Kekalutan dan Kegembiraan Selepas Raya 1430H

Salam,

Masa begitu cemburu dengan aku. Begitu pantas ianya berlalu. Kami sekeluarga kembali dari Kelantan dengan flight Air Asia jam 500 pm pada 24 September 2009. Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah jam 7.00pm.

Hari jumaat aku kembali bekerja, ingatkan boleh berfoya-foya, rupanya banyak kerja yang terpaksa diselesaikan sebagai persediaan untuk menghadapi DI pada hari Isnin-Rabu, 28-30 September 2009.

Ketiadaan bibik di rumah menyebabkan berlaku kekalutan, dengan Jauzil yang meragam ingin sentiasa di dukung oleh aku, serta Jauni yang tak kurang juga hebatnya menangis minta selalu dikendong oleh Siti.

Hari sabtu, 26 September 2009, bibik sepatutnya sampai dengan penerbangan jam 7.20pm di LCCT. Seawal pukul 2.00pm, aku telah sms anak bibik, Lia. Pelik juga sebab dia tak reply, sehinggalah jam 5.00pm, Lia reply sms aku memaklumkan Mamanya kehilangan Tas Tangan kerana diragut, dan passport serta duitnya juga diambil orang. Waalahu’alam..aku pun tak tahu kesahihan cerita ini. Namun, dia tidak menyebut ingin kembali lagi ke Malaysia.

Bergambar Dengan Jauzil….bawa Jauzil jalan-jalan setelah Ibu Ida Pergi Tak Kembali ke Malaysia…

Geram jugak aku dibuatnya. kenapa bibik tidak maklumkan kepada kami terlebih awal, jadi boleh la kami buat persediaan terlebih dahulu, siapa yang akan jaga Haziq, Jauzil serta Jauni. Terpaksalah kamia meminta pertolongan dari Tok Ma untuk ambil cuti dan datang ke KL bagi menjaga budak-budak kecil ini sementara menunggu kedatangan bibik baru dalam 2-3 minggu lagi.

Dalam pada itu, saban hari aku tidak lupa untuk log-in ke laman web UUM Portal untuk melihat result Exam bagi semester pertama, bermula dari hari aku datang sehinggalah ke hari ini.

Petang ini, di ofis, aku rasa bagai nak pengsan melihat result exam, rasa tidak percaya, untuk keempat-empat subjek yang aku ambil, HR Management, Strategic HR Management, Industrial Relations dan IT For Managers, aku dapat A. Alhamdulillah…tak pernah lagi aku dapat score CGPA 4.0

Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur..engkau telah kaburi doa ku sebelum ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *