Catatan Untuk Bulan Mei 2010

Salam Jumaat,

Alhamdulillah, hari ini kita semua dikurniakan kesihatan yang sempurna. Syukur atas nikmat tak terhingga dari Ilahi, terutamanya mengurniakan nikmat yang dikecapi hari ini. Banyak perkara yang berlaku pada diri aku bulan Mei ini. Boleh katakan, semua perkara yang menggembirakan. Bulan ini aku rasakan amat relief, kerana selesai pengajian Master Human Resource Management di UUM. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku akan pergi ke UUM Sintok pada bulan Oktober untuk konvokesyen.

Selain daripada itu, aku juga amat gembira kerana pada bulan mei ini, kami Di Dutch Lady Milk Industries Berhad telah berjaya menandatangani Collective Agreement dengan Food Industry Employees Union. Ini ada CA yang ke 12 bagi Dutch Lady Milk Industries dan FIEU. Apa yang menggembirakan kami di sini, CA ini boleh conclude dengan  hanya dua seatings. Mungkin kerana generosity Dutch Lady yang memberikan salary adjustment untuk CA sebanyak 7.5%.

Selain daripada itu, apa yang berlaku di Bulan Mei ini adalah berita yang kami satu keluarga akan menerima ahli baru di awal tahun depan. Rezeki dari Ilahi yang amat tak terhingga ke atas keluarga kami. Nampaknya berderet lah susunan ahli keluarga kami, Haziq pada tahun 2004, Jauzil tahun 2008 , Jauni 2009 dan mungkin kali ini baby (hopefully baby Girl) akan lahir pada awal Januari 2011. Silap-silap lahir pada penghujung tahun 2010. Waallahua’Alam. Dengan itu, kali ini aku ingin berkongsi amalan yang baik untuk diamalkan oleh Ibu dan Bapa semasa ibu mengandung. Amalan ini telah aku simpan semenjak tahun 2004 lagi, bila selak semula file2 lama, terjumpa di folder tazkirah, jadi aku rasa patut dikongsi untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.

 Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.

BANYAK BERTAUBAT

MENUTUP AURAT

BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

1. Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi

2. Membaca surah Yassin hingga akhir

3. Membaca surah Al-Taubah hingga akhir

4. Membaca surah Yusuf hingga akhir – agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.

5. Membaca surah Luqman hingga akhir – agar memperolehi anak yang taat.

6. Membaca surah Maryam hingga akhir – agar memperolehi anak yang sabar dan taat.

7. Membaca surah An-Nahl, ayat 78

8. Membaca surah Al-A’raf, ayat 189

2 Comments

  • congrats for new addition to ur family.. 🙂

  • hajar, thank you.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *