Selamat Tinggal RHB dan Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam,

Masa begitu pantas berlalu. Resignation notice selama sebulan akan berakhir hujung bulan ini, dan hari ini adalah last working day aku di RHB, memandangkan aku masih ada  leave balance dua hari lagi untuk utilise.

Sebenarnya, bukan mudah untuk membuat keputusan untuk berhijrah untuk bekerja dengan majikan baru. Nak kata gembira tu memang tak ada, sebab tak dapat nak digambarkan lagi bagaimana keadaan persekitaran kerja di tempat baru. Apatah lagi untuk meninggalkan tempat kerja yang sedia ada yang aku telah rasa ‘amat’ comfortable dengan rakan-rakan sekeliling. Namun, demi mengejar cita-cita aku yang menggunung tinggi, I have to take risks and grab the new challenge in a new environment!

Walaupun aku baru di RHB last year on 3rd September 2008, but in term of friendship, seriously aku rasakan macam dah lama mengenali kawan-kawan HR di RHB. Kehidupan seharian dari pukul 8.45am-5.45pm di HR Division, Bangi memang tidak menjemukan dengan  bebanan kerja seharian. Terima kasih kawan-kawan, juga pada bosses, Azlin Ashaari, Azlan dan former Head HR, Puan Nik Hasniza.  Pastinya banyak kenangan manis yang tidak akan dilupakan sepanjang berada di RHB, especially semasa kami semua menghadiri HR Away Day di Kuantan, Pahang bulan Februari lalu.

Di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan ucapan Hari Raya Aidil Adha bagi semua rakan-rakan. Memandangkan sekarang in musim hujan di pantai timur serta Utara semenanjung, bagi rakan-rakan yang drive balik kampung, ‘drive carefully’, ingat orang yang tersayang. Semoga aku dan famili juga selamat sampai di kampung petang esok. Raya haji tahun ni pastinya akan menggamit kenangan kami semua pada ayah tercinta yang telah meninggalkan kami pada 27 Julai baru-baru ini. Ingat lagi kenangan tahun lepas di mana arwah ayah mengambil gambar dengan anak-anak dan cucu-cucu  di hari raya…rupanya itu adalah Hari Raya AidilAdha terakhir untuk Ayah raikan bersama-sama kami!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *