Emel Lawak Dari Rohana Azmi

Salam,

Tak tau lah kalau ada sesiapa yang pernah terkena dengan kegiatan scammers macam ni. Alkisahnya, aku banyak kali terima emel yang konon-kononnya nak ajak kita buat bisness dengan mereka. Emelnya sebegini, aku copy paste:

Assalamualikum,
Terlebih dahulu,saya perkenalkan diri saya,saya ROHANA BINTI AZMI dari London (United Kingdom),ingin berkenalan dengan tuan-tuan dan puan-puan di sana.


Saya ingin mengajak tuan-tuan/puan-puan kepada satu peluang niaga yang amat menarik,bagi anda yang minat berniaga…Inilah peluang anda!!!

Produk ini di namakan(MULITE CLEANSER) Dan gunanya untuk mencuci perhiasan seperti batu permata yg masih mentah/yg sudah pun di process dan juga barangan kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.

Dan pada masa yang sama Company tempat saya bekerja perlukan MULITE CLEANSER,dimana mineral tersbut boleh didapati melalui pembekal di Malaysia.
Jadi bagi anda yang berminat dengan urus niaga ini,saya ingin anda menjadi Agent untuk menjual produk tersebut ke pada company tempat saya bekerja,(Anda membeli produk tersebut dari pembekal yang di malaysia terlebih dahulu dengan harga 2.250USD per carton dan menjual balek ke pada company tempat saya bekerja dengan harga 7.500USD per carton).

Yang terpenting Niat dan ikhlas untuk mencari rezeki semata-mata kerana Allah. Insya allah, Allah akan membantu kita untuk kita mencari rezeki yang halal dan berkat saya ingin anda buat keputusan yang bijak, anda mampu mengubahnya..Insya allah’

Sekiranya ada berminat atau ada sebarang pertanyaan, sila balas email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon: Insya allah saya cuba membantu anda. Semoga ikatan silaturrahim sesama kita diberkati Allah. Selamat berkenalan.
Ikhlas Dari
Rohana Azmi

hammmboooi…bukan main warak lagi kandungan emel tu..siap diberkati Allah lagi… kalau korang nak cuba-cuba..ok lah…main-main je dengan minah tu…tapi kalau nak serius..waraskanlah fikiran anda ya…hehehe

Selamat beramal..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *