? Kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira tali persaudaraan. Setakat hari ini, hanya Great Eastern Takaful membenarkan peserta takaful membuat hibah kepada badan kebajikan, organisasi dan institusi agama, termasuk pusat tahfiz dan rumah anak yatim secara terus dengan meletakkan nama badan-badan ini di dalam borang penama, mengikut percentage yang dikehendaki oleh peserta.

Pengamatan saya dari pertanyaan ke inbox, ramai yang masih tak berapa faham tentang konsep hibah takaful, dan menganggap hibah takaful adalah produk takaful, walhal ianya adalah Manfaat dari produk takaful.

Selain dari membuat Hibah, peserta takaful juga boleh membahagikan pampasan takaful mengikut faraid, di mana mengutamakan hutang berbanding pembahagian kepada waris. Peserta juga boleh wakafkan pampasan takaful kepada institusi wakaf.

Anda ingin dapatkan info tentang Hibah Takaful Great Eastern Takaful? Boleh klik link ini ==>> https://hibahtakaful.wasap.my

Ahmad Humaizi
019-3726080

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *