Tahun Baru Cina 2011 di Kelantan

Salam,

Mulanya aku tak berniat nak balik kelantan semasa Cuti Tahun Baru Cina 2011. Namun bila fikir-balik aku rasa rugi tak ambil kesempatan untuk balik kelantan untuk jumpa Mi serta adik beradik kerana cuti tahun ini jatuh pada hari Khamis dan Jumaat. Jadi aku hanya perlu ambil cuti sehari saja, iaitu hari Rabu, 2 Feb untuk mengelakkan kesesakan jalan semasa perjalanan balik ke kelantan.

On the way to kelantan, aku memilih untuk ikut jalan Bentong-Gua Musang-Krai-Machang. Sebenarnya dah lama kami tak balik ikut jalan Gua Musang, since accident pada bulan Julai 2009 serta kami balik musim perayaan, takut jalan sesak kalau ikut Gua Musang, so kami pilih jalan Kuala Kangsar-Grik. Pada hari Rabu, kami bertolak dari kl seawal jam 3.50am, dan perjalanan agak selesa pada pagi tersebut walaupun aku rasa amat mengantuk. Kami berhenti di Stesen minyak Petronas sebelum Bentong, kerana aku rasa perlu minum Red Bull bagi meningkatkan stamina untuk drive pada pagi tersebut.

Kami berhenti solat Subuh di masjid tepi jalan berhampiran dengan simpang masuk ke Kuala Lipis. Stop at 6.15am, dan selesai solat lebih kurang 7.00am, sebab aku kena bergilir dengan bibik untuk solat. Then selepas tu aku terus drive tanpa berhenti dan sampai di Machang pada pukul 10.15 am. Aku dapati jalan dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai memang teruk, jika dibandingkan dengan jalan melalui Grik-Jeli.

Empat hari berada di Kelantan memang agak singkat. Ke sana ke mari, dan hari ini, Sabtu, kami bertolak ke KL seawal jam 8.30am. Aku memilih untuk melalui jalan Jeli-Grik-Kuala Kangsar kerana dari pagi aku dok perhatikan jalan di depan rumah Mi sibuk dan sentiasa bertali arus. Perjalanan ke Jeli hanya mengambil masa 45 minit, dan kami tiba di Bukit Melintang tepat jam 9.30am. Dari situ bermulalah jalan yang agak  mencabar, berbukit bukau dan berlengkang-lengkok. Trauma eksiden pada tahun 2009 masih lagi menghantui fikiranku, sebab tu aku tak berani untuk drive lebih dari 90km per jam di jalan sebegitu.

Setelah 1 Jam 15 minit mengharungi jalan yang penuh liku, jam 10.45am kami tiba di Kg Bandariang, letaknya lebih kurang 10 km ke Bandar Grik. Tiba di Grik jam 11.00am, kami berhenti untuk tukar pampers Jauni, Hafiy serta buatkan susu untuk anak2. Pukul 11.30 bertolak ke Kuala Kangsar, dan tiba di tol Kuala Kangsar jam 12.50pm. Jarak antara Grik dan Kuala Kangsar adalah 94km, dan jalan di antara dua bandar ini agak selesa, namun banyak kereta yang lenggang-lenggok di tepi jalan, nak overtake di double line takut ada speed trap la pulak.

Aku ingatkan perjalanan kami akan lebih selesa bila masuk PLUS Highway, rupanya kali ini perjalan lebih teruk di lebuhraya yang memakan duit kami sebanyak RM29.60 dari Kuala Kangsar ke Damansara. apa taknya, exit K Kangsar, kereta berderet dan average speed dlm 70-80km per hour, dan sehinggalah dekat Tanjung Malim, baru la boleh speed more than 100km per hour. Adusss..seksanya..sebab setiap R&R jem giler….rasa macam tak sanggup lagi nak balik kampung di musim perayaan.

Alhamdulillah, kami tiba di R&R Sg Buluh Jam 4.00pm untuk aku reload Touch and Go..ingat nak solat Jamak Takdim kat situ, tapi aku rasa better solat di Petronas Berhadapan Phileo Damansara 2. Jam 4.30pm kami tiba di Petronas utk solat jamak takdim. Lega rasanya dapat lunaskan hutang kepada Allah. Kiranya perjalanan kami dari Machang-KL melalui Gerik-Kuala Kangsar  hanya mengambil masa dalam 7 jam 30 minit setelah tolak waktu kami berhenti di R&R serta Masjid Gerik, Perak. Not that bad.

Aku tak pasti bagaimana dgn trafik flow kalau balik ikut Gua Musang-Raub-Bentong..tapi rasanya lebih kurang sama gak..adalah penyesalan sebab tak ikut Gua Musang..ye la..sebab kalau ikut sana..430km dan sampai ke KL…tapi ikut Kuala Kangsar, mileage dalam 540km nak ke Lake Fields, Sg Besi.

Aku pasrah…harapan aku hanya satu…aku tak nak menetap di KL sampai ke penghujung hayat..aku ingin balik tinggal di kampung halaman..mungkin sekarang ni aku perlu serius dalam tetapkan satu matlamat..dalam berapa lama aku ingin terus tinggal di KL lagi?

3 Comments

  • salam…brapa jam u ambik masa nak sampai KL??

    Semalam (5.2.11), sy balik dr KB ke KL melalui k.krai-g.musang-k.lipis-raub-bentong hgga ke KL. Saya bertolak kol 9 pagi dan sampai di KL jam 11.45 malam. 15 jam tu…..perggghh mmg seksa, dgn cuaca panas terik. Jem bermula sebelum masuk ketereh…bumper to bumper sehingga lepas tol gombak. Dekat lipis sahaja jalan clear…

  • Wany,
    kami ambil masa lebih kurang 8 jam 30 minit utk sampai ke lake fields, sungai besi. kami bertolak jam 8.30am dari Machang, perjalanan selesa melalui Jeli-Gerik-Kuala Kangsar, cuma bila masuk PLUS Highway..jalan agak sesak..kami kerap berhenti..maklumlah..anak-anak kecik 3 orang..berhenti buat susu dan tukar diapers.

    kalau sebelum ni perjalanan ikut gerik-kuala kangsar hanya ambil masa 7-8 jam saja..cuma semalam agak lambat.

  • semalam saya bertolak dari jeli 3.00 pm, ikut dabong – gua musang, jln clear.
    gua musang – kuala lipis jln clear.
    9 km dari raub, dah nak start jem, masuk simpang ke temerloh/mempaga susur ke kiri selepas sekolah sains, masuk jln pintas ke mempaga/sertik.
    tembus ke highway karak terus – dah lepas azab jem pekan raub dan bentong.

    tp lepas aje tol bentong, kereta merangkak sampai ke hentian genting sepah. Byk kereta yg tersadai tepi jalan dan pemandu yg terlebih berhemah potong line (terlebih minum redbull). Rupanya bottleneck hanya kat hentian genting sepah, mengharukan jiwa dan raga.

    sampai cheras 2.00 am. Tolak berenti solat dan makan, lebih kurang 10 jam la.

    sekian laporan dari pemandu yg antara paling berhemah semalam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *