Pencarian Rumah Idaman Berakhir

Rumah Idaman

Setelah beberapa bulan mencari rumah idaman yang menepati citarasa, akhirnya kami telah membuat keputusan untuk mendapatkan rumah Semi D di Saujana Impian Kajang.  Kedengaran lokasinya seperti jauh, namun kedudukan rumah ini berhampiran dengan LebuhRaya Cheras- Kajang, iaitu di susur keluar Saujana Impian, dan berhadapan dengan TESCO Kajang, menjadikan ianya satu tarikan untuk dibuat pilihan.

Keluasan binaan rumah ini adalah 2808 kaki persegi, dan mempunyai 4+1 bilik tidur serta 5 bilik air menjadikan ianya adalah rumah terbesar yang pernah kami kunjungi dengan harga yang amat kompetitif!!!

Plan dalaman rumah :

Mulanya saya agak ragu-ragu dengan pemaju, iaitu Bandar Subang Sdn Bhd, anak syarikat kepada Farlim Group Sdn Bhd, tetapi apabila melihat projek perumahan mereka di Saujana Impian yang dilancarkan pada bulan Julai 2008 yang positif, saya yakin projek mereka tidak akan terbengkalai. Melihatkan juga persekitaran kejiranan, kawasan perumahan yang dikelilingi oleh TESCO, GIANT serta sekolah-sekolah rendah, menengah serta SMA Kajang, Kuala Lumpur, InsyaAllah, projek ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Sekarang ini saya sedang ‘survey’ untuk mencari loan yang terbaik dan kompetitif dari Bank-bank.  Rasanya pilihan saya tetap dengan perbankan Islam bagi menjamin kesucian harta yang akan menjadi milik kita suatu hari nanti!

 

222 Comments

  • Dalam proses permohonan pembiayaan

  • Salam.

    Boleh saya tau name property tersebut? dan berapa harga property tu? Terima kasih.

  • bro… berapa monthly payment for the loan???

  • awie, fasa Semi D dinamakan Sapphire oleh developer. Harga Lot yang saya beli RM642,910. Harga paling min RM631,000.

  • naim, saya ambil financing CIMB Islamic Flexi, 90% financing. monthly RM2730.

  • Mr . Humaizi, i’m richard ur property advisor here. thanks for ur compliment on our project here. Just an info for u that we still have three more units left for Sapphire and we are now started receiving bookings for the new phase and also is the last phase of superlinks in our saujana impian project that is called “RUBY” with 30’x55′ with full extended kitchen with built up area of 2229 sf that cost only RM 341,892 bumiprice for the earlybird. Same package with Sapphire that is free spa & mot together with rm 1,000 deposit can apply for full loan * (only for bumi). Please introduce more of ur friends to consider on our projects here. Richard Pang 019-388 7919.

  • Richard, thanks for the info on the latest project. has the project being launched? it’s an attractive package, especially in a freehold area.

    I wish I could purchase one unit of Ruby for an investment if my loan eligibility is still ok.

  • Salam,
    I also bought semi D kat Saujana Impian. The earlier sapphire yg kat atas bukit from your future house. Atap kaler orange tu.

    My family has been living at this area (kat Sg Kantan) for like 15 years and mmg fab la area nie.

    I’m working in KL and on a good day (like mcm cuti skolah) around 40 mins je driving ke KL tu. On a bad day tak yah citer la, mana2 pon sama je. If you dont mind sharing, we are you working eh?

  • Naddie, saya kerja di petaling jaya, sekarang ni tinggal di lake fields, sungai besi, tak jauh sangat nak ke PJ, tak taulah mcmana bila pindah ke Saujan Impian nanti. rumah awak dah dapat kunci ke?

  • as of today, tak dapat lagi 🙂 tetibe je tervisit your blog lagi. hehe~

  • Naddie, agak2 bila awak akan dapat kunci rumah tu? nampak mcm dah siap.

  • Wahh! Bakal jiran-jiran ni.. Tapi pilihan Projek RUBY..yang sedang dalam proses pembinaan. Kalo ada ‘kaki badminton’ dan kaki pancing tentu seronok.. 🙂

  • Camar..terima kasih kerana berkunjung blog saya. boleh la nanti kita jumpa bila masing-masing dah pindah ke saujana impian.

  • wow!
    ramai nya jiran
    btw saya hanya bakal penghuni rumah pearl je
    xmampu nak beli semi d’s
    hehe..

    bile la nak dapat kunci ni..xsabar nak masok rumah..

    Naddie or ssape yang tau..apa dorg tgh construct depan rumah amethyst tu?
    rumah baru or kedai?

  • bibiq, last weekend saya pergi new sales office dia orang guna one of the semi D yang dah siap…saya tanya salesgirl tu berkenaan dengan construction..itu bukan project farlim (bdr subang), tapi project developer lain untuk buat rumah kedai. opposite project rumah kedai tu, ada satu tanah lapang yang farlim akan bina taman permainan kanak-kanak serta surau.

    for info, new semi D yang dinamakan Topaz dibuka utk pendaftaran,harga min RM750k..tapi dah habis dijual..yang tinggal harga RM852 ke atas.nasib baik saya sempat beli last year..hanya RM643k.

    bibiq..S&P awak beli rumah tu bila ya? dah dua tahun ke?

  • halo humaizi..owh akan ada rumah kedai pulak ke situ?..hmm harap2 farlim akan bina surau lah nnt..jgn cakap je…hehe..

    S&P saya belum 2 tahun lg…rasanya genap bulan 11 ni cukup2 2 tahun..harap2 dah boleh masok rumah lepas ni..xsabar nak masok rumah baru ni

  • salam, saya n hubby pun tertanya2 projek ape yg diaorg buat sebelah skolah tu..rumah kedai rupanya..saya pembeli rumah Superlink RUBY. tp saya pelik sgt kenapa kuil yg ada dekat tapak pembinaan RUBY belum lagi dirobohkan sedangkan projek rumah tu sedang dijalankan..agaknya kuil tu akan stay or akan berpindah?tetapi bila agaknye ye…risau jugak sy..if kuil stay kat situ, buka2 pintu je terus nampak kuil tu

  • bibiq, ikut kata salesman,surau mereka belum bina lagi,cuma skrg ni mereka sedang bina playgorund kat situ. saya rasa tak lama lagi awak akan dpt kunci, coz jalan semua dah siap.
    Liza,saya pun risau dengan kuil tu, sebab bila saya melawat tapak projek,dari dari dapur rumah kami,memang nampak kuil tu.harap Farlim kotakan janji mereka, utk pindahkan kuil tu..kalau tak buat, nanti kita sama-sama buat demonstrasi la dua tahun lagi..ok tak? heheheh

  • Salam,

    Saya juga merupakan pembeli rumah superlink Ruby. Risau juga dengan “kuil” tersebut. Kalau tidak dipindahkan kan, kawasan perumahan kita akan menjadi kurang elok dari byk sudut(dari segi faktor keselesaan, pemandangan, value tanah dll). Sebenarnya tidaklah mudah utk memindahkan kuil tersebut namun diharapkan agar pihak Farlim akan berbuat sesuatu mengenainya dan tidak hanya berjanji sebagai gimik pemasaran. Satu lagi yg menjadi topik perbualan adalah mengenai menara pemancar RTM yg sy rasa sgt berdekatan dengan tapak projek (pemandangan kurang enak). Ada sy dengar munkin dipindahkan tapak pemancar tersebut (mungkin lama lagi). Sekiranya benar, ia sudah tentu akan memberi impak yg baik dari segi nilai tanah kepada kawasan perumahan kita di masa hadapan.

  • Ariel,berkenaan dengan kuil Hindu, tak silap saya ada dua kuil di area Ruby, dan juga ianya boleh nampak dengan jelas dari bakal rumah saya. Jalan masuk ke sapphire adalah bertentangan dengan kuil. kita perlu bersatu dan memaklumkan kepada Farlim (Bandar Subang Sdn Bhd) mengenai kuil ini, sebab janji mereka masa pembelian ingin pindahkan kuil tersebut.

    berkenaan dengan pemancar, saya tak dengar apa-apa cerita, tapi for info, Rumah Semi-D di Glenmarie bersebelahan dengan kabel elektrik, tapi harganya tetap berjuta RM. berkenaan dengan nilai tanah dan rumah, harga rumah-rumah baru di sekitar Saujana Impian memang makin tinggi, eg, Semi D Sapphire 40×75 masa launching dijual harga dalam sekita RM620-RM640k, skrg ini Topaz (new semi-D), harganya dah mencecah RM850k.

  • Salam,

    Ada sesiapa yg telah menghubungi Farlim utk mendapatkan maklumat terkini berkenaan 2 kuil tersebut? Baru2 ini saya perhatikan yg kuil tersebut masih beroperasi di waktu malam. Sy perhatikan lampu masih terang benderang dan masih ada penjaganya. Pelik:-(

  • Ariel, saya tak pasti. rasanya selepas ini penduduk Saphire dan Ruby perlu bersatu dan suarakan kepada farlim isu ini.

  • Satu lagi… kalau tidak silap saya, sekiranya dilihat daripada plan taman kita, salah satu daripada kuil tersebut termasuk sedikit dengan salah sebuah rumah (saya tidak pasti lot yg mana satu)…

  • Salam,

    Saya salah seorang pembeli rumah Superlink Ruby. Saya diberitahu oleh pihak pemaju “Bandar Subang Sdn Bhd” unit yang saya beli terpaksa di berhentikan pembinaannya disebab kan kuil berkenaan. Saya juga diberitahu lebih 20 unit rumah Superlink Ruby terpaksa diberhentikan.

    Hingga kini, tiada kata putus diberikan dari pihak pemaju samaada akan memindahkan kuil bekenaan bagi meneruskan pebinaan rumah tersebut atau memberhentikan terus pembinaan unit tersebut.

    Apabila saya hubungi mereka, alasan yg diberikan ialah mereka masih berbincang dgn pihak kuil dah penduduk setempat. Setiap minggu alasan yg sama diberi.

    Saya bakal dikenakan denda oleh pihak bank jika saya sendiri yg cancel rumah tersebut. Oleh itu saya masih menunggu jawapan dari pihak pemaju supaya saya boleh mencari rumah lain jika pembinaan unit saya diberhentikan oleh mereka.

    Saya berharap kepada mereka yg senasib dengan saya supaya terus mendesak pihak pemaju bagi mendapatkan jawapan memndangkan harga rumah kini terlalu mahal dan melambung naik.

  • salam all,
    saya rasa mmg betul cakap khairul,kawan saya yang beli kat SI ruby pun kena cancel. sume ni sbb kuil tu..developer x dapat nak deliver.
    hmmm..btw..mmg susah nak remove..lagi2 kuil..kalau masjid/surau mesti dah kena remove…:(

    btw..kunci SI Pearl dah boleh collect..

  • khairul, nampaknya kuil tu memang akan terus bertapak kat situ la..alamak..tak bestnya pemandangan rumah…apatah lagi majoriti pembeli kat situ adalah melayu islam.
    bibiq, awak dah dapat kunci ke? bila nak pindah?

  • dah dapat surat dari farlim..dia ckp dah boleh amek kunci n buat inspection,..cek dulu bank dah lepaskan sume loan ke x…pindah akhir taun ni kot…hehe..kena ada duet utk entry cost masok rumoh!..

  • Salam semua, saya baru call developer berkenaan dengan ruby sebab saya salah seorang yang beli rumah dekat situ, according to developer mereka masih lagi buat rundingan dengan owner kuil. sebelum ni dah sign aggreement tapi owner kuil minta lebih lagi nak tanah yang lebih luas untuk ganti tanah dia..walaupun perjanjian awal dah dipersetujui. So another cadangan kepada pembeli 20 unit yang terlibat.. why not arrange kan satu masa then pergi meeting bersama2 ngan developer untuk dptkan kata putus..

  • @ab

    Salam ab,

    Saya telah pun menghubungi pihak pemaju (Bandar Subang) pagi tadi dan mereka mengesahkan telah menerima email dari pihak atasan memberitahu yg mereka tidak akan meneruskan pembinaan di tapak kuil berkenaan. Mereka juga bersetuju utk memulangkan segala bayaran yg telah dibuat oleh pembeli dan membayar denda dari bank.

  • oh ye ke… so u salah seorang dari 20 unit yang terlibat ke? i pun tak nak rumah tu kalau ada kuil dekat area tu…persekitaran tak seronok

  • @ab

    Yup…saya salah seorang yg terlibat… 🙁

  • @khairul
    last weekend saya pergi tengok projek tu…. they all still buat lagi walaupun kata dah stop untuk row 1 dan row 2….

  • Salam semua,

    saya baru reserve 1 semi-d topaz corner lot. harga rm910k utk dimension 53’x75′, ~3050 built-up area, expected siap mid 2011. rasanya mcm agak mahal. kalau utk duduk ok, tp kalau utk investment tak sure, agak2nya lepas siap akan naik ke price dia? saya tak familiar dgn saujana impian. dgr cerita org area ni popular and org cari.

    ada opinion?

    terima kasih 🙂

  • mirsa, saya rasa topaz tak akan siap mid 2011, coz rumah saya, Semi D Sapphire, booking on May 2009, sign S&P bulan julai, expected siap pun dalam Mei 2011. Farlim (Bandar Subang) ni memang nampak buat rumah cepat, tapi nak bagi kunci (dapat CF) tu agak lambat sikit.

    bagus la awak beli semi D utk duduk sendiri, sebab next two years, awak tak akan dapat lagi semi D with that price. sama gak bila saya beli Sapphire last year, harga RM643k, sekarang ni susah nak cari semi D Baru with that price area saujana impian dan juga kajang.

    saya yakin propery kat sini pun appreciate banyak gak, coz tengoklah harga semi D yang first lancar, afterwards, second phase harga launching naik 20%-30%..

  • Hopefuly pihak Farlim akan dapat menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan “pembatalan pembelian” dengan pihak bank secepat mungkin. Selagi tidak selesai, susahlah hendak membuat loan bagi pembelian rumah yg lain (harga rumah semakin naik). Sy risau sekiranya pihak Farlim lepas tangan, kita terpaksa terus berhutang dengan pihak bank (case seperti projek terbengkalai/bermasalah)…

  • Salam,

    Saya baru je lepas tgk rumah tadi kat Pearl. Surat dapat kunci mmg dah dapat cume tunggu pihak bank selesaikan bayaran terakhir ikut schedule dlm S&P. InsyaAllah dlm minggu ni atau minggu depan dapat la kunci nye.

    Cume yang jadik kerisauan sekarang ni, rumah yang saya beli bebetul depan sekolah.. kata haritu nak buat pagar asingkan antara jalan rumah dengan jalan sekolah. Alih2 tukar plan.. diorang nak lapangkan jalan sekolah tu so makan skali dengan jalan rumah 🙁 abis penuh kene kerumun dengan bas sekolah la lepas ni.. huhu

  • susah la macam tu kalau kuil tak dipindahkan.kawan sy cerita dah dua kali polis dikejar dengan parang oleh India2 yg duduk situ sebab mungkin Farlim pun buat aduan Pihak Polis…kalau macam tu, if kuil tu tak alih, rumah saya bukak pintu je nampak terus kuil tu..eee tak sukanya…geram betol!!!

  • zubir, saya pun ada tengok pembinaan jalan baru depan sekolah tu. tak apa, coz bas sekolah mungkin akan stop dekat kawasan lapang sebelum masuk area rumah awak tu.
    Liza, rasanya kita kena buat something..tanah tu milik mereka ke sesenang hati nak buat kuil?

  • Saya masih menunggu pihak pemaju untuk proses pembatalan rumah Ruby tersebut. Last week saya ada survey rumah di Metro Kajang dan ada projek baru di Kajang 2 bersebelahan Taman Bukit Kajang akan launch lepas raya ni. Lokasi agak strategik. Hopefully nama saya akan clear dari hutang rumah Ruby and boleh proceed dgn rumah lain. Tapi sedih jugak xdpt rumah Ruby tu sbb dah habis byk masa and tenaga untuk dapatkan rumah tu. 🙁

  • kenapa rumah 2nd story kat saujan impian tak appreciate harga. Cuma 100k je dalam masa 13 tahun? ada masaalah ke area sini?

  • nadafi,rumah lama kurang appreciate harga, saya pun tak pasti kenapa. tapi so far saya tak jumpa lagi rumah yang dijual dalam RM100k..kebanyakannya RM250k dan ke atas.

    sama juga dengan keadaan di area Cheras, eg. Bandar Tasik Selatan vs Alam Damai, sedangkan BTS lebih dekat dengan KL, tapi harga rumah di alam damai rata2 dalam RM550k, sedangkan di BTS dalam RM380k-RM400k. saya berpandangan reka bentuk rumah, serta usia rumah memainkan peranan penting. sebab orang tak nak beli rumah lama, sedangkan banyak projek baru yang naik, sebab banyak renovation yang perlu dibuat bagi rumah lama.

  • Nadafi, saya tengok dalam mudah.my, rumah yang berharga di bawah RM200k adalah bukaan 18×55. memang agak sempit. permintaan untuk rumah sebegitu memang kurang. sebab harga pasaran berdasarkan market atau apa yang orang inginkan juga.

  • Minta rakan2 yg mengalami masalah yg sama berhubung dengan pembatalan pembelian rumah disebabkan kuil tersebut utk kerap followup dengan pihak Farlim… Selagi tidak selesai loan kita dgn bank, selagi itulah dr segi teorinya kita masih berhutang dengan bank…. dan sukar utk membeli rumah yg lain:-(

  • Saya dah call RHB bank dan mereka mengesahkan pembatalan sudah dibuat oleh pihak pemaju untuk lebih 20 unit Ruby yg terbengkalai tu. Mereka memberitahu yang pihak yg terlibat sudah boleh membeli rumah lain dah kos pembatalan akan ditanggung oleh pihak pemaju… 🙂

  • Rumah double storey saujana impian tidak begitu tinggi appreciation value nya disebabkan byk factor… property ni depending on lacation+demand+buyer emotion+etc. Regarding demand+buyer emotion (kat Malaysia ni), bergantung juga kepada “Chinese Buyer”. Saujana impian ini adalah kawasan perumahan yg majarotinya Malay… jd ia memberi impak yg ketara. Ia berbeza dengan Shah Alam dan BB Bangi, walaupun majaroti penduduknya Melayu, tetapi kuasa beli org melayu begitu tinggi disana…

  • salam semua, saya merupakan salah seorang buyer ruby. mengikut site plan di hadapan rumah saya terdapat sederet rumah ..tetapi disebabkan isu kuil ini …deretan rumah itu tidak jadi dibina…rumah saya menjadi mangsa kerana betul menhadap kawasan kuil…
    apabila menhubungi pemaju ..saya amat kecewa kerana mereka menyalah buyer kerana tidak survey kawasan yang nak dibeli…sedangkan lokasi site itu kelilingnya dihoarding semasa proses pembelian
    ini amat tidak adil apabila mereka seolah2 lepas tangan dengan apa y terpaksa kita tanggung selepas mediami rumah tersebut
    saya telah menghubungi pihak berkenaan, dan diberitahu pihak farlim telah meminta nasihat undang2 tentang perkara ini..dan mereka telah dinasihatkan menyelesaikan masalah kuil ini dahulu tetapi sebaliknya mereka terus mencari buyer…marila bersatu kepada sesiapa senasib dengan saya*( ruby atau semi d berdekatan ) meminta mereka mnyelesaikan masalah ini atau kita bawa perkara ini ketengah…membeli rumah bukanla perkara mudah (abis duit yang banyak, masa dan tenaga) dan pemaju tidak boleh suka2 tukar site plan di janjikan

  • saya xsangka rumah yang ditunggu2 pula begini keadaannya setelah mengeluarkan wang yang disimpan bertahun2
    pemaju y baru saya hubungi berkata mereka tidak akan membayar apa2 pampasan kepada saya dengan alasan tidak telibat…sedangkan rumah saya hanya beberapa langkah dari kawasan kuil setelah deretan rumah itu tidak jadi dibina dan kawasan kuil itu betul2 menhadap rumah yang akan saya didiami
    sepatutnya mereka bertanggung jawab kerana mengikut perjanjian di hadapan rumah saya adalah rumah dan bukan sebaliknya..
    saya amat geram dengan pihak pemaju yang sangat tidak profesional dengan tidak menyelesaikan masalah kuil ini sebelum menjual rumah
    mangsa nya kita yang telah terikat dengan hutang bank dan tidak boleh pulak cancel dan sebagainya

  • sesunguhnya pihak pemaju amat tidak sensitif dengan apa yang akan penghuni bakal hadapi…sepatutntya mereka boleh jangka kemungkinan ada demostrasi, pergaduhan kerana dengan mereka sewenangnya2 menjual rumah yang ada diantaranya lot mereka dalam kawasan kuil kepada org melayu yang akhirnya tidak dapat mereka selesaikan.pemindahan kuil bukanla satu perkara yang mudah dan klu boleh pun ambil masa bertahun2.kita mmg sudah maklum banyak kawasan spt mid valley y tidak dapat dipindahkan.

  • Mungkin ada hikmah disebalik peristiwa unit RUBY saya yg telah dicancelkan oleh pemaju tu.

  • Salam all,

    Baru call BSSB tadi. Projek PEARL gaye nye macam lepas raya Haji baru dapat kunci. Baru ingat nak beraye rumah baru 🙂

    Also called bank. Mmg confirmed pasal issue kuil kat RUBY. Kalau buat kat aduan rakyat ok ke? tapi kisahnye sekarang BSSB dah cancel dah pun.. but at least kuil tu di alihkan

    Harap banyak bsabar.. mcm kata Khairul ade hikmah nye tu.

  • saya pun terfikir pasal aduan rakyat..mayb sblm nih pemaju xnak mendengar..tp da kuar kat media baru nk mendengar masalah pembeli

  • zubir,
    kenapa dapat kunci lepas raya haji?..xboleh nak deliver lg ke?

  • Salam semua…Saya pembeli unit Pearl dan akan dptkan kunci tidak lama lagi…pun tunggu bank loan utk disburse final payment:)…mungkin Zubir boleh bg comment kenapa kunci hanya akan dpt slps Raya Haji…dan seperti yang lain, saya turut bersimpati dgn kwn2 kita yg diundang kemelut unit Ruby yg terpaksa dibatalkan hanya kerana isu kuil tu…harapan saya agar isu ini tidak diperbesarkan kerana ini menyentuh soal agama…jadi jangan bertindak terburu2 dlm menangani isu sensitif ini dan mmg betul mungkin ada hikmah disebalik kemelut ini…My deepest sympathy goes to all of you involved in this fiasco. Stay strong!

  • Salam lagi…terlupa sesuatu…kpd pembeli unit2 Ruby, check out the following website dan semoga dapat menolong anda semua selesaikan kemelut yg dihadapi…Cheers! http://www.hba.org.my/faq/list.htm

  • Salam…. saya juga simpati pd bakal2 jiran yang mengalami kemelut isu pembatalan unit2 Ruby tu.. semoga rakan2 tabah dan ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya.

  • Camar :Wahh! Bakal jiran-jiran ni.. Tapi pilihan Projek RUBY..yang sedang dalam proses pembinaan. Kalo ada ‘kaki badminton’ dan kaki pancing tentu seronok..

    Mesti la ada…. kami (husband & wife) memang ‘kaki badminton’…. jumpa nanti ek… Kita buat Kelab Rekriasi & Riadah…. hi hi

  • Saya pun terlibat juga dengan pembatalan rumah ruby baris yang kedua saya difahamkan oleh agen pemasaran ruby ada 40 unit rumah terlibat baris pertama dan baris kedua..Rumah saya baris kedua (corner lot dekat ngan jalan raya) pun tak dapat disiapkan ngan alasan oleh pemaju jika pemaju buat juga CF tidak akan lulus… so terpaksa batal… Masalah surat pembatalan tak keluar lagi… faedah bank setiap bulan kena bayar… Kejap lagi nak call farlim (Azimah) nak tahu perkembangan selanjutnya…

  • saya punya kes..pg jupe GM bandar subang, drg agree nk cancel secara lisan..sbb rumah saya mnghadap bila 2 deret xjd ..drg mintak no org bank y uruskan loan nak tnya berapa drg kena byr..tp slps 2 mggu bg surat kat saya ckp drg ttp nk teruskann sbb xlnggar pjanjian n xnk btggjwabla kiranya…aii bole pulak…bila tnya marketing officer pemaju…dia ckp akan buat jugak 2 baris tuh..saya tnya bila, pemaju pun xbole bg kata putus….xtau bape thn lagi…10 thn ke xtau la…
    bukan niat nk besarkan benda nih tp nih da mcm kes pemaju menipu pembli pulak..kat pelan tapak xnk tunjuk ada kuil dlm area tuh semua…ikut la pjanjian y tlh ditandatangani…

  • saya dah call azimah… tanya perkembangan selanjutnya so seperti biasa lawyer akan panggil semua pembeli dalam tempoh terdekat untuk sign pembatalan… masalahnya baru dapat statement dari bank untuk bayar interest.. Cakap dekat developer, kenapa tiada surat pemberitahuaan kepada purchaser tentang pembatalan , dia kata developer takkan keluarkan surat…. saya dapat tahu nie pun sebab dok baca dekat blog nie…kalau tak sampai sudah saya tak tahu masalah ruby…

  • GM pemaju ada ckp drg xleh cancel sendiri sbb tuh peraturan kementerian, kena dua2 setuju atr pembeli n pemaju…aii da setahun baru nk bgtau..org da tgu setahun umh nih..klu carik umh lain pun harga da naik…saya pun sbb baca blog n g site baru tau isu kuil n apa y bakal saya hadapi…apa la drg nihh…kasik setle kuil dulula baru jual…jgnla bg pembeli pening kepala..

  • Salam all,

    Sebulan lepas saya ada call Farlim pasal kuil ni…diorng bagi tau process pemindahan mungkin akan mengambil masa bertahun…tapi bila kuil tu dah dipindahkan diorng akan develop balik rumah and open for sale back pada harga pasaran. By that time, knowing harga yg diletakkan Farlim kat area2 situ for sure akan naik mencanak for that limited 20 unit..Pada sesiapa yang mmg aim nak duduk area situ and not in hurry nak duduk kena thing back..you wouldn’t get that last year price bila umah tu dah siap nnti..rasa rugi pulak kalau harga lebih mahal..

    Nampak macam Farlim pon nak ambik keuntungan atas issue kuil ni..diorg tak rugi banyak pon kalau semer cancel since later they will sell back at higher price utk cover rugi concellation to bank.Tanah kuil tu mmg atas tanah Farlim tapi substitute tanah yang di offer utk kuil baru tempatnya jauh dari orng2 India yang duk kat rumah teres murah depan jalan masuk Ruby tu…so negotiation mmglah will take their sweet time..

    Farlim ada cakap pasal clause LLD dlm agreement kalau kita tak nak cancelkan S&P..tapi not sure about this..blom tanya Firah Lawyer lagi..

  • Salam Fizz, sebenarnya berapa unit rumah yang kena cancel?..ade ssape yang boleh share map rumah yang kena share?

  • salam siti,
    kita ni senasib..saya rasa rumah kita berdekatan, masalah yg u alami tu same je ..bila call pemaju, die marah kita balik n cakap knape kita tak tengok plan tu betul2?amboi, jawapan yg tak sepatutnya diaorg bagi kepada pembeli, my hubby dah kol n send the letter kpd pemaju n sekarang pihak pemaju sedang memfailkan saman kepada kuil sekiranya mereka enggan berpindah..20 lots yg dicancel tu sooner or later mmg akan buat jugak,tp saya amat kesal kes2 begini boleh berlaku, sebab depan rumah saya betul2 kuil…kalau dah pindah nanti mmg tak seronok!!!

  • salam liza,
    utk pengetahuan liza saya sekarang telah membuat aduan online kepada kementerian perumahan dan telah pergi juga ke kementerian perumahan utk mendapatkan nasihat apa yang boleh dilakukan.Ini antr usaha saya dan suami selepas kami telah memberi surat kepada pemaju dan gmbar di site bagaimana dekatnya kuil dengan rumah kami dan berbincang dengan pemaju tidak mendapat jalan penyelesaian . Mereka hanya membalas surat sya mnegatakan mereka tidak melanggar perjanjian dan bila call kita pula disalahkan. Bg sya pemaju perlu bertanggungjawab kerana isu kuil ini adalah salah mereka dan pembeli pula y susah.Bayangkan klu kita dapt kunci, kuil tidak dipindahkan dan klu kita nk jual pun, denda dr bank kita yang kena dan ssh pulak nk dpt buyer melayu.
    Dari ejen penjual yang dilantik pemaju,saya diberitahu terdapt 41 rumah yang dibatalkan kerana jalan tidak boleh mereka buat kerana melibatkan kuil. Dan,permohonan cf adalah sukar.

  • salam siti,
    takut juga saya dengar pasal cf tu..dan 41 rumah yang dibatalkan due to that kuil…terus takde mood nak berumah baru.boleh siti p.m saya melalui email..n_cognito80@yahoo.com.saja nak share kemusykilan dan kegeraman

  • SAlam semua,

    Saya merupakan salah sorang dari pembeli yang terlibat dalam kes kuil ini. Pihak pemaju nak revoke S&P tetapi diorang akan bayar balik duit booking, kos peguam dan bank. Masalahnya kos tambahan pembeli kena tanggung so saya tak sign lg.

  • @zulk

    Boleh bagi tau apa yang dimaksudkan dengan kos tambahan

  • Dalam Deed of Revocation ada clause yang menyatakan any additional cost kena bayar oleh purchaser. Sepatutnya developer kena tanggung additional cots yang financier akan mintak.

    so beware….sila semak dulu sebelum sign apa2 dokumen.

    terima kasih

  • salam semua

    aduh masalah2, lepas dah check semua.. umah sy beli betul2 depan kuil, baru je tahu hal ni, jadi depan umah sy mmg tak de ade umah, so permandangan tak elok, ada zink tutup je, sepatutnye si pemaju kena identify semua ni dulu sebelum jual, mase tgk tapak sy ingat kedudukan umah sy ni jauh dari kuil, bila progress dah jalan, check balik mmg depan kuil. sy tak nak bangkit kan issues ape ape di sini, jadi sapa yg ada pandangan sila share n ape patut sy buat. siapa yg rumah berdepan dgn kuil sila hubuungi sy untuk bincang hal ni, aduh sakit kepala. if sape2 yg ade procedure yg bagus untuk cancel beli rumah ni. mintak tolong ajar.

    syah (pembeli rumah yg malang)
    0122776920

  • Salam semua,
    Saya nak mtk confirmation, ader saper2 yang dah sign ker pembatalan tu. Boleh share skit imput utk diskongsi bersama. aper yg rugi dan aper yg kena bayar..

  • salam liza,
    liza…bole x liza hubungi saya di no 03-90763071…atau hubungi saya/tglkna no liza di email etakira03@yahoo.com. mungkin bg mereka yang rumahnya menghadap kuil ini dan menghadapi masalah y sama bole berbincang apa yang bole dilakukan bersama untuk menyelesaikan masalah di ruby ini

  • Salam semua,

    Saya pun salah seorang pembeli rumah type Ruby saujana Impian. Saya dapat tahu mengenai isu kuil ini sejak september lepas. Saya ada berjumpa dengan pemaju tetapi jawapannya mengecewakan. Atas nasihat rakan di kementerian perumahan negara saya mengambil inisiatif sendiri agar isu kuil ini dapat diselesaikan dengan segera. Antaranya ialah membuat aduan di tribunal kementerian perumahan negara, tribunal pembeli rumah NCCC, aduan ke majlis perbandaran kajang. Selain itu saya juga ada menghantar email ke pengarah kementerian sumber asli dan alam sekitar mengenai kuil haram, email kepada yang dipertua MPKJ.Selepas ini saya ingin menghantar email ke menteri di kementerian Perumahan negara. saya juga cuba untuk mendapatkan contact no pembeli yang lain dari pegawai pemasaran Yieldson. Jadi sekiranya kita dapat mengumpul seramai yang boleh pembeli rumah ruby saujana impian mungkin kita dapat membuat perkara yang sama beramai-ramai iaitu membuat segala jenis aduan yang ada seperti yang telah saya lakukan. Mungkin dengan usaha yang kita buat ini masalah kuil ini akan dipandang serius oleh pihak berkuasa dan ia dapat diselesaikan secepat mungkin insyaAllah.

  • Salam,

    Last week saya ada dpt miss call dari lawyer, maybe nak bincang pasal pembatalan unit rumah Ruby saya.

    Ada sesiapa yg terlibat sudah sign agreement pembatalan tersebut?

    Bagaimana dgn segala modal yg sudah kita keluarkan mcm deposit and lawyer fees?

  • Last month juga saya ada call RHB bank and mereka inform yg developer sudah menghantar surat pengesahan pembatalan unit Ruby saya kepada mereka dan mereka sudah sedia maklum.

    So mereka memberitahu yg saya boleh mencari rumah atau apply loan lain tanpa masalah atau blacklist.

    Tapi saya tak pasti samaada developer sudah membayar saman yg dikenakn oleh pihak bank atau tidak sbb risau pihak pemaju akan mengenakn lain2 cas semasa menandatangani surat pembatalan nnt.

  • salam sumer….
    spt yg dijangkakan sblum ini..isu kuil ini pasti akan timbul.
    sy sbg pnghuni rumah termurah dan terkecil area saujana impian turut simpati atas apa yg berlaku. smoga usaha murni tuan/puan peroleh kejayaan.

    apa2 pun…apabila kita berjiran nnti (walopun tmn sebelah…) harap ukhuwah kita terus terjalin….dlm apa jua aktiviti.

  • salam dari lavenderians..

  • Pak Su, terima kasih kerana sudi mengalu-alukan kedatangan kami ke saujana impian. Tidak sabar lagi rasanya nak pindah ke rumah saya. Sekarang ni nampaknya sedang dalam proses nak buat jalan ke rumah.

    Boleh saya tanya, surau terdekat yang selalu orang berjemaah kat mana di area dekat2 situ ya? kalau masjid tepi jalan tu agak jauh gak la dari rumah saya.

  • Nazri, saya ucapkan terima kasih di atas usaha yang anda lakukan. Walaupun kuil tu agak jauh dari rumah saya, tapi sebolehnya saya juga tak mahu kuil haram itu berada di situ. Harap kita semua dapat bersatu, dan cuba dapatkan nama penduduk yang beli rumah Ruby serta Sapphire.

  • @Humaizi

    salam kembali…
    sy mula menetap di lavender pd okt.2008…
    buat masa sekarang, ada j/kuasa yg telah dilantik utk pembinaan surau yg terdekat utk qariah lavender, exora, daisy, sapphire dan ruby..masih dlm perbincangan utk mndapatkan dana.

    surau terdekat yg kami pergi..di impian gemilang. dan kalo utk tujuan solat jumaat, selain masjid sbelah tesco tu….tuan jg bole berjemaah di SMenengah Agama Persekutuan di situ. Alhamdulillah….

    insyALlah…smoga kita terus eratkan persaudaraan.

  • salam semua,
    suami baru saje berjumpa pihak pemaju thari tadi.diaorg inform yg kuil itu akan kekal disitu..dan bagi suggestion,jual je rumah kpd pembeli India. sb kalau kami cancel pembelian..we need to pay about 60k….so sad……….

  • salam semua,
    saya da buat aduan di sistem talian aduan rakyat selangor(STARS)…n da bg blog nih utk drg siasat kes nih…xperla usaha jela y mana boleh…mana tau pihak berkuasa akan membantu kita selesaikan masalah nih dgn pemaju…sbb aduan kpd STARS akan dihantar kepada PBT , majlis perbandaran kajang.

  • salam

    bagi isu kuil ni mmg susah nak ubah, sedang kan kat midvalley yg besar tu pun ade kuil kat bawah tuh. mmg menyesal beli rumah tu nak cancel mmg kena bayar dlm 60k ++, ni semua salah pemaju!, cuma ape yg boleh kita buat hanya usaha. kita boleh saman pemaju bila dpt kunci nnt. aku sgt marah gila dgn pemaju yg ambik mudah isu ini. kepada jiran2 selorong dgn sy, terus kan usaha n sila tetapkan masa utk kita berkumpul dan bincang isu ini.

    syah (pembeli rumah yg sgt2 malang!)
    0122776920

  • jom kita bincang dalam facebook berkenaan isu rumah di Saujana Impian ini.

  • mari kita saman developer tuntut gantirugi sekurang-kurangnya 10% . Kita appoint lawyer yang nak lawan amacam ?

  • 0125050627 (rohizad) lawyer .

  • ape link facebook saujana impian..

  • Salam.

    Saya baru buat booking rumah Topaz. Lepas baca komen bakal-bakal jiran tentang isu kuil tu…naik takut juga rasanya. Di mana lokasi sebenarnya 2 kuil tersebut? Katanya kawasan perumahan kita ni berdekatan dengan pemancar RTM…di mana ya? Saya berbesar hati nak beli rumah di sini kerana dengarnya jiran-jiran ramai Melayu dan berdekatan dengan sekolah rendah dan menengah.

    Jadinya, sebelum saya tandatangan S&P…bolehlah kiranya saudara saudari memberi info tentang perkara tersebut.

    Terima kasih.

  • zulk

    ade no contact, aku nak discuss pasal mintak ganti rugi.

    syah
    0122776920

  • saudara syah,
    saya dah mintak my hubby kol u last saturday (aie)..segala usaha utk mempertahankan hak kita harus dibuat habis2an..kita tertipu…ape2 tindakan saya sokong dan akan join any of the action…menurut hubby, kawasan tu dah diwartakan utk rumah ibadat (kuil)dan ADUN dah masok campor dlm hal ini.so that means kuil tu mmg akan kekal disitu..dah tak boleh nak buat ape..just kita ramai buat satu perjumpaan n discuss pasal tindakan selanjutnya.

  • Za, lokasi Semi D topaz dengan kuil tu agak jauh. memang tak akan nampak dari bakal rumah awak.
    for info, masa saya beli sapphire, saya diberitahu oleh salesman kuil tu dalam proses pemindahan, dan developer dah sediakan tanah utk kuil tersebut. saya juga tidak bersetuju utk adakan kuil kekal kat situ, sebab majoriti penduduk semi D sapphire dan Ruby adalah melayu.

  • Salam semua,

    September lalu saya ada menghantar surat ke pemaju mengatakan saya akan mengambil tindakan2 undang kerana mereka tidak membina seperti yang ada di pelak tapak dlm S&P. Pemaju ada reply kata mereka tidak melanggar perjanjian jual beli kerana mereka bina 2 baris rumah tu progressively. setelah dapat info dari liza yang kuil itu akan kekal, saya telah hantar satu lagi surat ke pemaju untuk mendapatkan status kuil itu secara black n white. Sekiranya betul kuil itu akan kekal saya akan kumpul segala dokumen yang ada akan teruskan niat untuk mengambil tindakan undang2.So KITA boleh sama-sama appoint lawyer minta gantirugi. Ada perkembangan terbaru tolong update wife saya SITI. Kita sama2 usaha n harap kita dapat balik hak kita, InsyaAllah.

  • Salam.

    Terima kasih Humaizi atas maklum balas yg. diberi. Saya berasa simpati terhadap masalah yg. dihadapi oleh pembeli-pembeli Ruby. Saya juga pernah ditipu oleh pemaju perumahan sewaktu membeli rumah pertama…tiba-tiba aje rumah saya mengadap kawasan pembuangan sampah sedangkan dalam plan asal rumahnya mengadap kawasan surau.

    Memang setiap yg. berlaku ada hikmahnya tetapi dalam masa yg. sama kita perlu berusaha utk. mengatasi masalah ini. Duit pembelian rumah ni hasil titik peluh & pengorbanan kita seisi keluarga…saya mendoakan agar rakan-rakan pembeli Ruby akan berjaya dlm usaha menuntut hak… Amin

  • @syah
    0192216765

    ada S&P apa clause sebut pasal termination aggreement ? pls update

  • salam

    boleh kita semua berkumpul untuk duduk berbicang
    sbb kita perlu serius dlm isu mcm ni, sbb tak ada kata putus dari pemaju dan black and white kuil ni akan di ubah. sy ada tanye org kaum india, kuil mmg susah nak di ubah.sila tetapkan lokasi dan masa yg sesuai untuk kita semua berjumpa.

    syah
    0122776920

  • saudara/saudari sekalian..
    jika ada apa2 perjumpaan sila maklumkan kpd saya dan suami.kami pun dah byk pikir pasal pembelian rumah ni..Aie 0192774557 Liza 0197344557

  • Untuk pengetahuan semua, hujung minggu ini ada pelancaran Rumah Semi D Topaz di Saujana Impian. Mungkin inilah masanya untuk kita semua berjumpa dengan salesman yang membuat janji2 palsu berkenaan dengan kuil tersebut. kebetulan mereka juga ada buat makan2 pada hari tersebut.

  • salam,
    bole bgtau jam berapa n dimana lokasi pelancaran itu di saujana impian.
    untuk pengetahuan semua , saya telah dihubungi pegawai kementerian perumahan yang memaklumkan hanya 8 rumah telah sign pembatalan dr 41 rumah. saya juga telah diberi surat oleh kementerian y dialamatkan kepada pemaju untuk memberi jalan penyelesaian kes kuil ini.nnt saya update jawapan pemaju. kepada y selorong dgn saya, sila buat aduan online kepada kementerian perumahan kerana jika ada suara ramai mungkin kes penipuan pemaju ini mungkin akan lebih diambil berat oleh kementerian.

  • saya dah buat aduan

  • Assalamualaikum, kalau saya nak beli ada jual subsales di Saujana Impian di rekemen x ?

  • Salam,

    Ada sesiapa yg dah sign surat pembatalan rumah (Ruby)???

    Lawyer call sebentar tadi dan menyuruh saya dan isteri sign surat tersebut.

    Mintak pendapat mereka yg terlibat sama ada saya patut sign atau tidak.

    Terima Kasih.

  • baca dulu sebelum sign. Make sure cost semua ditanggung oleh developer bukan purchaser
    tanya bank berapa patut developer bayar dan tgk dlm perjanjian tu berapa developer nak bayar
    ok….

    berkat selamat…..

  • Salam,

    Terima kasih atas nasihat zulk… 🙂

  • Salam

    ade any update dari pemaju pasal status kuil ?

  • salam,
    da dpt jawapan pemaju kepada kementerian, mcm biasa drg x langgar perjanjian.sng jer. maknanya kuil kekal pun drg xpyh buat apa2.
    sya mcm da xpcaya ngn pemaju nih ttg bulan 6 nk sambung buat 2 deret,xada pun drg reply kpd kementerian mcm2 n nk kuarkan black n white kpd pembeli ruby.

  • salam

    siti, mcm mane diaorg kate diaorg tak langgar pejanjian, sekarang ni dlm snp kite, depan umah kite sepatut nye ade rumah 2 tingkat, bukan ade kuil. now sape yg langgar perjanjian ? sy akan update lagi.

    to developer yg baca blog ni, sila ambil tindakan untuk solve kan isu ini. kami pembeli ada hak untuk bersuara. mungkin diaorg tak rasa, sbb mereka tak terkena mcm ni. sy ade ckp dgn iskandar from developer, dia ckp by bulan 6 thn depan dia akan buat 2 baris rumah depan kita semua. now we need black and white! sy boleh buat valid agreement with a lawyer proven, to make sure developer akan tunaikan janji sebelum bulan 6 thn depan.

    syah

  • salam syah,
    xtaula drg da reply mcm2..n lg teruk iskandar dr developer tuh ade masa GM bandar subang mintak dr kami no org rhb y uruskan loan..kononnya rumah kami bole dibatalkan masa kami pergi ke ofis mereka..tp iskandar boleh reply kat kementerian y pemaju xpnh agree pun nk batalkan pembelian rumah kami…
    so skrg semuanya kena black n white… pelan layout y dlm perjanjian kita klu u tgk arah utara selatan pun xletak…mcm saje nk kelirukan n xnk bg info kpd pembeli.
    saya baru dapat surat dr nccc y mintak drg byr ganti rugi kepada saya krn xtunjuk dlm layout perjanjian ada kuil dlm kaw. perumahan n xbina 2deret didepan rumah spt dijanjikan.
    nnt kita bole jupe n bincang…mungkin shah juga bole usaha buat aduan kpd nccc…wpun saya xtau penghujung isu nih mcmna tp y penting kita usaha ambil tindakan thdp pemaju ini y terang2 langgar apa y dijanjikan. n saya ttp akn hantar surat lg kpd kementerian perumahan selagi tiada jalan penyelesaian..

  • apa-apa hal bole contact saya 013-3839677 sebab rumah saya pun terlibat sama

  • Hello,

    Saya baru balik tengok rumah tu last week ( Saujana Ruby ) and found out that they are not using brick wall ( batu bata merah ), but instead cement brick. Sesiape ade info x pasal brick wall nie? yang saya faham brick wall tu guna batu bata merah right? not white brick yg die orang pasang tu.

  • kawan-kawan semua, ikuti posting terbaru saya berkenaan dengan dua buah kuil berhampiran rumah kita semua di http://www.ahmadhumaizi.com/umum/kuil-kontroversi-di-saujana-impian/

  • salam,
    kawan2 semua…ini reply dr bandar subang kpd nccc dan kementerian perdagangan…tiada percanggahan perjanjian jual beli…dan site plan y disertakan dlm perjanjian mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.kuil tidak menjejaskan rumah y kita beli kerana pembinaan masih diteruskan.
    lgsg xada menyebut bulan jun, kuil akan dipindahkan dan 2 deret dibina.persoalannya..kita pula disuruh jual rumah kpd kaum india klu xnk duduk…knp drg xnk jual sendiri sblm jual kpd kita.

  • siti

    itu update dari pada pemaju?. kuil tu sah dari majlis pembandaran kajang ?sekarang ni developer ambil mudah dlm isu mcm ni. kerana developer tidak berani just mahukan keuntungan, dan abaikan hak pembeli.
    kita kena ramai2 pegi nccc bawa dokumen dan plan. itu caranya bagi nccc nampak apa yg terjadi. kena masuk surat kabar baru pemaju ni cuak sikit.
    sy on outstation jadi minggu depan sy update balik.. senang je ckp nak suruh jual rumah? sape nak beli ? ingat senang..

  • salam syah,
    saya da kumpul semua surat mnegenai hal ini baik dr majlis perbandaran kajang, nccc, jawapan bandar subang dan kementerian perumahan.jawapan pemaju kpd nccc itu yang terbaru itu bertarikh 2 Nov 2010. ini bermakna slps mereka buat janji kpd pembeli 2 deret akan mula dibina bulan jun.
    majlis perbandaran kajang meminta kita memberi peluang kpd pemaju selesaikan.
    Tetapi pemaju secara bertulis dan bongkaknya mengatakan semuan site plan dalam perjanjian ada kelulusan dr Local Authority..jauh sekali minta maaf, memberi notis ttg hal ini dan menawarkan kita jln penyelesaian.
    saya rasa 41 rumah y dibatalkan pun bole tuntut hak mereka krn pemaju nih da byk sshkan kita sbg pembeli.

  • Jom buat aduan di Majlis Perbandaran Kajang
    http://stars.mpkj.gov.my

    SPRM

    http://www.sprm.gov.my/

    Persatuan Pengguna

  • aduankan kepada BUrsa Malaysia berkaitan Bandar subang sdn bhd, anak syarikat farlim

  • can we all meet? saya nk cadangkan kite smua bergabung and go into civil court. saya tak kisah dh pasal rumah ruby tu tapi there must be some sort of compensation utk kita sebab kuil tu. i’m ok to meet any weekend dkt mana2. saya rasa mcm takder progress pasal issue nie. lagi lambat kite settlekan interest bank masih jalan…

  • @AliGhani
    nie contact saya:
    ali – 0176534433

  • salam,
    setuju ngn pendapt en ali…ini ctct no saya siti 0129703502…klu ada pjumpaan msg je sya ……silap2 nama blacklist sbb pemaju nih

  • salam

    saujana impian ruby on facebook… bagi yg ade masalah kuil sila discuss di sana .

    syah

  • Jom buat aduan di Majlis Perbandaran Kajang
    http://stars.mpkj.gov.my minta pindahkan kuil tidak sah itu

    SPRM

    http://www.sprm.gov.my/

    Persatuan Pengguna

  • Jom buat aduan di Majlis Perbandaran Kajang
    minta pindahkan kuil tidak sah itu

    SPRM
    jika ada unsur rasuah tapak diluluskan sedangkan ada tapak kuil

    Persatuan Pengguna

  • klu betulla drg paksa 41 umah tuh tndatgn setuju pmbatalan….mmg teruknya pemaju nih..sya pun pnh call hazimah staff bandar subang..mmg teruk cara dia jwb isu nihh…sdgkan kes ni da mcm tipu pembeli…xada timbg rasa lgsg..ada lg 1, kita blh try ,adukan kpd satu persatuan pengguna islam…n try bg link nih kat berita harian…

  • lawyer call suruh sign aggreement batal S&P ,sape yang dah tandatangan?

  • Salam, sungguh geram dgn info2 yg saya baca ni. Apa kesudahan cara hidup kita kat sana nanti agaknya.

    Sebelum ni saya cari juga bakal2 jiran di Facebook tapi takde jumpa Saujana Impian II punya FB.. So saya create satu di sini.. kira2 sebulan yg lalu utk tunggu rakan2 masuk dan kita boleh berbincang macam2 di sana.. Malangya takde siapa yg join. tapi hari ni.. terjumpa di sini- Saujana Impian Ruby dan ada info yg tak menyenangkan…

    Kita masuk membeli rumah dulu salah satu sebabnya ialah kata jurujual Kuil2 tersebut akan dipindahkan.. sewaktu saya ke ‘rumah contoh’ tu saya sempat berkenalan dgn ‘Abang Polis’ yg dapat corner lot dkt ‘rumah TNB’. Dan waktu itu saya sedang berbincang dgn sales guy sana rumah yg terakhir (tapi sorang buyer sempat cilok dari sales person sorang lagi utk rumah yg saya sdg bincang tu walaupun saya yg dulu sampai) Saya ingat lagi.. rumah yg hampir membuat saya jadi HULK itu memang berada di lokasi tapak kuil.
    Rupanya ada stok rumah yg di ‘simpan’ oleh sales guy. So saya diberi rumah lain end lot berdekatan abang polis dan kami diberitahu.. sangat jauh dari tapak kuil (YG SEBENARNYA TIDAK PASTI DIPINDAHKAN PUN..) Hadoii.. Rasa terbakar dah ni.. tapi nak marah kat siapa pun tak tau..
    Camar- 016.376.88.65. FB – Saujana Impian II

  • sila buat aduan kat sini. we need numbers!

    http://stars.mpkj.gov.my/iresponz/index.cfm

  • emel dr abg ensem

    Assalamualaikum,

    Lawyer saya telah pun memberi jawapannya kepada saya dan dia mengatakan yg saudara mempunyai peluang sekurang2nya menuntut 10% dari harga rumah sbg ganti rugi provided developer tu tak wind up company dia. Anyhow, for further explanation, dia minta saudara hubungi dia @ 0125050627 (Rohizad).

    Harap maklum.

    -AE-

  • Salam,

    saya adalah pembeli rumah Amethyst. Saya simpati dengan apa yg berlaku pada sedara. Petang nanti saya nak round kawasan tu nak tengok besar mana kuilnya sehingga susah sangat nak dialih.

    Saya pernah terlibat secara tidak langsung dengan pengalihan kuil india dia kawasan Johor. Jika ianya kuil haram , biasanya dimiliki oleh individu tertentu. Seingat saya ada dua kali kes perobohan kuil yg saya terlibat secara tidak langsung. Pemilik kuil meminta bayaran untuk sembahyang mengikut hari untuk pemindahan kuil itu. Sehari pemilik kuil minta RM1k dan perlu sembahnyang 50 hari berturut2. Jadi, ada satu pemaju di Johor telah sanggup bayar dan kuil itu pon dialihkan. Size kuil saya tak pasti.

    Dalam kes ini, saya rasa semua pembeli harus perjuangkan hak masing2 jika perlu biar sampai ke mahkamah sebab pembeli mempunyai kes yg kuat. Namun tempoh masa akan lama dan rumah idaman terus terkubur dari impian.

    Bandar Subang sepatutnya boleh saja membayar kepada pemilik tanah untuk merobohkan kuil itu..tapi mungkin tuntutan pemilik kuil itu terlalu tinggi dan tak masuk akal.Tapi saya rasa..pemilik kuil hanya nak kan duit saja.

    Sekadar pandangan saya…jika pemilik kuil nak setakat RM50k..maybe boleh bincang sesama pembeli dan juga pemaju.Kalau boleh settle cara nie..lebih mudah cuma perlu kuar duit sikit dalam RM1k serumah. Jika pemilik kuil mintak tinggi sangat…tak der cara lain..melainkan pergi ke mahmakah SAMAN saja pemaju nie.

    Saya telah bertanya sendiri dengan developer di Johor macamana dia alihkan kuil itu. Dia kata senang jer..dia buat macam tender. Suruh org masuk quotation bagi kerja-kerja mengalihkan kuil. Lowest quotation akan diaward dan jika kuil dapat dialihlkan lagi cepat..maka akan ada bonus tambahan kepada sykt itu.

    Akhirnya kuil dapat dialihkan. Sykt/consultant tu dibayar RM50k. Berapa sykt tu bayar kepada pemilik kuil wallahualam. Rm10k ke 20k ke..tak der yg tahu. Pandai2 sykt/consultant tu lah deal dengan pemilik kuil.

    Kuil siap alih/roboh jer..terus developer tu bayar RM50k kpd sykt/consultan tu.

    Walau apa pun, saya mendoakan yg terbaik utk semua. Insyallah

  • Gambaran Plan Type Ruby

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=136640973060598&set=a.136316443093051.25470.130831346974894

    *Sila copy address ini dan paste di search engine utk melihat gambaran kedudukan rumah anda.

  • salam…
    Saya pembeli rumah type daisy amat bersimpati kpd semua pembeli rumah ruby.Masa mula-mula masuk rumah dulu saya mmg dah agak akan ada masalah dengan kuil tersbut…perjuangkan apa yg dirasakan perlu untuk anda. Mengenai pemaju bandar subang,saya dah puas berurusan dengan mereka..mcm2 kerenah pun ada…sampai saya pernah tepuk meja kat sana cari iskandar psl kes duit…apa2 pun banykan bersabar…

  • Salam,

    Bebaru ni saya ada bjumpa dengan asst. project manager, en. zul. Menurut beliau, BSSB dah allocate 3 ekar tanah utk gantikan kuil tu (3 ekar tanah ni ikut pelan asal nk bangunkan perumahan kos rendah). Tapi atas sikap tamak diorang tuntut skali 1 juta sebagai pampasan. Siap babitkan Hindraf dalam hal ni.

    Apepun, BSSB sekarang ni still berunding dengan pihak atasan utk selesaikan masalah ni. Katanye rumah yang terlibat terpaksa ditangguhkan.
    Tapi itu kata mereka. Harapnye ade jalan penyelesaian pasal kes ni. Bagi mereka yang terlibat, saya turut bersimpati.. banyak2an lah bersabar.

    From my experience dgn BSSB ni pun, mmg macam2 jenis karenah. Apepun bagi saya, itu satu dugaanNya.. pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.

  • dapat call dr lawyer untuk sign deed of revocation aggreement. Tapi saya kata kena tukar clause the purchaser should be solely responsible for any additional charges that might be imposed by the financier following the termination of the purchaser loan

    tukar kepada the DEVELOPER should be solely responsible for any additional charges that might be imposed by the financier following the termination of the purchaser loan.

    baru saya sign…

  • i did the same thing…

  • salam tuan rumah,

    akhirnya saya jumpa juga jiran di kawasan saujana impian ni. insy’allah saya bakal pindah ke pearl insya’allah nxt month. setakat ni saya xde masalah dgn pemaju. cuma masalah dgn solicitor S&P saje. saya dah dpt surat tuk buat inspection & collect kunci dari bulan 8, tapi baru je dpt kunci bulan 12 aritu. tu pun setelah berhempas pula call solicitor tiap2 hari. siap bergaduh lagi……saya minta developer pantau solicitor dgn lebih baik lagi, saya dah jumpa a few owner yg ada masalah sama dgn saya, hingga memaksa mereka masuk rumah secara illegal disebabkan developer x nak lepaskan kunci kerena masalah documentation yg saya rasa tak sepatutnye dihadapi oleh buyer. kite bukan ada duit bnyk nak bayar 2 rumah sekaligus…..ada sorg cikgu siap merayu kt developer, sebab rumah yg disewa, tuan rumah nak semula, buntu xde jalan, terpaksa buat secara illegal.

    di harap surau yg bakal didirikan itu, akan ditunaikan oleh developer. insya’allah.

  • lawyer baru nk forward kat Bandar Subang and see whether Bandar Subang agrees with the amendment to the DOR…diorang nie mmg slow betul. nak beli slow, nk inform revocation pun slow, revision lagi. tau nk sign cepat jer…

  • Mmg bandar subang lambat.. solicitor dia robert devan tu harem lembap..
    aku xmasuk2 rumah lagi nie.. kunci pun xde.. baru arinie pass MOT ke lawyer financial aku..

    Mmg lembap..
    Lambat lagi ler nak masuk umah nie..Rumah pearl..

  • Cik Ayu, boleh bagitau apa nama firma guaman tu? saya rasa tak perlu sembunyikan apa nama firma tu, sebab mereka patut tahu servis mereka tu teruk Betul tak?

  • Dark,
    lawyer tu dari legal firm mana ya? appreciate kalau U mention legal firm mana, sbb boleh kita kongsikan maklumat ni for future matters dengan same lawyer. thank you.

  • robert devan & co.. dia lawyer for developer utk pearl..xtau lah kalo rumah type lain different plak lawyer firm yer

  • @cikayu
    cikayu rumah di pearl ya? berjiran la kita. saya bebetul depan pagar asal sekolah SI2

    Another thing to share to all yang dah dapat kunci. Utk defect form tu, sebaiknye attach skali dengan plan rumah kita. Boleh download as pdf kat website yieldson. http://gallery.yieldson.com/index.php?cat=11

    Saya guna plan tu utk memudahkan kerja nk repair defect. so, takpayah la diorang jenuh nak carik. buat point 1, 2, 3.. and then bulatkan kat plan tu.

    Komen yang saya terima from Mr. Foo BSSB, sometimes difficult utk diorang cari defect yang dilaporkan sbb form tu based on apa yang kita tulis. pulak tu, tukang repairnye brader2 indon so slalu nye jadik salah paham.

  • @ZubirJamal
    en Zubir, do you have a written letter or black and white proof about what BSSB cakap pasal 3 ekar tanah offer and 1 juta claim dari pemilik illegal temple tu? kadang2 takut diorang exaggerate jer just to show us they are the victims too. kalau takder doc bleh tolong mintak kan dari ass mgr yg u liaise with?

  • @Ali Ghani
    its not an official statement that has a b&w etc. I just happened to meet him at the site office during my defect list submission. He was there to attend site inspection for CF at sapphire.

    so, its just a chat between myself and him. Probably jugak he just exaggerate the issue. I have his contact details (frm his name card) if needed.

  • salam…
    saya baru terbaca masalah2 yg dihadapi sahabat2 dan baru saya tahu bahawa projek Ruby ini menghadapi masalah yang dikira agak besar.utk pengetahuan, saya juga adalah slh seorg pembeli rumah disitu..rumah yg bakal saya duduki terletak berhadapan dgn padang permaian dan terdapat 3 deret rumah dari dapur saya kearah kuil tersebut.
    blh sesiapa beritahu saya barisan rumah mana yang pembinaannya dihentikan?dan apa perkembangan ttg permasalahan kuil tersebut…
    malin – 017-3799466.

  • sekiranya ada perjmpaan yg ingin dibuat dikalangan2 kita…saya ingin turut serta..
    terima kasih yg x terhingga untuk En HUMAIZI,org yg mula2 mengukit permasalah ini..diharap kita semua akan bekerja sama untuk menangani masalah ini.

  • Bagi saya.. masalah kuil itu bukan masalah 2-3 bijik rumah di Ruby Type jer.. Ini masalah bersama. Sebab tu walaupun kawasannya jauh dari rumah saya.. saya tetap menentangnya. Kita ikut apa ada dalam plan! Tapi sekarang sudah dikira satu penipuan.

    Saya kata ini masalah bersama sebab.. Anda semua pasti akan melalui jalan didepan itu suatu hari nanti, tak kiralah anda di rumah TYPE apa sekalipun. Bayangkan bila mereka menyambut Perayaan.. atau MENYAMBUT KEMATIAN.. atau apa-apa majlis yg diorang nak buat di depan tu.. Cuba2 bertanya kepada kawan2 yg berjiran dgn Hindu2 ni.. tatkala petang/senja kita nak maghrib.. mula la loceng dia dan bauannya menyelinap keseluruh pelusuk kampong!.. Jangan sudah terlambat baru nak bertindak! En. Shah salah saorang yg terbabit dalam isu ni telah menelefon saya pagi tadi.. So kami mungkin akan berjumpa duduk semeja ‘SEMBANG-SEMBANG ORG TERINAYA’ tak lama lagi… sesiapa nak join eloklah caling2 En Shah tu!

  • ANda boleh rujuk gambaran plan rumah seperti yg telah saya tampal di atas.. atau terus klik Link di bawah ni:-

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=136640973060598&set=a.136316443093051.25470.130831346974894

  • you all dah set ke tempat,tarikh dan waktu untuk perjumpaan tu…rasanya nk join…

  • Saya telah terima surat daripada MPKJ berkenaan aduan saya melalui eaduan. Pihak MPKJ menyatakan bahawa kelulusan kepada bandar subang sdn bhd bagi Projek perumahan tersebut bersyarat iaitu pemaju perlu menyelesaikan masalah kuil tidak sah itu.

  • Salam

    Bagi pembeli2 rumah ruby Sila beri no contact
    Sy nak set meeting for discuss isu kuil ni.

    Search saujana impian ruby kat fb, Ada discussion board kat

  • saya dapat tahu dari pihak bank bahawa rumah yang terhenti projectnya akan di offer rumah di Sg Buloh. Betul ke???? Ahad lps saya ke Saujana impian, sedih tgk umah bakal jiran2 yg hanya tiangnya saja yg siap sedangkan yg lain sudah hampir 70% siap…(walaupun umah saya x terlibat)
    SYAH…
    my h/p no- 012-3848666/017-3799466

  • Ruby…. Masa soft launch saya dah booking conner lot, front row dengan harapan dapat rumah idaman mempunyai laman lebih 35 kaki. Sales agent dengan menyakinkan saya kuil tersebut akan dipindahkan ditempat lain, tetapi saya memaklumkan sales yang tidak akan sign S&P selagi tiada keputusan mutamad mengenai pemindahan kuil tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga saya bertanya penduduk sekitar dan dimaklumkan kuil dah lebih 10 tahun dan kemungkinan untuk dipindahkan amat sukar.

    Pihak developer/sales langsung tidak pernah memaklumkan perkara tersebut. Selepas 3-4 bulan saya yang mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan membeli tersebut. Salesman meminta saya masukan isu kuil sebagai alasan untuk batal pembelian rumah tersebut.

  • Agak2 ada ke buat sambutan Thaipusam kat Kuil tu esok???

  • Rumah end lot di tepi pencawang tnb tu rumah saya. T kasih atas maklumat2 yang diberikan. fatimahraub@yahoo.com. Baru hari ini saya tahu isu kuil tu..Saya pun hairan jugak, jalan masuk dibina berdekatan dengan rumah saya. Pada awalnya kami diberitahu masuk melalui jalan masuk berdekatan kuil tu.

  • saya ingin beri paendapat… mungkin boleh dipertimbangkan… bagi pembeli yang beli rumah ruby dan tahu tapak tu bekas tapak kuil… kalo pemaju tak dpt selesaikan elok juga…cancel je beli sebab rasa tak eloklah tapak rumah kita bekas tapak kuil…..
    sy nak cerita pengalaman saya… pada awal tahun lepas… selepas 2 bulan beli rumah ruby, kami sekeluarga dtg melawat2 tapak perojek. kebetulan sampai situ lebih kurang kul 7 mlm. sampai kat area kuil yang pertama suami saya kata kat saya… tengok kuil tu, masih ada lagi.. kuat betul… tapi kalau tu masjid atau surau dah lama rebah kena tolak” pas tu kami terus balik.. sampai rumah… suami macam biasa mandi dll. tiba2 badannya jadi seram sejuk, tidur malam dia mimpi patung2 kuil.. tengah malam tersadar dari tidur… terus deman. esok gi pmc bangsar… dr kata tak de deman, bagi antibiotik. 3 hari dia kena deman. hari keempat dia sendiri baca yasin dan mandi / minum air yasin… alhamdulillah sihat balik.. lepas dari tu kalau lalu depan kuil tu dia buat bodoh je…
    sorry ni bukan nak menakutkan dan bukan suruh mempercayai cuma share pengalaman.

  • xtau la kita y ada ank2 kecik..cmnela nk ddk ari2 mghadap kuil nih…anyway,thanx kpd semua y byk membantu sama2 membuat aduan dan memberi cadangan…wpun sedikit sekurang2nya melegakan pembeli2 y ssh ati spt sya y ssh ati krn sikap pemaju y xbtggjawab nihh

  • Petang tadi selepas pekena Satey Malaya kat Rest. D’Muar sempat mencilok ke Saujana Impian.. saja nak lawat kawasan rumah sebelum keluar melalui jalan lama Kajang -KL… Nampaknya Semua zink² penghadang pemandangan di bahagian jalan besar sebelum simpang 3 Kuil telah ditanggalkan dan kita dah boleh melihat dengan jelas bangunan perumahan. Betul seperti kata Cik Tim.. Nampaknya di kawasan berhampiran rumah beliau telah dibentukkan seperti jalan masuk utama..

  • Jabatan Perumahan Negara

    En Loke – Dia jaga kawasan kajang, and dia tahu pasal isu kuil ni
    korang semua call sebanyak kali yg mungkin. supaya kite dpt tahu status sebenar.

    En Loke – Pegawai JPN
    03-20998354

  • Salam

    kat sini pun bleh buat aduan. bagi semua tahu isu ini.. supaya di pandang serius..

    http://apps1.pcb.gov.my/eApps/bpaiaducmpl/AduCmplPublic/add.do?aplCode=ms

  • saya juga bakal pemilik ruby, walau pun tak terlibat dalam 20 unit tu tapi amat bersimpati kepada mereka yg terlibat.

  • salam,

    sy juga salah seorg pembeli RUBY tu.. rumah saya pn bebetul berdepan ngan kuil yg kaler biru tu..

    stakat ni, ape update nye ye?

  • salam,

    saya antara pembeli di RUBY, hampir setiap bulan sy akan melawat kawasan perumahan tersebut untk melihat status projek (update untuk diri sendiri), kalau rakan2 ingin membuat perjumpaan untuk menyelesaikan isu yg berbangkit, sy ingin turut serta dan harap boleh hubungi sy di email – footballhooligan83@gmail.com @ 0122934573

  • Projek semi D sebelum ruby dah dapat cf ke ?…

  • Zulk,
    Semi D Saphhire dijangka akan dapat CF bulan ini (februari).itu kata developer la..tak tau la betul atau tidak.

  • aduan kepada pemudah

    http://www.pemudah.gov.my

  • salam semua,
    saya da pun buat aduan kpd persatuan pengguna islam msia…harap ada pkembangan positif spls ini.

  • Salam semua.
    Isu kuil dan pemaju yang tidak bertanggungjawab

    Pagi ni saya ada berjumpa dengan Datuk Nadzim Johan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Setelah saya memberitahu beliau tentang masalah yang kita hadapi sekarang mengenai kuil diRuby di Saujana Impian dan memeriksa dokumen yang berkaitan. beliau dapati terdapat unsur penipuan daripada pemaju dan bersedia untuk membantu kita untuk menyelesai isu ini dengan segera dengan pemaju.
    Beliau ingin berjumpa dengan semua pembeli Ruby dan yang berhampiran yang tidak berpuas hati dengan cara bandar subang sdn bhd tangani masalah ini.Tempat dan waktu adalah seperti berikut:
    Tempat : Kedai PPIM ( LG, Kedai Sembang-sembang The Mall, Kuala Lumpur )
    Masa : 12 tengahari
    Tarikh : Sabtu , 19hb Feb 2011

    Diharap semua yang terlibat hadir kerana hanya inilah masa untuk kita sama-sama berbincang dan menyelesaikan isu ini dengan pemaju. Diharap datang pada waktu yang ditetapkan. sila tglkan ctct no anda perjumpaan ini. Terima kasih

    segala pertanyaan hubungi saya Nazri 012-9067627

  • Assalamualaikum.

    En. Nazri, saya salah seorang pembeli rumah jenis ruby. walaupun rumah saya x berhadapan dengan kuil tu tapi,saya nak joint perjumpaan tu.sebab saya risau sekarang ni kerana last week saya ada berjumpa dengan salah seorang pegawai di MPKJ.Saya difahamkan bahawa keseluruhan rumah ruby ni tidak akan diberikan CF sekiranya isu kuil ini tidak diselesaikan oleh pihak pemaju kerana pihak MPKJ meluluskan projek ini kerana pihak pemaju berjanji dapat menyelesaikan isu kuil ini. so kalau kita tidak bertindak sekarang bersama-sama mungkin nanti smua xdapat masuk rumah tapi loan kena bayar juga. terima kasih kerana meangaturkan pertemuan ini. semoga isu ini dapat di selesaikan segera.

  • Dengarkan radio Bernama 24 , 93.9 (lembah Kelang sahaja) hari ini 21/2/2011 akan ke udara isu ini jam 1 ptg.

    http://www.radio24.com.my/

  • Dengarkan radio Bernama 24 , 93.9 (lembah Kelang sahaja) hari ini 21/2/2011 akan ke udara isu ini jam 1 ptg. dengar online satu dunia pon boleh

  • salam,

    saya juga antara pembeli RUBY,jika rakan2 ingin membuat perjumpaan untuk menyelesaikan isu RUBY, sy ingin turut serta dan boleh hubungi sy di 0192696927

  • Sila email aduan kepada PPIM

    Nor Azlina Mohd Noor
    019-3591000
    azliana.mn@gmail.com

    Juga emailkan kepada MB Selangor dan exco

  • Tuan/Puan

    Merujuk perkara di atas. Saya sebagai salah seorang pembeli rumah teres type Ruby saujana Impian Kajang ingin membuat aduan kepada pihak yang berkaitan kerana tindakan pemaju ingin membatalkan pembinaan rumah seperti mana S&P yang telah ditandatangani pada 19 November 2010. Ini adalah kerana sebab-sebab berikut :

    a. Pemaju tidak sepatutnya menjual lot-lot rumah sebelum isu kuil diselesaikan. Pihak pemaju telah menjual lot rumah kepada pembeli walhal kuil masih belum dipindahkan.Ini satu penipuan kepada pembeli

    b.Surat kelulusan projek dari Majlis Perbandaran Kajang bersyarat yakni pihak pemaju perlu menyelesaikan isu kuil tanpa izin terlebih dahulu

    c.Saya telah ditipu oleh jurujual kerana tidak memaklumkan berkenaan adanya kuil di tapak pembinaan rumah tersebut.

    d. Dalam masa setahun sahaja harga hartanah telah meningkat kepada 20% di kawasan Kajang.

    Akhirnya saya menggesa pemaju membina semula dua deret rumah yang dibatalkan atau membayar gantirugi kepada pembeli yang terlibat sekurang-kurangnya 20% daripada nilai asal rumah.

  • untuk pengetahuan…kawasan perumahan Ruby adalah berdekatan dengan tapak stesen MRT Saujana Impian…saya yakin harga rumah Ruby akan meningkat tinggi selepas ini. Dengan itu, perjuangkan isu kuil ini agar dapat diselesaikan dengan segera.

  • To : khalid@selangor.gov.my
    Cc : selangor@keadilanrakyat.org;ydp@mpkj.gov.my

    Subject : Isu Kuil di kawasan perumah Ruby Saujana Impian Kajang

    Tan Sri,

    Saya salah seorang pembeli rumah jenis Ruby di Saujana Impian Kajang, Selangor. Masalah kami pembeli rumah jenis Ruby ini adalah apa yang dibina oleh pemaju (Bandar Subang Sdn. Bhd.) di tapak projek tidak sama seperti apa yang dijanjikan semasa kami membeli rumah ini dan tidak sama dengan pelan tapak di dalam perjanjian jual beli. Alasan yang diberikan oleh pemaju adalah terdapat kuil haram disitu yang gagal dialihkan.

    Yang menjadi persoalan kami adalah:-

    1. Kenapa MPKJ meluluskan projek ini sedang isu kuil ini masih belum diselesaikan oleh Bandar Subang Sdn Bhd. Ini seperti menganiaya pembeli kerana ada pembeli yang pembelian mereka di batalkan sewenang-wenangnya oleh pemaju dan tiada pampasan yang di berikan oleh pihak pemaju. Dan ada pembeli yang terpaksa dan bakal tinggal berhadapan dengan kuil itu.

    2. Kenapa MPKJ tidak mampu berbuat apa-apa dengan rumah ibadah haram sedangkan terang-terang ia dibina di atas tanah orang lain. Saya yakin MPKJ mempunyai kuasa untuk meminta mana-mana rumah ibadah haram ( Kuil, Tokong,Gereja atau Masjid) agar berpindah ke tempat yang telah peruntukkan sebgai kawasan rumah ibadah oleh setiap pihak berkuasa tempatan.

    Untuk pengetahuan pihak Tan Sri kami telah pun membuat aduan kepada MPKJ sejak dari bulan Oktober 2010 tetapi sehingga hari ini masih belum ada tindakan tegas yang di ambil.Malahan pihak MPKJ cuba mengelak dan tidak mahu menjawab panggilan telefon dari Radio 24 Bernama pada 28/2/2011 apabila diminta mengulas isu ini semasa progam klinik pengguna PPIM di Radio 24 Bernama.

    Kami berharap pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan yang tegas dan segera bagi menegakkan Keadilan dan membela nasib pembeli rumah jenis Ruby di Saujana Impian Kajang ini.

    Sekian Terima Kasih.

    Yang Benar

    Nazri
    ‘Menuntut Keadilan’

    *E-mail saya ke Menteri Besar Selangor.Diharap lebih ramai lagi dapat membuat perkara yang sama. Tidak perlu keluar modal pun.

    Terima Kasih

  • Salam semua,

    Saya bercadang untuk membuat aduan ke Adun BN kawasan Kajang atau kerajaan pusat selepas ini setelah membuat aduan Menteri Besar Selangor dan PKR pagi tadi. Saya berharap semua pembeli-pembeli Ruby yang lain akan lebih bersemangat dan membuat aduan atau menulis email atau surat kepada Tun/Dato Sri/Datin Sri/Tan sri/Puan Puan Sri/Dato/Datin yang korang kenal. Kita cuba gunakan ‘Kuasa Suara Rakyat’ pulak. PRU da nak sampai ni. mungkin kita boleh ambil sedikit kesempatan bagi menyelesaikan masalah kita ini.

    kepada yang lain-lain yang mempunyai idea-idea yang lebih bernas lagi bolehlah di kongsikan disini atau di facebook Saujana Impian. Mungkin usaha kita yang hanya mengeluarkan modal yang sedikit ini atau xperlu modal langsung dapat menyelesaikan masalah kita. Yang untung kita juga nanti.

    Sekian terima kasih.

  • salam,
    dgr radio 24 setiap isnin n rabu …mungkin esok( rabu ) ada isu kuil di ruby n datuk nadzim minta pemaju n mpkj jawab …mcm biasa pukul 1

  • Minta saudara Nazri kumpulkan nama pembeli Islam di Saujana Impian dan hantar memorandum kepada MPKJ dan MB Selangor akan menyelesaikan isu kuil ini. MPKJ mempunyai kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.

    Listkan semua nama pembeli rumah teres atau semi D.

    Sekian,

    Zulkarnain bin Kamaruddin
    Nazri
    Iswandy
    sila tambah

  • Salam semua,

    Diatas permintaan saudara Zulkarnain, diharap semua penduduk Saujana Impian Kajang dapat emailkan kepada saya detail anda (nama penuh, no telefon &alamat email)

    emailkan ke nazripet@gmail.com

    *Terima kasih saudara Zulk diatas usaha anda

  • Salam semua,

    Esok 18/3/2011 ada perjumpaan dengan Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri. Semua penduduk Saujana Impian Kajang diminta meluangkan sedikit waktu dan menghadirkan diri pada perjumpaan tersebut.Untuk pengetahuan semua hanya MKN sahaja mempunyai kuasa mengatasi isu-isu sensitif ini. MKN telah menyelesaikan beberapa isu kontroversi pengalihan kuil haram di sekitar Selangor dan banyak lagi di seluruh negara. Bukan senang nak jumpa MKN ini dan di harap kita semua ambil peluang ini dan minta mereka tolong ALIHKAN KUIL HARAM ini. Untuk maklumat lanjut call En. Syah.

  • Salam.
    apa perkembangan Saujana Impian Kajang (Ruby).
    Macam mana hasil perjumpaan dengan MKN hari tu?

  • Malam ahad tu.. penuh sudah kuil..daripada nak roboh jadi makin kuat terpacak.. penuh sebab ade upacara.. mcm susah sah skrg nie..

  • Kuil penuh sbb diaorg nak duit, saje2 buat active. aku ade hubungi en rahim MKN hari ni berkenaan isu kuil, dia dah experience roboh kuil yg lagi besar, jadi isu ni tgh dlm process MKN aku tak tahu bape lame. tapi kite kena follow up berkumpul ramai n meeting.

    buat pengetahuan ramai, PEMAJU nak mohon CF untuk rumah yg di siapkan daripada MPKJ, dari ape yg MPKJ beritahu pembeli, CF tak akan di keluarkan selagi isu kuil belum settle. tapi PEMAJU nak mohon CF pada project yg dah siap.

    jadi jika MPKJ sudah beri keluluskan CF pada pemaju, so aku SGT YAKIN pemaju biar je kuil di situ n tak ambik port dah. rumah terbengkalai di biarkan saja. so harap2 pembeli ni bersatu n beri contact kepada encik nazri untuk kite semua meeting ramai.

    Syah

  • Assalam,sekadar berkongsi pengalaman, saya dah sign utk cancelation rumah ni. Developer confirm semua cost akan ditanggung oleh developer. Last2 terkena jgk. Rupa2 nya MRTA cost kena bayar by owner. Ni yang tengah angin. banayak plak tu. Lg lama delay lg la banyak kena bayar. So, anyone changed their mind to cancel. confirm betul2 sblm sign DOR dan confirmkan MRTA saper yang kena handle.

  • ic..nasib baik belum sign DOR tuh…..dalam DOR tuh ada tulis tak ?
    “For avoidance of doubt, the Developer should be solely responsible for any additional charges that might be imposed by the financier following the termination of the purchasers loan”.

  • bagi yg sign DOR tgk betoi2 B4 sign, bagi aku, yg nak fight jgn sign dulu..kite fight, mane bleh bagi muke kat pemaju yg menipu kite 100% kalau kite sign, so pemaju dah kira selamat n lepas tangan..

    dia punye masalah, kena plak yg kena. kenapa pemaju tak settlekan kuil dulu sebelum nak jual.. nampak sangat dia kejar kan $$$$$$$$$ so,

    sbb mende ni aku tak tido malam pikir, rugi, menyusahkan, then pemaju enjoy dgn keuntungan. yg terima padah kite. bayangkan la kami yg senasib dgn jiran lain rumah mengadap kuil. pikir la kalau kiblat nak solat mengadap kuil contohnye. aduh aku sgt semak mende mcm ni..

  • lawan jangan tak lawan…
    lepas 24 bulan pemaju kena bayar 10% per annum daily basis tuh yang pemaju takut

  • @zulk
    Shahril Sapphire No 11 2/4
    019 240 6989

  • Salam all,

    Shahril, pembeli Sapphire 11 2/4. Selain masalah kuil ni, saya rasa masalah 2nd access utk Sapphire perlu diberi perhatian. dah le kuil tak alih, 2nd access yg bole link ke Pearl Semi D pun tarak…haprak punye deloper…la ni, penduduk Sapphire sure kene ngadap kuil tu tiap kali keluar masuk…
    CF pun dah keluar…notice for Vacant Possession pun dah keluar..tapi 2 perkara, 1) Kuil and 2) 2nd access tak settle lagi…
    Hubungi saya 019 240 6989. Saya duduk bangi..kalau nak minum2 sambile bincang2, call je le..

  • To all sapphire buyer.
    I am going to send this letter to developer regarding the manner of delivery of vacant possession of the property.

    Iskandar Abdul Wahab,
    Senior Manager,
    Bandar Subang Sdn Bhd,
    No 2-8 Bangunan FARLIM,
    Jalan PJS 10/32, Bandar Sri Subang,
    46000 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan.

    25 April 2011

    Re: Delivery of Vacant Possession Lot No PT70379

    Your letter date 13 April 2011 which was received on 16 April 2011 is referred.

    If your letter, we have to take possession of the property within 14 days of the written notice. However, we are required to settle all the outstanding payment including the 5% retention money before Vendor will hand over the keys to the purchaser.

    As you are fully aware, the perfection of the property is yet to be done, hence my financier will not be able to make the payment as requested. Therefore, Vendor will not hand over the keys to my property.

    As per signed S&P date 7 July 2009 clause 23 (2) page 10, “The delivery of vacant possession by the Vendor shall be supported by certificate of completion and compliance certifying that the said building is safe and fit for occupation and includes the handing over of the keys of the said Building to Purchaser”.

    I do not understand how Vendor can transfer the liability on the property from Vendor to the purchaser within 14 days of the notice when everybody knows it is impossible to achieve. Further, the issues of Indian Temple relocation and 2nd access to Sapphire area are yet to be resolved as per my letter sent to you dated 13 January 2011, which Vendor did not have the courtesy to reply and provide explanation.

    Hence, I consider this written notice is invalid, unless vendor resolve the two matters as addressed in my letter and vendor is willing to hand over the keys before bank release the final payment.

    Please reply this letter urgently.

    Thanks.

    Regards,

    …………………………………
    Ir. Shahril Izwan bin Abas

  • ape update?

  • Hari tu di beritahu oleh pemaju isu kuil dah selesai..dan kawasan rumah yang tidak jadi dibina tu akan dibina projek lain..betul ke?..atau staf pemaju tipu..

  • Salam semua,

    Minggu lepas saya ada berjumpa dengan wakil kontraktor. Apa yang saya difahamkan mereka akan handover projek kepada pemaju dalam bulan Julai dan saya dengar yang isu kuil ini sudah diselesaikan. Dua hari lepas saya call Iskandar, dia pun kata yang CF akan diperolehi dalam Bulan Jun dan pemaju akan serah kunci kepada pembeli dalam bulan Julai. Mengenai isu kuil, dia kata kaum India disitu telah bersetuju berpindah setelah pemaju beri tanah yang lebih besar kepada mereka. Dan mereka terpaksa bina semula balance ruby tu dalam bulan Disember 2011 sebab ramai yang tak nak cancel. Tapi yang dah cancel tu tetap cancel. Harap-harap apa yang saya dengar ni betul la. Tapi tak tau la kalau mereka tipu saya. Doa-doa lah semoga semua isu ini selesai dengan segera.

  • alhamdulliah.. pindah jugak kuil tu.. baru lah indah mata permandangan sikit area tu..

  • projek Bandar Subang ni agak lambat dapat kunci, even dah dapat CF..berdasarkan projek Sapphire..rumah siap bulan November lagi..CF dapat hujung Februari..sampai end of May..kami masih belum dapat kunci..kenapa lambat? sebab tanah dicagarkan kepada Bank Rakyat…then ada banyak prosedur yg perlu settle sebelum dapat kunci..saya jangkakan penduduk Sapphire akan dapat kunci penghujung bulan Jun…

  • Ada x sesiapa yang tahu berapa ramai pembeli yang dah sign pembatalan? Saya rasa mungkin dah rmai yang setuju untuk pembatalan sebab saya dengar arkitek dah start wat design baru untuk kawasan 2 row yang dibatalkan tu.

  • da pergi site.umah da siap..kawasan rumah terbengkalai dan kuil da dipasang hoarding zink…tapi hoarding yang dipasang ada pintu akses ke kuil….bahaya gak org dr kuil bole kuar masuk…tgk mlm2 pun kuil masih aktif…xtau la drg nih jadik pindah ke x sepertimana pemaju kata da setle….ssh hati klu kuil nih xpindah

  • Ruby..bila boleh check in? ada sapa2 tau?

  • @siti

    Salam..yup, selalu lalu, nampak macam lagi aktive je…jadi ke pindah ni…

  • Macam tak nampak hasil usaha selama ni, cuma Sammy velu je yg boleh deal dgn kaum dia untuk pindahkan kuil yang mengganggu pembangunan Perumahan di saujana impian ruby..

  • ntah drg psg hoarding pun mcm nak xnak…mcm utk nk dptkan cf je utk bulan 10 nih..hoarding tuh pun bila2 je angin tolak bole tumbang….dr segi safety mmg pemaju xada pk keselamatan penduduk ….klu da aktif mcm 2 kuil tuh…org ramai bkumpul n kuar msuk..mcmane la keselamatan ank2 n harta benda penduduk saujana impian…bl call azimah kata isu kuil selesai n da xada isu lg….tp xada pun bg black white bg ati bakal penduduk senang sdgkn da mcm2 aduan da dibuat

  • More than million developer rugi pasal kuil tapi masih lagi berdiam diri, senang betul dekat Malaysia ni nak ambik tanah org dgn dirikan kuil bermodal seribu ringgit je..
    I love 1 Malaysia

  • As salam,
    Nak tanya. Project Sapphire ni dah keluar CF and dah dapat kunci ke? Sabtu lepas saya pergi ke kawasan perumahan Sapphire ni….road block dah terbuka, takde Guard and pemerhatian saya semuanya dah siap termasuk meter air dan elektrik. Saya juga nampak beberapa unit rumah tak di kunci dengan sempurna dan ada 2 unit pintu kaca sliding dah pecah dibaling batu.

    Saudara Ir Shahril,
    Surat saudara developer ada response ke? Saya tak faham kenapa vendor asked for 5% of retention money dari pembeli as
    1) the retention money is part of the financing from bank
    2) the retention money must be held by the lawyer as part of the guarantee period for defects ie 18/24 months.

    Wasalam

  • MuhdNoor, risaunya dengar perkhabaran awak ni..dah lama saya tak pergi jenguk rumah saya tu. dah la last sekali saya pergi pagar rumah tak berkunci. rumah yang mana sliding door dah pecah? rasanya developer tak akan bertanggungjawab sebab mereka dah bagi vacant posession, tapi kunci kita masih tak dapat lagi, nampaknya ada loophole kat sini. pelik betul dengan Bandar subang ni..saya agak semua projek developer Bandar Subang Sdn Bhd memang macam ni. sebab bulan ni consider dah lebih 24 bulan perjanjian, tapi masih belum dapat kunci lagi. Moral of the Story, harap-harap sesiapa nak beli rumah dengan Bandar Subang selepas ni kena berhati-hati.

  • saya ada pergi melawat area Sapphire pada hari khamis, guard masih ada lagi, dan tak ada rumah yang cermin pecah.

    hari ni, Sabtu (23 Julai), saya ke sana agak lewat, jam 6.30pm, nampaknya mmg guard masih ada di sana lagi, dan siap block entrance dgn kayu2 serta baldi simen. mmg susah nak alihkan utk masuk ke kawasan rumah.

  • @Humaizi
    Saya tak ingat sangat but yg pasti rumah corner mengadap bukit. Pintu sliding tepi bolos pecah kena baling batu.

    Experience saya, bila vacant posession dah keluar, after 14 hari responsibility of the house terus ke tangan pembeli WALAUPUN pembeli belum/enggan/taknak ambil kunci. Thats the law drafted under HDA.

    Saya dah sign S&P for Topaz dah…nanti berjiranlah but jauh sikit…..Ni experience ke 2 beli dengan private developer and satu with PKNS…..Kita pembeli mmg takde protection kat Tanah Tumpah Darah. Ingat nak beli “built&Sell concept”house but no political will to push this through by our gomen….So long rumah siap, dapat kunci and decide to move fwd, its good alreadi. KAlu tak siap tu yg bala besar…

    Yg 24 bulan tu….another “false” guarantee by developer to us….Nak imposed very difficult…another day kita shared the story.

    So cepat2 ambil kunci and secure the house….pasang grill, locked, penutup parit, meter air/api and plywood tutup banyak element kaca tuh ….

  • That Sabtu saya masuk…free and easy takde sapa kat guard post ……

  • salam,
    pelik gak, bila awak masuk tak ada guard..bila saya masuk..guard bukan main lagi nak cek kita pergi rumah mana..hari ahad..saya pergi lagi sekali dalam jam 4pm, jalan pintu masuk ditutup, dan ada guard menunggu kat rumah depan tu. tapi dia bagi masuk.

    for info, ada beberapa rumah yang ditukar cermin..saya pun tak tahu kenapa, mungkin ada masalah dengan sliding door, termasuk rumah saya sendiri, dapat sliding door baru.

  • Lawat Rumah TYPE RUBY… Macam Hampehh.. rasanya semua rumahpun macam ni! sesiapa saja boleh keluar masuk sesuka hati.. dikatakan pernah ada pasangan2 bangsa lain masuk bukan nak jenguk rumah.. tapi jenguk ‘benda pasangannya kut’.. mungkin rumah anda jadi tempat melampias nafsu… Erkkk!!

    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.198733563518005.51897.130831346974894&type=1&notif_t=photo_album_comment

  • salam, kalau korang semua nak tahu, Azimah Bdr Subang tu sebenarnya banyak berbohong dalam statement dia..nasihat aku..kalau korang cakap dengan sapa2 officer di bdr subang..tolong record statement mereka tu..kes aku ni..lawyer kata dah bagi kat Bdr Subang for next action..bila call bdr subang..dia shifted to lawyer loan..tup2…bocor rahsia bandar subang memang penyumbang terbesar ke arah kelemabapan..

    moral of the story..sapa2 nak beli rumah dengan bandar subang..kalau ada projek lain..tak perlu lah..cari projek lain dulu..sebab projek bandar subang tak akan dapat kunci dalam tempoh 24 bulan..projek semi D sapphire kononnya dpt vacant posession bulan Mac 2011 lagi, tapi sampai skrg ni… pertengahan Ogos belum dapat kunci. so total dah 28 bulan..

  • saya difahamkan untuk pembeli ruby yang terlibat dalam 41 unit dibatalkan akan mendapat pampasan rm10,000.00… ada sesiapa yang boleh confirmkan. Saya salah seorang yang terkena walaubagaimanapun saya dah sign pembatalan pada awal tahun sebab tak sanggup nak tunggu. Kebetulan dah jumpa rumah yang lain. Dengar cite.. kesemua rumah 41 tersebut mesti kena sign pembatalan juga…

  • saya telah terima surat dari bandar subang minta batalkan perjanjian dan mereka nak kasi 10K jika setuju sebelum 31 ogos 2011.

    Apa pandangan saudara….saya masih belum sign.

  • saya ada call bandar subang tadi 10K tu promosi utk sesiapa yang nak batalkan perjanjian sempena bulan ramadhan.. bagi yang telah sign awal tak dapatlah 10k tu… tapi kalau nak cuba boleh buat surat hantar dekat bandar subang. Isu kuil pulak masih takde keputusan masih dalam perbincangan…

  • FTI,41 house Ruby will be continue after Topaz semiD and Citrine semiD ready.
    Klu betul kena tunggu 2-3 tahun lagi baru kuil tu dipindahkan.

  • @Nuhd Noor

    Yup, the 5% tu, daripada bank le…tapi certain bank, tak nak release until dah tukar nama buyer dalam title rumah tu…

    Regarding temple relocation tu, kejap kate dah settle, kejap tak tak settle lagi….belit2 la Azimah cakap…memang tak berapa bole pakai le…dgr bole, percaya jgn…

  • bandar subang penipu

  • saya nampak kuil tu makin aktif. Ralat gak sebab Bandar Subang seolah-olah melepaskan tanggungjawab mereka. Saya akan berpindah ke sana pada 1 Disember 2011.

  • Skrg bukan setakat aktif.. siap terang benderang lagi tgh2 malam.. nak deepavali kot..
    mcm xkan pindah je..

    bandar subang mmg penipu.. nak mogok pun xleh.. susah camnie

  • korang ni keje mende.beli umah juta2…jelesss mak..hehehe

  • dark,

    mcmana you serang robert devan tu? kitorang pun tgh tunggu diorang nak serah MOT kat lawyer financial. sepatut nye benda ni dah settle bulan 12 hari tu (which kitorang suppose dapat kunci dah ) tp lawyer ni ilangkan MOT and diorang tgh buat replika and tunggu LHDN. mcm2 penipuan diorang nak cover. you ada kena byr apa2 penalti tak?

  • Ada tak sesiapa yg pembeli rumah Ruby ni tak dapat kunci lagik? kitorang bermasalah dgn lawyer developer ni robert devan and co. dah lebih2 tarikh luput ni. tak pasal kitorang yg kena penalti.

  • salam semua… ni semua jiran jiran teman… jgn lupe isi minyak kt Shell simpang balak 2 penuh2 sebelum g keje ye… sama2 bermuamalat utk syiar Islam.

  • Saya selalu isi minyak di shell kat situ….tak sangka gak pemiliknya org Islam….tak pernah naj bertanya pekerja kat situ siapa pemiliknya..hehheh

  • Tinggal 4 Orang je lagi yang masih lawan dengan Pemaju Bandar Subang Sdn bhd. Kes di Mahkamah Tinggi sekarang ini.

    Permohonan Pemaju nak batalkan S&P ditolak oleh Mahkamah Seksyen sebelum ini, pemaju buat rayuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *