Tamat Pengajian Master HRM di UUM

Salam

Alhamdulillah, seperti yang aku cita-cita dan impikan, aku ingin mengambil Master HR Management di UUM City Campus KL hanya dalam masa 3 semester, telah tercapai. Imbas kembali tahun lepas, pendaftaran pelajar baru di UUM pada 30 Mei 00 dan kelas pertama bermula pada 6 Jun 2009, aku begitu bersemangat untuk belajar dalam bidang HR Management.

Kenapa aku ambil HR management dan bukan MBA? Kerana aku mempunyai background dalam bidang LLB, jadi aku rasakan amat perlu untuk aku mempunyai qualification dalam HR Management bagi membolehkan aku terus berkilau di dalam kerjaya as HR Personnel. Bermula dari seorang Consultant di MEF dari tahun 2001-2007, aku hanya specialise di dalam Industrial Relations. Apabila berpindah ke Utusan Melayu (M) Berhad pada bulan Mei 2007, jawatan aku juga masih bersangkut paut dengan Industrial Relations. Cuma di Utusan aku diberi pendedahan serba sedikit dalam bidang lain dalam HR. Begitu juga di RHB, jawatan aku specialist in IR.

Apabila berada di RHB, aku mula terfikir, sampai bila aku akan buat IR? takkan sampai ke tua..then kerjaya aku tak akan jauh. Jadi aku rasa perlu ada satu batu loncatan, dan dengan itu aku ambil keputusan untuk sambung Master HR Management di UUM KL. Mulanya aku tak pernah sasarkan target untuk habiskan master dalam masa setahun, tetapi apabila aku menghadiri sessi penerangan pelajar baru, aku dimaklumkan untuk MHRM kami boleh habiskan dalam masa setahun, dengan mengambil maksima credit hours setiap semester!!! Aku bersemangat!!!

Semester pertama dan kedua aku ambil empat subjek setiap semester, dan semester tiga aku ambil dua subjek dengan project paper. Penat, tapi berbaloii…aku telah berjaya siapkan project paper dan juga berjaya habiskan dua lagi paper semester ini. Alhamdulillah….

Untuk semester pertama, aku ambil subjek HR Management (Puan Jasmani), Strategic HR Management (Hj Mahyuddin), Industrial Relations (Dr Abd Rahman) dan IT For Manager (Assoc Prof Dr Azizi). Semester ke dua, 4 subjek yang aku ambil adalah Research and Method (Dr Chandra), Managing Change and Communication (En Abdullah Omar), Legal & Ethical in HR (Puan Aida) serta HR Development (En Ghazali). Finally, semester akhir, dua subjek yang aku ambil iaitu Organizational Behaviour (Puan Jasmani) dan Managing Occupation Safety and Health (Dr Fazly).  Aku sekarang ni menunggu thesis examination, hopefully, aku boleh hantar thesis dengan hard cover ke UUM Sintok sebelum atau pada 16 Mei 2010. Dengan hantarnya thesis, InsyaAllah, tamatlah pengajian Master HR Management aku di UUM.

7 Comments

  • encik,
    saya pelajar tahun akhir ijazah hrm uum.
    bila saya baca cerita encik boleh habiskan master dalam masa setahun, saya sangat berminat untuk sambung master. tapi masalah saya ialah keputusan saya tidak begitu memberangsangkan.
    boleh saya tahu apa kelayakan untuk sambung master dengan uum city campus kl?
    macam mana juga cara untuk habiskan master dalam masa setahun? encik buat sepenuh masa atau separuh masa?
    terima kasih encik.

  • Ika, tak silap saya students degree yang tak ada pengalaman perlu mendapat CGPA 2.75 utk sambung master. utk habiskan dalam masa setahun, saya ambil 4 subjek utk dua semester pertama, dan semester akhir dua subjek + dissertation. agak tough jugak la. memandangkan kelas hanya di hujung minggu, saya bekerja during weekdays.

  • terima kasih encik. saya sekarang sedang praktikal. insya-allah sebaik tamat dan dapat pekerjaan, saya nak terus sambung master. saya memang fikir mahu ambil kelas pada hari minggu saja.
    terima kasih atas maklumat.

  • total fee di uum kl berapa. berminat juga nak smbung di sana.

  • Nor, total fee dalam RM11,500. amat berbaloi.

  • sy keje data entry kt volvo tp keje more yo admin assist n btcreport utk marktg n sales.graduated uitm bba transportation.tatau la layak ke x nk apply hrm ni…pointer lepas la 2.75 tu.tp xde pnglmn….ade x kwn22 incik yg xde pgnlm mcm sy ni

  • sy akn smbung master hrm…blh saudara kongsi penglaman dan info2 yg berkaitan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *