Salam,
Apabila aku ditawarkan utk bekerja di RHB Bank Bhd as Senior Manager-Industrial Relations, niatku untuk stay di RHB agak lama, sebab ianya berhampiran dengan rumah kami di LakeFields, Sg Besi, hanya 13 km, dan perjalanan ke sana juga menentang arus trafik yang jem. Aku agak selesa di RHB, dengan kawan-kawan dan boss yang teramat ok. Namun, usia perkhidmatan aku di RHB Bank tak lama, join pada 1 Ogos 2008 dan meninggalkan RHB pada 30 November 2009.
Destinasi aku seterusnya pada 1 Disember 2009 adalah sebuah MNC, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI). Enam bulan pertama aku di DLMI begitu ‘tension dan pressure’ kerana bulan2 tersebut adalah tempoh percubaan serta aku perlu habiskan pengajian Master HR Management di UUM. aduss…hanya Allah yang mengetahui betapa tensionnya aku sepanjang 6 bulan tersebut. Mungkin kawan-kawanku tak menyedari perasaan sebenarku, sebab sebaik mungkin aku cuba ceriakan diri ini dengan sentiasa gelak ketawa di ofis.
Hari-hari berlalu di DLMI begitu pantas, aku dapat rasakan serasinya kerja aku dengan Biz Partners, iaitu Operation Divisions. Aku amat bertuah kerana mereka semua bekerjasama dengan bagus dalam menjalankan tugas seharian. Begitu juga dengan HR Departmet, teman-teman seperjuangan seperti Maiza dan Emily yang sentiasa mendengar masalah2 kerja ku dengan penuh tekun. Aku juga pasti tak dapat lupakan constructive feedback yang diberikan oleh kawan-kawan dan boss ku jua. Dengan feedback yang diberikan,aku sentiasa cuba untuk membuat perubahan bagi membawa satu pembaharuan utk HR Operations.

Sepanjang di DLMI, banyak program menarik yang aku sertai dan aku rasakan program sebegini amat bagus utk merapatkan lagi perhubungan antara employees, antaranya Annual Dinner for all staff, Leadership Top 200 for all non-unionized staff, dan paling aku tak dapat lupakan adalah pengalaman memanjat Gunung Datuk pada bulan April 2010. Di waktu memanjat gunung, kepala ku sebenarnya serabut memikirkan tentang thesis yang belum siap2 lagi…namun demi kerjaya yang tercinta, aku gagahkan diri untuk menempuhi pengalaman pertama mendaki gunung yang pasti aku tak akan lupa saat2 tersebut.
Setelah 15 bulan di DLMI, aku tidak pernah menyangka untuk tinggalkan suasana yang amat happening, untuk berhijrah lagi. Setelah membuat solat istikharah memohon petunjuk dari Ilahi, aku membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat baru pada pertengahan April nanti. InsyaAllah. Aku yakin apa yang Allah rancang untuk ku adalah yang terbaik, dan aku sentiasa doa semoga Allah menjauhkan aku dari malapetaka ciptaan manusia yang tidak dapat dikawal oleh aku sendiri.
Selamat tinggal kawan-kawan baik ku di DLMI….jauh di sudut hatiku…sebak untuk aku tinggalkan kalian semua…
Humaizi, Sabtu, 19 Mac 2011, Jam 9.51 a.m.